MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, March 31, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ANGAH

ASSALAMUALAIKUM wbt

ALHAMDULILLAH... petang ini adik kepada teman baik saya Suhaily yang saya panggil Angah akan diijabkabulkan. Malam tadi (dah pagi sebenarnya) saya siap menyiapkan blueberry dan strawberry cheese tart untuk hantaran pernikahan Angah. Saya cuma sediakan kotak istimewa jer untuk hantaran, bab reben dan sebagainya saya serahkan pada yang empunya diri yang sudi menempah dengan saya... hehehe.
Kek coklat kat atas surpriseeeeeeee untuk Angah. Tangan saya masih kayu lagilah, saya pesan dengan Suhaily, hadiah untuk Angah, suka hatilah nak buat apapun, nak makan boleh, kalau rasa nak masuk dulang hantaran pun boleh... malulah, masih kerastangan lagi... kih.. kih.. kih.

Tuesday, March 29, 2011

KATAK OH KATAK


ASSALAMUALAIKUM wbt

HIK.. hik.. hik... macho tak katak kat atas tu, jangan main-main. Siap tunggang motorbike lagi tu... Sebelum tu nak bagi kredit dulu di mana gambar tu saya dapat dari blog http://desiran.blogspot.com/.

Kenapa tiba-tiba letak gambar katak pulak? Hehehe, sebenarnya teringatlah suatu kisah yang berlaku kira-kira 16 tahun dulu. Walaupun dah lama tapi tetap segar dalam ingatan. Kisahnya bermula pada suatu pagi yang tenang ketika semua orang telah keluar dari rumah tinggal saya orang yang paling akhir yang akan keluar dari rumah. Masa tu kami sekeluarga tinggal di sebuah kampung dalam bandar, tak jauh, dengan Plaza Angsana tu tak sampai pun 10 minit (kalau berkenderaan) tapi masa tu Plaza Angsana belum wujud lagi. Seperti biasa saya terus menyarungkan kasut sukan di kaki untuk pergi kuliah. Peraturan kolej memang langsung tidak membenarkan kami bersandal dan saya sendiri lebih selesa memakai kasut bertutup tapi erkkkk! Kenapa kasut sebelah kanan ni macam ketat semacam je...??? Oleh sebab mengejar masa (saya tak suka datang lambat ke kelas), saya tidak menghiraukan kasut yang ketat tu dan terus melangkah menuju ke perhentian bas kira-kira 5 hingga 10 minit juga. Saya hanya berdiri semasa menunggu bas tetapi macam ada satu gangguan pula pada kaki sebelah kanan. Saya rasa bagai ada sesuatu yang sedang menggigit ibu jari kaki saya. Kerana saya biasa berstokin, taklah terasa sangat apakah benda yang menggigit itu tetapi ada masanya dia bergerak-gerak. Risau juga, tapi saya lebih risau kalau lambat masuk kelas jadi soal apa yang ada dalam kasut tu saya letak tepi. Yang penting sekarang masuk ke kelas dahulu lepas tu baru periksa kasut... hehehe.

Sekali sekala saya menghentak-hentakkan kaki bila merasa agak tidak selesa. Dan benda yang bergerak-gerak itu seolah-olah terhenti pergerakkannya. Aish! Hati cuak semacam. Masuk sahaja ke dalam makmal di tingkat dua bangunan, saya terus membuka kasut dan menghentaknya keluar dan alahaiiii... terkulai seekor katak yang sudak lembik dan nyawa-nyawa ikan. Saya yang terperanjat menahan perasaan antara geli dan terkejut tapi saya diamkan diri. Saya perhatikan suasana dalam makmal yang riuh rendah dengan suara kawan sekuliah yang macam dalam pasar borong. Setelah yakin tiada seorang pun yang sedar kewujudan katak di bawah meja itu saya pun mencuit kawan saya yang saya panggil As sahaja.

"As.. As..."

As ni memang agak becok sikit mulutnya dalam kelas. Kerana kebecokan dan kecomelan As, maka dia sering menjadi bahan usikan dan disakat kawan-kawan berbanding saya yang lebih tegas dan garang. Untuk makluman dalam kelas tersebut hanya kami berdua sahaja pelajar perempuan, maklumlah, kursus kami ni memang biasanya menjadi pilihan pelajar-pelajar lelaki sahaja masa tu. As menoleh saya sekilas. Saya menunjukkan sesuatu di bawah meja sambil berkata, "As, tengok.. ada katak bawah meja," dengan intonasi suara yang selamba, tak pnadai nak berlakon terperanjat pasal dah terperanjat awal.. hahaha.

"Astaghfirullah, "As cepat-cepat berundur ke belakang. Kerusinya hampir terbalik ditolak dengan sebegitu ganas dan seperti yang saya agak, As mula terjerit-jerit menjerit katak. Saya? Saya cool jer tapi macam berlakon jugalah tak tahu mana datangnya katak tu... huhuhu.

Suasana dalam kelas mula kecoh. Isk! Pantang betul kalau tiada pensyarah dalam kelas, ditambah pula ada katak, pasar borong dah jadi macam pasar malam. Beberapa orang yang saya tak ingat namanya mula bermain-main dengan sang katak yang masih longlai itu. Huhu... rasa macam berdosa pulak. As pula makin menjerit-jerit bila diacukan dengan katak itu. Saya mula rasa betul-betul bersalah yang amat sangat dan bersuara agar mereka berhenti bermain dengan katak itu. Budak lelaki, faham sajalah, lagi orang takut, lagilah disakat. As menjadikan saya sebagai perisai. Eh, budak-budak ni... ini sudah lebih... Saya terus mengambil tong sampah yang berada di tepi pintu dan menuju ke arah katak itu. Masing-masing berundur bila melihat saya datang, aku garang ni, kau jangan main-main. Saya terus menyepak katak itu masuk ke dalam tong sampah. Huh! Berani tak saya??? Kih... kih.. kih..

"Fuyohhhhh!!" Masing-masing bertepuk tangan bila melihat tindakan saya. "Beraninya Yus...."

As menepuk bahu saya berkali-kali sambil memuji keberanian saya. Hahaha... kalaulah As tahu rahsia saya.. hohoho.

Tiba-tiba Puan Z, pengajar kami masuk ke kelas. Masing-masing bertempiaran, taklah takut tapi hormat... hehehe.

"Apa bising-bising ni? Macam nak pecah saya dengar dari luar.."

"Ada katak dalam makmal," terdengar satu suara.

"Ish! Macammana katak boleh masuk dalam makmal ni?"

"Tak tahulah, tiba-tiba jer ada bawah meja," macam nak pecah perut saya mendengar suara As. Tahan... tahan...

Puan Z memberikan kami beberapa tugasan dan amali yang perlu diselesaikan hari itu. Sebaik suasana kembali normal saya berkata kepada As, "As, kau nak tahu satu rahsia tak?"

"Apa... apa...."

"Sebenarnya katak tu akulah yang bawa..." As terus menjerit. Saya cepat-cepat menekup mulut As. "Syhhhh!!!"

"Owhhhhh... patutlah kau berani semacam tadi.. kau yang bawa.."

"Hehe... sorry, katak tu termasuk dalam kasut aku..."

Kepada As, aku sangat rindu kat kau... kat manalah kau sekarang...

KESIBUKAN MELANDA

ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAFLAH ya kalau tiada kunjungan ke rumah anda kerana saya kesibukan meladeni tempahan. Siang di pejabat juga mengekang langkah untuk BW kerana ada tugasan yang lebih wajib dipenuhi, sekadar menjengah seketika itu insyaAllah, menjengah di FB itu pasti jika ada sapaan dari yang sudi... hehehe.

Jutaan terima kasih kepada yang sudi menempah walaupun tak ramai tetapi sudah cukup membuatkan saya seperti lipas kudung di dapur.
Seperti satu kepuasan bila dapat menyiapkan tempahan pelanggan dan kali ini saya mendapat tempahan dari rakan maya di Kuala Kedah, haiii.. entahlah.. macammana rupanya cheese tart itu nanti bila sampai di tangan dia tu.. harap-harap masih ada rupa dan bentuk lagi.

banyak yang perlu diperbaiki bila melukis di atas cupcakes... banyak lagi nak kena belajar... hehe..

Ya, ini pertama kali saya memberanikan diri untuk menghantar melalui pos setelah beberapa kali didesak oleh kawan saya ni. Teringin.... hehehe... begitulah yang kerap saya baca dari mesej-mesej yang dihantar kepada saya. Dan saya juga sebenarnya sedang teringinkan sesuatu sekarang.... apa tu???

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu!!

tempahan cheese tart yang tak putus-putus bila bulan mengambang... hehe..

Tempahan cuppies lagi dari Aslila, sempena hari lahir anak daranya Qiqi.
Ini kali ketiga As menempah kek dengan saya, terima kasih As..

Monday, March 28, 2011

DARI TART SHELL KE TART NENAS


ASSALAMUALAIKUM wbt

AIK! Dah nak raya ke? Tetiba jer ada tart nenas dalam balang... hehehe.

Sebenarnya ini projek bidan terjun pada Sabtu lepas, dah lama saya membeli inti atau jem nenas di Nenasi ketika berkunjung ke Kuantan akhir tahun lepas.
Menurut seorang teman jem nenas di sini sedap, maklumlah ini kawasan pertanian nenas, namanya pun Nenasi, kan.. hehe. Memang dah lama berangan-angan nak membuat tart nenas. Percaya atau tidak saya tak pernah membuat sendiri tart nenas ni. Jadi semasa membuat tart shell tu, rasa macam tak sempat pula nak tunggu bakar semua tart shell sebab nak berkejar menghantar anak ke kelas tuisyen. Saya terfikir untuk mencari acuan tart mould yang kecil untuk dijadikan base untuk tart nenas saya. Cari punya cari tak terjumpa, aduhai tak tahulah kat mana saya sumbat, almaklum rumah besar sangat... hik.. hik.. hik. Lepas tu terjumpa acuan semprit. Sudahnya, jadilah tart nenas gulung. Wahhhhh! Bukan main suka lagi Yaya dapat makan tart nenas hari tu. Berketul-ketullah juga ditelannya dan siap jadi kudapan sambil menonton tv esoknya. Mulutnya tak habis-habis memuji sedap.. huhu... kembang hati bonda... hek.. hek.

Friday, March 25, 2011

KESILAPAN

ASSALAMUALAIKUM wbt

APA khabar semua? Semoga teman-temanku sekelian sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan hidayah dari Allah SWT. Masih sibuk lagi dengan beberapa tugasan yang tidak memungkinkan saya untuk berkunjung ke blog kalian tetapi pagi ini ingin saya kongsikan sesuatu untuk renungan diri sendiri dan anda sekalian. Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripadanya.

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar.” ~Surah At-Taghabun, 64: 15.

Anak-anak adalah amanah dari Allah swt dan ianya sebahagian dari ujian Allah swt kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang adalah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata, “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanafaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith).

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa iaitu kurang berdoa semasa mengandung dan semasa membesarkan anak.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan dan motivasi) seperti menakut-nakutkan anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau serta menggunakan kekerasan atau paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak seperti tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (semasa marah) dan membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang member sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah SAW kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: Pada suatu hari, Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menepati kehendak syarak bila berada di rumah iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti member salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi serta berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di hadapan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton sama ada daripada TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

“Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil, Amin”

(Sumber: Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa dan diubahsuai oleh Biro Kerohanian Badan Kebajikan ITPYPJ, Johor Bahru)

Sunday, March 20, 2011

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

ASSALAMUALAIKUM wbt


klik gambar untuk resepi


DAH lama tak tayang lauk kat sini ek, hihi. Ni udang galah sudah sebulan lebih beku dalam peti ais... hehehe. Hari ni cadangnya memang tak mahu memasak sebab ER ada mesyuarat kelab dan saya merancang hendak mencari kasut. Bila ER menjemput kami dua beranak di CS, beliau mengeluh lapar, maka macam-macam cadanganlah yang keluar. Tiba-tiba teringatkan udang galah ni jadi terhasillah lauk ni... kalau tak mungkin lebih lamalah lagi encik udang ini bertapa... hik.. hik. Eh, kenapa saya panggil encik udang ya, encik kan untuk lelaki. Sebabbbbb... udang ni ada janggut.. maka bolehlah saya panggil dia encikkan... betullllll? hehehe..

Ni saya nak beritahu jer, mungkin dalam seminggu dua ini anda tidak akan melihat kelibat saya di sini atau di rumah anda, tumpang lalu tu insyaAllah jika ada kesempatan kerana seminggu dua ni saya akan sibuk menyiapkan beberapa dokumen yang penting. Sepanjang kita berjauhan ini... hehehe... saya akan sentiasa mengingati anda semua... Wassalam.

Friday, March 18, 2011

sambung cerita... SINI ADA HANTU... huhu

ASSALAMUALAIKUM wbt

MARI baca sambungan kisah saya semalam... ngeh.. ngeh.. ngeh..

Saya telah ditugaskan untuk menjejak hantu kancil merah itu (tak ingat nama sebenar) bersama seorang wartawan lelaki yang biarlah saya sebut namanya di sini sebagai HH sahaja. HH ni masa tu tak silap saya baru sahaja bertukar ke JB, jadi memandangkan isterinya ditinggalkan di KL jadi beliau menggunakan motor sebagai pengangkutan utama. Adoi! nilah yang lemah, pasal kena bonceng pulak. Disebabkan tugas, saya boncenglah jugak motor si HH ni dan kami mulalah merayau di sekitar Tampoi dan Kempas tak tahu sebenarnya mana nak dituju. Saya ada juga membayang-bayangkan kalaulah tiba-tiba ada kancil merah di belakang saya, mana mau larikkk.. si HH ni dah tentulah jantan dan yang dimahukan cik hantu itu orang perempuan yang masih dara... huk.. huk.. huk. Kalau saya sembunyi belakang HH tu pun tentu cik hantu tu boleh nampak saya sebab fizikal saya lebih tinggi dari HH... hehehe.

Sebenarnya saya punya mata ni ada masalah sikit. Sangat sensitif apabila terdedah kepada angin yang kuat ataupun habuk. Jadi bila naik motor, pakai pulak helmet yang tak ada pelindung muka, mata saya mulalah pedih dan panas. Terkejam-kejam jugaklah, satu sebab takut naik motor, saya pegang si HH ni sipi-sipi jer, takut terbongkang ke belakang... kah.. kah.. kah, yang kedua sebab mata pedih menahan angin. Hampir 10 minit, tu pun rasa macam dah satu jam, HH menunjukkan satu warung yang terpacak di tepi jalan di pinggir satu kampung. Saya tak ingat lokasi tapi rasanya di sekitar Kempas. HH mencadangkan kami singgah di warung itu. Saya terus setuju, tekak pun dah haus dan kering penangan naik motor.

