MAKAN DI KHUNYA THAI KITCHEN, SUNWAY PUTERI HILLS

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 

HUJUNG minggu lepas, dua hari berturut-turut, kami dapat jemputan Walimatulurus. Hari Sabtu, kendurinya di Desa Temu Jodoh, Chaah, Segamat dan hari Ahad pulak di Rengit, Batu Pahat. Sk cadangkan pada PI, lepas kenduri di Chaah, tak perlu balik Johor (JB), tidurlah dekat Batu Pahat (BP), esoknya boleh terus pergi kenduri di Rengit. Tapi, PI pulak ada tugasan membuat liputan bola di SSI pada hari Sabtu tu. Hurmmm.. tak jadilah cam tu tidur di BP. Tapi, bukan saja tak jadi tidur di BP ya, ke Chaah pun tak jadi, hihihi.

Ceritanya.. Iman tiba-tiba tak nak ikut pergi Chaah. Sk pun tak paksa, kami pergi berdua ajelah gitu. Kami bertolak pagi la sebab nak sampai awal dan balik awal.

Dari Plaza Tol Senai (U), trafik tak bergerak, jadi, kami masuk ke lebuhraya menghala ke Skudai, keluar di Senai menuju ke Kulai. Cadangnya, nak masuk lebuhraya utara selatan ikut Plaza Tol Sedenak. Dari Senai pun dah jammed nak masuk bandar Senai ya, dekat Kulai pun merangkak, dahlah banyak traffic light. Sampai Sedenak, terus melekat ya tuan puan. SK beberapa kali bagi hint pada PI untuk berpatah balik, tapi dia mengenangkan yang pengantinnya jemput secara peribadi. Tapi, agaknya, risau tak sempat nak balik JB sebelum pukul 6 (petang), akhirnya PI buat U-turn di Sedenak. Dah penat, kata PI. Memang tak gerak dah nak keluar tol tu. Tu kalau dah masuk highway, memang tak ada maaflah kan, nasib belum masuk highway lagi.


Sk beritahu Iman, kami tak jadi pergi kenduri. Iman cakap, alang-alang tu, bungkuslah nasi beriani. Sk pulak terbayang Nasi Arab Zaituna. Tapi, rupanya PI terbayang Restoran Khunya Thai Kitchen yang baru dibuka di Sunway Puteri Hills, Iskandar Puteri. Dia sebenarnya, kami dah ke sini minggu sebelumnya, tapi tutup (rehat). Kami ambil Iman dulu la kat rumah dan terus ke Iskandar Puteri. Adalah dalam setengah jam dari rumah, dah sampai.



Ramai pelanggan yang sedang menikmati makan tengahari masa kami sampai, meja kosong pun tak ada. Tapi, tak risau sangat sebab ada staf bertugas yang ambil nama pelanggan mengikut giliran. Kemudian, kami tunggu sehingga nama dipanggil. Tempat menunggu juga disediakan.



Inilah founder kepada Khunya Kitchen iaitu Chef Teera yang merupakan Master Chef Pertama Thai Cuisine di Malaysia. Khunya tu bermaksud nenek dalam Bahasa Thai. Jadi, Khunya Kitchen tu maksudnya, Dapur Nenek. Menurut Chef Teera, restoran ini merupakan tribute kepada nenek beliau yang mengajar beliau masakan authentic Thai.



Di atas meja telah siap tersusun pinggan, mangkuk, sudu dan garfu.


Cantik pemandangan di sebelah luar restoran yang turut disediakan meja. Tapi, macam tak sangguplah nak makan dalam cuaca panas membahang tu, kan. Baik kita duduk dalam aircond, hehehe.



Setiap sudut dalam restoran lawa. Lepas kami masuk tu, dah banyak dah meja kosong. Agaknya kami sampai tu pada waktu puncak makan tengahari. Sk serahkan sepenuhnya kepada PI dan Iman untuk membuat pesanan cuma ingatkan agar pesan ikan, sotong dan udang serta sayur.



Creamy Red Soup Tomyum with Seafood, RM38

Sedap ya tomyamnya, susah nak berhenti menghirup. Tak silap ada satu saiz aje tomyam ni, dalamnya ada empat ekor udang saiz XL. Udang fresh tapi kulitnya keras sikit dan susah nak kopek, tapi taklah sampai melekat kulit dengan isi. Last-last, kopek guna tangan jer la senang, hahaha. Selain udang, ada sotong dan isi ikan yang dihiris nipis. Isi ikan bukan segar tapi macam kek ikan. Ada cendawan inoki juga. 


Bagi yang gemarkan sup tomyam yang jernih pun ada juga. Kedua-duanya ni boleh pilih isinya dengan pilihan ayam sahaja (RM28) atau udang sahaja (RM38). Tomyam Udang Galah pun ada, yang tu RM88.



Steam Fish with Lime Chili Sauce, RM78.80.

Sos limau nipisnya sedap, ikan tidak berasa hanyir. Ikannya agak gemuk juga la walaupun tak besar. Ni pun sama la macam tomyam, kita asyik nak menghirup kuahnya jer, sedap masam-masam tu. Kedua-dua hidangan berkuah ni dihidangkan atas tungku lilin, tu la nampak berasap.



Terdapat jugak pilihan cara masakan ikan yang lain iaitu masakan goreng rangup dengan dua sos pilihan sama ada Traditional Thai Sauce atau Mango Salad Pedas. Untuk ikan siakap ni harganya dah tetap, RM78.80 seekor, tapi, kalau nak ikan kerapu ada jugak, yang tu ikut harga pasaran, beratus jugaklah seekor bila kami tanya, hihihi.



Sk pilih Jus Roselle, RM14.90.

Tak sangka pulak ia dihidangkan ekslusif begitu. Jus roselle tu agaknya dah sedia dalam botol, dia letak dalam tempurung yang mengandungi ais dan dihantar bersama air gula yang berasingan. Jadi, yang cut sugar tu bolehlah skip letak air gula tu. Ni dia bagi dengan cup ais la ya, bukan gogok dari botol, hihi. Cuma bagi Sk, rasa roselle tu tak menyerlah sangat, dia masam dan tawar. Dah tak letak gula, memang tawarlah Sk uiii, hahaha. Takkkk, dia masam tawar tau. Rasa roselle tu tak menyerlah sangat. Sk tahu sebab dulu arwah ibu selalu buat air roselle ni.

Lupa nak ambil gambar minuman pilihan Iman dan PI. Iman pilih Passion Fruit, RM10.90 manakala PI pilih Balonglong Juice, RM10.90 jugak. Tahu ke apa tu Balonglong??? 

Balonglong tu kalau orang Johor sebut kedondong, orang Kedah panggil ambra/ amra. Sk pun baru tahuuuu.. hihihi.



Mango Salad, RM23

Tak suka sangat Mango Salad kat sini sebab dia tak guna penyagat sebaliknya buah mangga muda tu dipotong bentuk jejari jer macam tu. Tu takpa, ada kecik, ada besar, ada panjang, ada pendek, tak simetri. Ia digaul bersama lobak merah yang juga dipotong secara manual. 


Padahal kalau tengok gambar dalam menu pun dah nampak rupa Kerabu Mangga tu, kan.. tapi tu la, agaknya Iman pun tak perasan dalam gambar mana la nak nampak sangat. Selain Mango Salad, ada jugak Thai-Style Papaya Salad (Somtam) dan Kerabu Suhun. Ketiga-tiganya harga sama, RM23.



Traditional Thai Crab Omelet, RM48


PI beritahu harga total makan kat sini, terkejut Sk. Lepas tu, semaklah resit, baru tahu harga Omelet ni RM48, hahahaha. Mereka ni order tak tengok harga ke tak tahu laaa Sk, cuma dengar jer nak omelette. Ingatkan biasa Omelet baru dalam RM15 ke RM25. Dia jadi RM48 tu sebab ada isi ketam, tapi.. tak rasa pun ketam??? Sk pun tengok resit jugak baru tau yang ni namanya Crab Omelet, hihi. Walaupun tak rasa ketam, tapi sedaplah, agaknya tu la kot sedap sebab ada ketam. Sk ingat-ingat balik, nasib baiklah Sk habiskan omelette dalam pinggan Sk tu, kalau ikutkan dah tak habis benarnya.



