MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Monday, May 23, 2011

PANCAKE MUDAH


ASSALAMUALAIKUM wbt

TETIBA saja teringin sangat nak makan pancake yang dibuat sendiri. Lalu menggooglellah saya dan terjumpalah resepi pancake yang mudah ini di MyResepi. Memang layanzz betullah, jom cuba.. sangat sedap dinikmati bersama madu dan mentega ditambah lagi cik stroberi yang masam manja tu, ahakz!

Kepada AlongRoz, terima kasih banyak ya, saya kongsikan resepinya di sini untuk memudahkan rakan-rakan yang bertanya resepi pancake yang saya tayang di fb tu, hehe.

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g mentega
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
Cara-cara :

  1. Gaul dan ayakkan bersama tepung gandum, soda bikarbonat dan krim tartar. Kemudian masukkan mentega, ramaskan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu segar, gula dan garam, pukul sedikit.
  3. Buatkan lubang di tengah-tengah bahan yang diayak tadi. Tuangkan campuran susu (no.2). Pukul guna hand whisk sehingga sebati.
  4. Panaskan kuali 'non-stick'. Lengserkan dengan sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk kecil adunan dan biarkan ianya melebar sendiri. Buih-buih kecil akan terbentuk di permukaan adunan. Biarkan sehingga buih-buih itu pecah, barulah diterbalikkan ke bahagian sebelahnya.
  5. Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega. Makan dengan aiskrim pun seda ppppp.. hik.. hik..

    Inilah rupa buih-buih yang terbentuk ketika pancake dimasak. Tunggu sehingga pecah semuanya barulah diterbalikkan.

9 comments:

~PuRpLe BlosSom~ said...

ahah!! smlm bru rase nk buat.. tp bahan x mncukupi.. :D so boleh la dila try yg ini.. TQ kakak!! ~semangat~

Nuridah said...

Assalamualaikum Sari,

wah ader pancake...dh lama kak nur tk mkn pancake...hari tu kak nur tengok pancake gulung kat rumah Izah mcm terguder gitu...ni pulak tengok kat umah sari...lagi tergulik2 pulak.

tun_telani said...

kak sari cayang... dh kuar buih2 gitu, kompom gebus pancake akak ni kan.. mkn panas2 ngan butter yg cair kt atas tu.. fuhh.. memang sedapp..

ummu said...

salam Sari
baru jap tadi saya makan pancake.
terfikir juga kalau buat sendiri kan lagi senang
sekali buka blog, tengok Sari update tentang pancake ni.tqvm dear

aNIe said...

W'salam Suri...cantik nampaknya pancake tu.. akak selalu nak buat pancake guna tepung pre mix tu...sebab malaslah nak buat bebudak ni bukan suka makan sgt...

erienz said...

cedapnye....bilalh blh rasa kuih muih kak yus ni...

izahdaut said...

lama dah tak buat pancake. bebudak ni dah boring. nanti kena buat balik musti diorang dah kerinduan nak makan. lawo la pancake akak neh.. i likee

BUNGA KANTAN said...

biasa saya buat tak letak krim tartar ok tq

CeqGu said...

salam kenalan :).... anis pun selalu buat pancake...peberet anak bujang tu...psssttttt kalau nak lagi senang......guna jer tepung naik sendiri. tak buh soda bikarbonat pun tak per. gebuss juga pancake tu

Share It

Anda Sukakan Ini?