Sebaik kami sampai semua yang ada di warung menoleh. Taklah ramai, warung tu pun ala-ala warung Pak Jabit dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu ha. Dua, tiga orang baru bangun dari meja dan berlalu. Saya dan HH terus duduk di meja yang baru kosong itu sebab meja tu paling hampir dengan jalan. Kalau duduk dalam-dalam nanti tak terasa pula angin sepoi-sepoi.

Seorang wanita lingkungan usia pertengahan 30-an datang mengutip gelas sambil tersenyum ramah kepada kami sambil bertanyakan minuman yang kami mahu. Saya tak ingatlah minta air apa, tapi rasa-rasanya si HH tu minum air warna merah, sirap kot. Kakak yang saya fikir mungkin tuan punya warung itu berlalu ke dalam. Tak sampai lima minit dia keluar meletakkan minuman di depan kami. Sebelum sempat dia berlalu HH cepat-cepat memanggil.

"Kak... kak...."

Kakak itu menoleh. Dia baru sahaja nak mengemas di meja yang berdekatan dengan meja kami duduk. Dia berdiri di depan meja kami menunggu soalan yang keluar dari mulut HH. Saya hanya tersenyum memandang kakak itu yang sekejap memandang saya sekejap memandang HH tapi bibirnya tetap ramah mengukir senyum.

"Akak ada tak dengar cerita yang pelik-pelik kat sini, pasal hantu yang naik kancil merah tu?"

Hilang senyuman dari bibir kakak tu. Dia mengundur perlahan-lahan sehingga saya naik hairan. Apabila telah jauh sedikit dia menggoyang-goyangkan tangannya seperti ingin menyatakan supaya HH jangan berkata apa-apa lagi. Kali ini saya pula memanggil.

"Kak, sinilah..."

Kakak itu tidak mengendahkan kami. Dia terus mengutip gelas dan pinggan dan berlalu ke belakang. Saya dan HH pandang memandang... kenapa ya???

Lama juga kami menunggu kakak itu keluar. Tidak lama kemudian dia keluar dengan wajah yang agak ketakutan. Saya melambai. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah kami.

"Kak, marilah duduk sini, kenapa macam takut jer ni?"

Kakak itu menarik bangku kayu itu dan duduk. Kami terus bertanyakan kakak tu tentang hantu tersebut dan kenapa dia macam takut sangat. Rupa-rupanya dia menyangka saya hantu kancil merah yang datang menyamar... huwa.. huwa... huwa.... mahu marahkah tak mahu marah.... grrrrr!

"Laaaaaaa... saya oranglah kak, takkanlah hantu datang siang-siang buta macam ni?" Hohoho.. buruk sangatkah mukaku ini???

"Takdelah, bila adik tanya jer pasal tu, akak terus takut sebab memang dah kecoh pasal ni kat sini. Pulak tu akak tengok mata adik merah jer, tu yang akak ingat... "

"Mata saya ni senstitif kak, kena angin kuat tadi, tu yang jadi merahhhh..." lah.. kesian kakak ni.. hahaha. Kesian saya juga kerana disangka hantu di siang hari.

Kakak itu turut memanggil pelanggan-pelanggannya yang rasa-rasa saya mungkin pelanggan tetap di situ. Macam-macam soalan yang kami tanya pada mereka yang saya pun dah tak ingat biji butirnya. tapi saya masih ingat kakak tu menceritakan kawannya punya jiran punya jiran... wallaaaaaaaa... berapa banyak punya dia pakai da... pernah didatangi hantu tersebut. Sudahnya kami pulang ke pejabat dengan membawa fakta kisah hantu tersebut adalah khabar angin semata-mata. Fuhhhh! Selamat, nasib baik tak dapat jejak hantu yang sebenar, kalau tak... makcik fengsannnn!!! Hehehe..

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Thursday, March 17, 2011

SINI ADA HANTU

ASSALAMUALAIKUM wbt

NAK cerita....


Hehehe... suspens jer kan. Sebenarnya nak bagitau jer, saya dah tengok cerita ni, baru habis tengok semalam, dalam masa dua hari, buat dua episod. Episod pertama dah jam 11 pun tak habis layan, jadi mata dah kelat sambung lak semalam. Beli DVD lah, apalagi, kat wayang kan dah habis. Memang tak sempat langsung nak tengok kat panggung. Walaupun baca banyak komen yang memberikan isyarat yang positif.


Mula-mula tu semua orang kata bosankan, saya tak pulak sebab saya suka dengar cara mereka berbual dalam cerita ini. Nampak sangat natural dan tidak mendatar. Ini kiranya macam cerita dalam ceritalah. Lepas tu dalam cerita tu ada lagi cerita. Kih.. kih.. kih. Mengarut betul.. maknanya cerita-ceriti tentang hantu ni semua kita dengar dari mulut ke mulut bukan dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Macam satu kes yang berlaku di Kemayan City, Skudai dua tiga tahun lepas. Sampai masuk suratkhabar. Sebenarnya beberapa lama sebelum tu, saya ada mendengar cerita tentang plaza yang terbengkalai ini dari kawan sekerja. Kiranya itulah cerita yang pertama saya dengar dan dialami oleh kawan suaminya punya abang. Perasan tak? Kalau ada kisah-kisah misteri ni, mesti kita dengar orang atas orang. Tapi saya percaya cerita tu, sebab itu cerita yang pertama saya dengar. Seriau jugalah bila lalu depan plaza tu malam-malam buta. Kadang-kadang 2 3 pagi pun saya lalu sambil memandu berseorangan (memanglah memandu seorangkan, mana ada kereta dua pemandu... hahaha). Tak lama kemudian saya dengar orang ini pula bercerita, orang itu.. orang di sana dan orang di sinun. Lama-lama bunyi cerita tu macam sama sahaja. Dan yang mengalaminya... kawan aku punya kawan.... Yang mendengar mesti ternganga mulut dan naik bulu roma. Lepas tu ceritalah pulak dengan kawan yang lain. Jadinya bertambahlah lagi kawan aku punya kawan punya kawan punya kawan. Apalagi, kalau ada fb, apa kata kita add kawan kita punya kawan punya kawan tu dan kita tanya dari mulutnya sendiri. Ada brannnn?


Dahulu di Johor Bahru pernah kecoh tentang satu hantu yang dikatakan menaiki kancil warna merah yang mencari anak dara untuk memulihkan dirinya yang terlanggar pantang. Sebenarnya dia belum jadi hantu lagi sebab setahu saya dia belum mati cuma rupanya menjadi hodoh disebabkan perbuatannya sendiri. Masa tu saya bertugas sebagai stringer di NSTP, Johor Bahru. Lalu encik Ketua Editor telah mengarahkan saya bersama seorang rakan untuk menjejaki hantu tersebut.... Wawawawawa..... saya yang penakut ini disuruh menjejak hantu??? Awak-awak rasa saya pergi tak buat kerja yang disuruh encik bos saya tu???


Huhuhuhu.... bersambung nanti...

Encik James Lee, saya pinjam awak punya poster eh...

TART NENAS AYU & HADIAH DARI US

ASSALAMUALAIKUM wbt

SUDAH lama mengidam, tak disangka tiba-tiba bulan jatuh ke riba.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dah lama saya dok jeling-jeling, pandang-pandang dan pegang-pegang di kedai, tentulah gembira dan teruja kalau dapat yang percuma... hehe. Cenderahati tanda ingatan orang dari US yang dah pulang ke Malaysia. Rasanya semua pun dah tahu siapa, jadi tak perlulah berteka-teki lagi, terima kasih Kak Yatie, akan saya masak sedap-sedap nanti gunakan mangkuk pemberianmu ini.



Tak sampai sehari tart nenas pemberian Ayu telah selamat dikerjakan.
Kebetulan ramai manusia yang ada di rumah, maka sekejapan juga selamat.
Comel dan mungil, pastry dan inti sama-sama serasi di dalam mulut dan sama-sama masuk ke perut... hihi. Kalau sesiapa teringin tu bolehlah pergi ke blog ini dan mengisi borang tempahan ya... ngeh.. ngeh.. ngeh!

Wednesday, March 16, 2011

UPDATE VLOG DI SEDENAK


ASSALAMUALAIKUM wbt


"OHHHHHH! Ini Sedenak......" Melopong-lopong mulut saya dan ER sebaik sahaja kami mendarat di Sedenak. Kalau selalunya cuma teropong-teropong sahaja papan tanda keluar lebuhraya ke Sedenak dan Kulaijaya, kali ini kami menjejakkan kaki di daerah yang penuh misteri ini. Kenapa misteri??? Sebab di sinilah tinggalnya seorang jejaka yang menjadi igauan ramai makcik-makcik dan kakak-kakak yang ingin sangat bersua empat mata dengan beliau dan merasai keenakan juadah air tangannya.


Apabila menerima sms dan mesej peribadi melalui facebook dari Ayu di Citarasa Rinduan, saya pada mulanya hampir pasti tidak akan dapat menunaikan permintaan Ayu memandangkan ER bukanlah jenis orangnya yang suka berjalan-jalan ke rumah orang tanpa tujuan yang penting seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi tidak sangkalah pula ER menyalakan lampu hijau bila saya menceritakan tentang jemputan dari Ayu dan CMG sendiri. Tapi congak punya congak, pada tarikh tersebut kakak dan adik saya akan pulang ke JB dan datang ke rumah saya kononnya untuk memberi kejutan sempena hari lahir ibu. Saya menceritakan keadaan saya kepada Ayu, sebenarnya malu juga sebab dah banyak kali menolak pelawaan Ayu, setiap kali macam ada saja alasan tapi pada pagi Jumaat lepas Kak Yatie di Sinar Kehidupanku telah memujuk saya untuk pergi ke Sedenak. Saya nikan sebenarnya jenis yang penyanyang tau, jadi bila Kak Yatie tu pujuk-pujuk dengan penuh sifat kekakakan (bukan keibuan ya) saya memberi tempoh sampai petang untuk memberi jawapan. SMS dihantar kepada ER dan ER setuju tapi masalahnya saya tak dapat bersaing dengan Ayu. Malam itu saya mendapat alamat rumah CMG dan berkali-kali cuma dicari di GPS tapi tak dapat dikesan. Nasib baik ada Legend Golf Resort dan berpandukan golf resort ini dan arahan yang diberikan CMG ketika saya menelefonnya malam itu akhirnya petang redup itu kami sampai juga di sana yang disambut dengan daun-daun berguguran.


Malunya rasa pertama kali bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain dan saya percaya mereka pun malu-malu kucing juga. Tapi pasal makan memang tak malulah... rugi wooo kalau malu alamatnya lapar jadi makanlah dengan sopannya... huk.. huk.. huk. Malu punya pasal takut dituduh kuat makan (memang punnn), saya melepas nak makan puff dengan coklat chip CMG. ER yang tak berapa nak malu tu menjadi wakil makan puff untuk saya dan responnya.. sedap! ER kalau tak iya-iya takkannya dia nak kata sedap tau.



Sempatlah juga saya berborak dengan Mak Yah yang bercerita tentang kesakitan di tulang pinggulnya sejak akhir-akhir ini. Dalam keadaan yang sakit itupun Mak Yah tetap senyum melayan tetamu dan sporting bila diajak bergambar. Masa menghantar pinggan makan di dapur tanpa sempadan tu sempatlah juga saya bergambar dengan dapur CMG, oven CMG dan almari antik CMG. Gambar dengan tiffin biru tu mesti dah tengokkan... gambar dengan CMG nak tengok tak????





Sebenarnya wajah CMG bukanlah misteri lagi bagi saya, maklumlah saya ni mempunyai firasat yang agak kuat, bila melihat gambar-gambar yang dipostkan kawan-kawan yang pernah bertemu dengan CMG saya boleh cam yang mana satu CMG.. hehehe. Tapi yang pasti biarlah ia terus menjadi MISTERI.....



Apalah yang Ben soal bersungguh-sungguh tu ya, nak tau???

Klik gambar untuk mendengar apa agaknya yang dibualkan mereka berdua ni...

Banyak lagi cerita tentang vlog ni di blog blogger lain dalam gambar atas sekali tu. Silalah google sendiri ya dan khabarnya selepas ini Ben akan membuat pertemuan blogger di setiap negeri jadi nantikan kedatangan beliau ke tempat anda pula... Tungguuuuuuuuuuuu!!!

Tuesday, March 15, 2011

SELAMAT HARI LAHIR IBU

ASSALAMUALAIKUM wbt

MASIH belum terlambat lagi rasanya untuk saya merakamkan ucapan
Selamat Hari Lahir untuk ibu tersayang, Puan Siti Ramlah Binti Kipit
yang dilahirkan pada tanggal 14 Mac 1941.
Kini usia ibu telahpun menjangkau 70 tahun. Alhamdulillah, ibu masih sihat, kalau demam-demam dan sakit lutut tu biasalah, orang dah berumurkan.


Kek kegemaran saya semestinya Cheese Cake saya dedikasikan di hari lahir ibu.
Kalau selalunya saya buat blueberry cheese cake, kali ini saya buat perisa strawberry kerana terbayang-bayang rupa kek CMG masa vlog tu... hehehe.
Sebenarnya ini kek saya yang kedua. Yang pertama tu berderai, mungkin silap saya sendiri kerana menggunakan loyang yang agak kecil dengan harapan kek itu akan menjadi tinggi sedikit macam strawberry cheese cake yang saya nikmati di rumah CMG kelmarin.

ini kek kat rumah CMG... memang gebu gebas, lambat sikit mesti melepas! Hohoho...

Itupun lepas tiga kali keluar masuk oven, barulah masak.
Ha, ambik, jangan ingat saya tak pernah gagal buat kek, cuma kek-kek yang tak lulus tu selalunya taklah pernah dibuang sebab anak saya sentiasa sudi menghabiskannya.
Cuma rupanya yang buruk tapi rasanya tetapppppp sodap! hik.. hik.. hik...

yang mana satu ibu??? semua dah macam adik beradik... yang baju gaun merah tu adik bongsu kami.. percaya tak??? hihihi

Acara makan-makan telah berlangsung dua hari sempena hari lahir ibu. Maklumlah, saiz kami semua besar-besar jadi kalau ada apa-apa hari istimewa tu tak puas kalau buat sehari... hehehe. Dari makan-makan di luar (order & bayar) sampailah acara masak-masak dan makan-makan di rumah yang telah menjadi tradisi setiap kali hari lahir ibu. Semoga ibu akan terus dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk melihat cucu-cucunya membesar...

Amin Ya Rabbal Alamin.

CACAK STROBERI JER SENANG...

ASSALAMUALAIKUM wbt

MOOD pagi ini sangat mengantuk.
Kelakar betul bila alarm telefon bimbit berbunyi saya masih mamai-mamai lagi.
Sebenarnya saya sedang mimpi duduk di kerusi urut shopping kompleks.
Huhuhu... sedapnya diurut tiba-tiba kerusi berbunyi minta ditambah duit lagi.
Saya mengangkat sedikit badan menoleh ke kanan di mana tempat duit perlu dimasukkan.
Eh! Apasal kerusi urut ni menyala-nyala pulak.
Lepas tu ada tulis 'snooze' dan ada tulis 'stop' minta ditekan salah satu.
Saya memandang kebingungan dan rasanya dalam tiga saat baru tersedar itu paparan telefon bimbit yang menyuruh saya segera bangun...
huwa.. huwa... huwa....!

Pukul berapa saya tidur malam tadi?
Oh! Saya tidur jam dua ketika semua orang sudah berdengkur lama.
Bukannya menyiapkan tempahan tapi menunaikan permintaan kakak dan adik yang pulang ke kampung sempena hari lahir ibu semalam.
(p/s: Baru tersedar tidak ada entri hari lahir ibu... sibuk.. sibuk dan sangat sibuk ya, dengan tempahan dan pelbagai aktiviti.. nanti kemudian akan saya muatkan di sini).

Ketika dua batang jarum jam tegak 90 darjah, saya baru saja mengulit tart shell.
Semua tempahan yang 200 biji telah dilangsaikan, jadi sekarang nak menunaikan permintaan orang pulak.
1.30 pagi crust sebanyak 75 biji telah siap dibakar dan 50 darinya telah diisi krim dan coklat. Ohoooo... saya sudah tidak larat hendak mengukir corak bunga padi yang menjadi kegilaan masa kini.
Teringat buah strawberry yang tinggal beberapa biji, teringat pula kombinasi strawberry bercicah coklat dan hasilnya....

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!

cheese tart pakat2 senyum walaupun dah pukul 2 pagi... hehehe..

Mujur ada strawberry, kalau tidak mungkin saya tidur jam 3 pagi...
jom-jom nyanyi lagu P Ramlee... "pukul 3 pagi......"

Mood sekarang: Dah segar bugar lepas pekena nescaffe panas satu cawan... hehehe.

Saturday, March 12, 2011

AKU & TIFFINBIRU

ASSALAMUALAIKUM wbt



ENTAH apa yang disibukkan
tapi memang gila punya sibuk jadi tak boleh cerita banyak-banyak... nak tunjuk satu benda jer.... yang amatlah misteri nusantara....

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^
Saya rakamkan setinggi terima kasih kepada CMG de DTS & bonda serta seluruh keluarga
atas susah payah menjamu kami yang hadir. Dengar macam kelam kabut sangat masa saya telefon malam sebelumnya tu ha.. Nanti saya nak belajar macammana nak dapatkan struktur kek yang gebus gebas macam tu... memang tak boleh lupa keenakannya.
Kepada Ayu de Citarasa Rinduan yang tak pernah jemu mengajak dan setelah dikira-kira ini merupakan pelawaan Ayu yang ke empat barulah dapat saya tunaikan janji untuk bertemu dengan Ayu. Si Yaya tak habis-habis memuji tart nenas yang Ayu bagi.. sedap sangat katanya... nom.. nom.. nom..
Kepada Kak Yatie de Sinar Kehidupanku yang amat pandai memujuk. Walaupun mekapku cair menunggu ... hehehe. p/s: Kak Yatie, kita dah lama mengidam benda tu tau... kih.. kih..
i love u, sis.
Kepada Sis Lin de Bisikan Hati yang tolong carikan sandalku, entah siapalah yang tersepak sandalku yang malang itu... hehe. Sis Lin, lepas ni tak payahlah berbisik lagi ya... hehehe.
Kepada blogger-blogger yang lain, semoga terus bersinar di alam maya...
Salam Sayang dari Alam Sari.

Wednesday, March 9, 2011

ABC TANJUNG

ASSALAMUALAIKUM wbt

INI gara-gara promosi dari mamanajla lah saya sampai ke sini.
Dah berapa kali lalu sini pun tak perasan ada signboard kuning terpacak
ABC Tanjung

yang femes ni ha (terlupa lak nak ambil gambar). Ni singgah semasa dalam perjalanan balik ke JB dari KL beberapa minggu yang sudah. Kami berdua jer, Yaya tak ikut.. (cemburu betul Yaya tengok gambar ABC tu)... hahaha.... layanzzzzzzz!

Biasalah... kat mana-mana pun air mesti sampai dulu... tapi ada gak yang kita dah nak tercekik pun air tak sampai-sampai... huhuhu...