Crispy Squid With Salted Egg Sauce (250 grams), RM58

Ni dia guna sotong fresh ya, bukan sotong ring. Sotong dipotong bulat dan digoreng celup tepung  dahulu, kemudian dimasak telur masin. Rasa sos telur masin sedap tapi salutan tepung tu tak rangup. Walaupun tak macam jemput-jemput tapi salutan tu tak melekat pada sotong. Sotongnya jugak mungkin bukan dari seekor sotong yang sama la, sebab ada potongan yang kita boleh tahu tu sotong besar, ada yang sotongnya tak besar.


Selain tu, ada juga Sotong Goreng Tepung sahaja, Sotong Bakar dan Sotong Masak Hitam. Boleh tahan la harga sotong tapi portion dia banyak jugak, untuk kami tiga orang ni tak berjaya nak habiskan sotong tu, hihi.



Meja dah penuh, tapi sayur tak hantar lagi masa ni. Iman cakap, kita ni nama jer bertiga, patut kena duduk meja enam orang makan, hihi. Aduh, bukan salah Sk, mereka ni la yang itu nak, ini nak, semua nak. Tu la tu Sk biar jer mereka order, nanti kalau tambah ikut selera Sk, silap-silap kena guna meja yang lapang orang makan, hahaha. Sk cepat-cepat bahagi-bahagikan omelette tu ke pinggan masing-masing. Bila sayur sampai, Sk serahkan pinggan omelette yang dah kosong pada waiter, muatlah nak letak sayur.



Stir Fried Chinese Kailan - Oyster Sauce, RM23.

Kesedapan sayur kailan dia macam sayur kailan yang Sk masak sendiri la. Dia tumis guna bawang putih dan letak sos tiram. Sayur ni tak habis jugak, bungkuslah bawa balik walaupun hanya sayur. Di samping tu, udang dalam tomyam pun tak habis sekor, kami letak dalam mangkuk sayur ni biar mereka bungkus sekali. Semua surrender nak makan udang lagi sekor tu, hihi.



Memang lapar betul sebab pagi tu, Sk dan PI cuma sarapan roti canai aje. Iman, lagilah belum makan. Nampak tu, Iman tengah hirup sos limau dari ikan stim. Tengah-tengah makan dan dah hampir kekenyangan, tiba-tiba, staf datang ke meja bawa ayam goreng. SK terus cakap salah meja, tengok muka PI lepas tu baru teringat, PI ada order Ayam Goreng Crispy. Errrkkk! PI pun kata, dah lupa pasal ayam goreng tu. Lambat dia hantar, agaknya tak ada meja lain kot order ayam goreng masa tu, hihi.



Crispy Chicken Wings Marinated with Lemon Grass, RM19

Ni macam Ayam Goreng Berempah la kan. Tak ada siapa sentuh, minta bungkus bawa balik. Hari cuti merdeka tuari, Sk masak nasi jer, lepas tu panaskan sayur, sotong, ayam goreng dan satu lagi lauk, asam pedas yang tak habis jugak bungkus dari Restoran asam pedas tersohor di Gelang Patah. Tu nanti Sk blog lain, hehehe.


Thai Mix Dessert, RM9.90

Geram jer tengok macam-macam dessert Thai dekat sini, kita pilihlah Thai Mix Dessert ni sebab antara yang murah, rupa-rupanya, cendol laaa, hahaha. Tapi, unik la dia hidang dalam tempurung kelapa macam tu dengan ais berasingan.



Semua ni pulak dihidangkan dengan cara yang begitu menggoda. Kita tumpang tengok ajelah dekat meja orang sebelah, hahahha.



Bengkok tukang bayar, hahahaha. Tak pernah-pernah lagi la makan kat restoran tiga beranak kena sampai dekat pat ratuih!! PI kata, boleh bayar hotel satu malam, hahahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!