Assalamualaikum WBT
Sambungan dari
MENGINAP 4H3M DI RAIA HOTEL & JJCM DI KUALA TERENGGANU - 2
SELESAI Majlis Kesyukuran Perkahwinan Sulhi dan Nadia, Sk dan PI ke rumah Na'E sebab nak kena ambil barang kiriman mak Nadia. Dalam perjalanan balik ke hotel, nampak ada jualan Nasi Lemak Bungkus di tepi jalan, terus berhenti beli empat bungkus untuk makan malam. Sebungkus tu, RM1 aje tau. Sedap nasi lemaknya, sambal sedap, nasi sedap, Alhamdulillah.
Tapi tu la, mana mahunya kenyang makan nasi lemak bungkus tu, kan. Dah pukul 9, mulalah lapar balik. Tapi, nak keluar makan, malas pulak nak mengadap jalanraya sebab dalam masa yang sama ada event RXZ Members di KT. Jadi, jomlah kita makan kat Raia Kopitiam jer, tak payah nak susah-susah gohead kereta.
Tak perasan pulak Iman pesan Strawberry Cheesecake. Kek ni kongsi-kongsi, Sk minum Barli Lemon Panas. Cheesecake dia sedap.
PI makan Nasi Lemak Kampung. Hurmmm.. nasi lemak lagi padahal sebelum tu baru makan nasi lemak. Sedap jugak Nasi Lemak kat kopitiam Raia ni. Paling rare , nasinya letak dalam daun pisang macam tu. Iman repeat Laksa Penang. Dia bukan pasal sedap sangat tapi itu jer la yang tekak Iman boleh terima. Mi-mi goreng ni dia kurang sikit. SK pulak pesan Mihun Goreng, tapi lambatnya.. lepas ditanya, staf tu jawab, lambat sikit. Sk tanya, dah buat ke belum, kalau belum, cancel, hehehe. Iman cakap, agaknya dia malas rendam mihun, hehehe. Sk ok aje, sebab tak lapar sangat. Pesan mihun tu pun saja jer, nak join dorang makan tu kan.
Pagi tu, siap kemas semua barang, baru turun sarapan. Senang la nanti, lepas sarapan nak terus check out. Restoran ni luas dan banyak ruang.
Teruja jer, hari terakhir tu ada Nasi Kerabu. Tak silap, Nasi Dagang pun ada jugak. Kiranya, Nasi Dagang tu ada hari-hari ke, tak pastilah pulak Sk.
Tapi, tak ada budu dan sambal nasi kerabu. Ada ayam bakar dan kuah tu rasa macam kuah percik. Nasi kerabu lengkap dengan telur masin, solok lada jer tak ada.
Tak dapat makan mihun malam tadi, pagi tu dapat pulak makan mihun, hihi. Omelette tu dah siap, tu Sk ambil jer la makan dengan mihun serta sandwich.
Ada Pulut Kelapa dan Ikan Goreng. Tak tahulah ikan apa tu ek. Pulut tu, mereka dah set dalam tray, bagi Sk agak banyak la untuk Sk habiskan sebab dah makan nasi kerabu sebelumnya tu, kan, jadi Sk potong ambil separuh aje. Aisehman, kena tegur pulak dengan tetamu belakang Sk, boleh ambil separuh ke? Sk jawab, nanti tak habis, dia gelak aje.
Dari hotel, kami terus menuju ke Lebuhraya Pantai Timur dan terus balik ke Johor. Kali ni tak de singgah mana-mana bermalam. Keluar dari LPT, kami singgah makan di Nasi Padang Tanamo yang terletak di Bandar Komersial Gambang atas cadangan pengguna thread. Ni gambar google, Sk lupa ambil gambar kedai, hihi.
PI ambil gulai urat dan telur.
Kalau yang banyak lauk macam ni, Sk la. Semua kalau boleh nak masuk dalam pinggan.
Iman punya, sama lauk macam PI tapi sambal lebih. Sedap masakan nasi Padang di Tanamo ni, harga pun berpatutan. PI siap borak dengan owner kedai, rupanya sebelum ni pernah berniaga di Pasar Peladang Skudai, tapi tak bertanya pulak meniaga apa. Lepas makan singgah Kopi Saigon beli kopi agar tak mengantuk nak memandu sampai Johor (baca: Johor Bahru). Hari Ahad, kan... Memang jammed melekat lerrrr lagi-lagi lepas Simpang Renggam, huhuhu.














Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih