TART NENAS AYU & HADIAH DARI US

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM wbt

SUDAH lama mengidam, tak disangka tiba-tiba bulan jatuh ke riba.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dah lama saya dok jeling-jeling, pandang-pandang dan pegang-pegang di kedai, tentulah gembira dan teruja kalau dapat yang percuma... hehe. Cenderahati tanda ingatan orang dari US yang dah pulang ke Malaysia. Rasanya semua pun dah tahu siapa, jadi tak perlulah berteka-teki lagi, terima kasih Kak Yatie, akan saya masak sedap-sedap nanti gunakan mangkuk pemberianmu ini.



Tak sampai sehari tart nenas pemberian Ayu telah selamat dikerjakan.
Kebetulan ramai manusia yang ada di rumah, maka sekejapan juga selamat.
Comel dan mungil, pastry dan inti sama-sama serasi di dalam mulut dan sama-sama masuk ke perut... hihi. Kalau sesiapa teringin tu bolehlah pergi ke blog ini dan mengisi borang tempahan ya... ngeh.. ngeh.. ngeh!

Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalammualaikum Yus,
    Alhamdulillah Yus suka brng tu..akak pun tak tau nak bagi apa sbb ramai kawan, saudara mara dan jiran yg di beri tanda ingatan...FM tu khas utk Yus, akak beli masa kat Niagara Falls....kenangan masa kat sanalah tu...

    ReplyDelete
  2. As Salam...

    sejuknya pagi ni kak....:D wahhhh...syok kan dapat hadiah tanda kenangan dr sahabat tersayang..:D

    ReplyDelete
  3. Kak Yatie, FM tu mmg dah melekat kat fridge, satu masa nanti nak tengok sendiri Niagara Falls ni, terima kasih, ya kak untuk kedua hadiah tu..

    ReplyDelete
  4. Mamamya, ialah.. akak gegel2 nih... hehehe. Memang syok sangat... hihihi. Tapi tak kisahlah, bukan mengharapkan pemberian dari sahabat, kalu ada Alhamdulillah, kalu tiada pun yng penting bersahabtan tetap berkekalan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. wah!!!
    daku terharu..
    tapikan..serius nak habaq....
    kak yatie punya hadiah...sangat bernilai.......
    nanti kita simpan buat kenagan

    dan....tart chesse mu itu..akan ku tempah.....nantikan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!