Ini ER punya air... Coconut Shake Special... perghhhh!
Memang istimewaraga...


Ini Puan Sari punya... ER pun tiru saya order ni jugak,
jadik saya tak dapat ngecek ER punya sebab sama... ngeh.. ngeh.. ngeh...!
Haaaa????
Apa kat dalam tu???
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Mee Kari Istimewa... sedap.. sedap..!
Sesuai untuk hantu kari... kih.. kih.. kih!

Otak-otak mesti ada ha!

Sesiapa yang hendak ke sini silalah telefon ke nombor ini terlebih dahulu kerana anada akan mendapat diskaun... betullah... tak tipu...

012-6952182

Jemput ya...


Tuesday, March 8, 2011

HARI WANITA RUPANYA


ASSALAMUALAIKUM wbt

PAGI-PAGI tadi, bila buka fb (biasalah tu...) sana sini status teman-teman mengucapkan Selamat Hari Wanita. Oh, hari ni hari wanita. Saya yang wanita ni rasa pula macam tak prihatin. Sebenarnya masa yang berganti begitu cepat kadang-kadang membuatkan kita lupa sudah setahun berlalu. Rasanya macam baru bulan lepas sambut hari wanita, tiba-tiba dah muncul kembali Hari Wanita yang rasa-rasanya masih panas lagi. Jadi di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua yang bergelar wanita. Wanita ini sebenarnya lebih sesuai dikaitkan seorang perempuan yang telah dewasa dan matang. Jadi kepada adik-adik perempuan yang belum matang, bersedialah untuk bergelar wanita pada masa akan datang.



CHOCOLATE MOIST CUPCAKES & TEMPAHAN

ASSALAMUALAIKUM wbt


RASANYA macam dah berhari-hari tak menjenguk di sini. Nak BW pun tak sempat, macam penat sangat sebab banyak program dan sibuk juga dengan tempahan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang membuka pintu rezeki.

Hari ini saya nak kongsikan resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap ni. Sebenarnya, ini merupakan tempahan dari seorang rakan yang berkhidmat di UTHM, Batu Pahat sebagai goodies di hari lahir anak daranya. Pada mulanya saya buat dua adunan pada malam Ahad lepas, rupanya tak cukup pulak jadi saya tambah lagi satu adunan esok paginya. Alhamdulillah, ada lebih untuk dimakan-makan. Sesiapa yang minat dengan kek coklat tu, saya rasa ini antara yang terbaik dan mudah pula nak membuatnya. Resepi asal dari Mem Besar yang setia di Kongsi Resepi Facebook boleh tengok di sini. Minta izin MB kongsi pula di sini. Terima kasih ya, Mem Besar, banyak dah timba ilmu dari MB, hanya Allah swt yang membalas budi baik MB yang murah hati. Adunan ini boleh juga dibakar di dalam loyang yang bersaiz sesuai.

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula kastor
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cwn susu cair/ sejat
  • 1 st coffee emulco/ nescaffe segera
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1/2 cwn serbuk koko*
  • 1 1/2 st soda bikarbonat*
  • 1 st serbuk penaik*
  • 1/2 st esen vanilla

Cara-cara:

  1. Ayakkan semua bahan bertanda*.
  2. Campurkan susu cair dan coffee emulco, ketepikan.
  3. Panaskan ketuhar 160 - 170'C. Susun cawan kertas atas loyang.
  4. Pukul telur sehingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi.
  5. Masukkan pula minyak, pukul lagi hingga sebati.
  6. Gunakan spatula atau senduk kayu, masukkan no 2 dan no 1 berselang seli sambil digaul sehingga habis. Masukkan esen vanilla dan gaul atau kacau hingga sebati.
  7. Tuangkan adunan memenuhi setengah cawan kertas dan bakar 25 minit atau hingga masak. Cucuk dengan lidi untuk menguji kek. Bila telah sejuk, bolehlah dihias mengikut citarasa anda.

Kawan saya meminta konsep pink & love seperti yang saya pernah buat sebelum ini.. malas nak fikir katanya... hehehe..

Ini merupakan tempahan dari Kak Ana yang pernah menempah cheese tart sebelum ini. Dia kata sedap.. sedap.. sampai tempah lagi sekali, kali ni lagi banyak dari yang lepas... terima kasih kak Ana. Terima juga tempahan dari kawan sekerja, Zura, terima kasih, Zura.


Saya turut menerima tempahan tart shell, yang ini tempahan dari Ayu, tempahan minit terakhir, nasib baik sempat nak disiapkan kalau tidak hampalah Ayu sebab dia datang dari jauh untuk ambil tempahan ni. Terima kasih, Ayu.

Friday, March 4, 2011

BETAPA

ASSALAMUALAIKUM wbt

BETAPA besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.


Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.


Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.


Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-Qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.


Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang
ketika berada di masjid.


Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.


Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.


Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al-Qur'an namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.


Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.


Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Renungan untuk diri sendiri sebenarnya…

(dipetik dari email yang diterima dari seorang kawan)

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?