KEKELAMAN KEKABUTAN & KEMENGANTUKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM wbt

SEBENARNYA kalau diikutkan saya dah malas nak membuat kek apatah lagi menerima tempahan kek. Sebabnya saya lebih enjoy menyiapkan tempahan cheese tart lebih-lebih lagi apabila melukis corak di atas filling, saya begitu asyik sehingga terlupa keadaan sekeliling. Sebab itulah saya akan memberi makan kenyang-kenyang dahulu kepada penghuni di rumah saya tu sebelum menyiapkan tempahan supaya tiada keluhan-keluhan lapar yang kedengaran. Tapi apabila dipujuk adik saya Cik Embun untuk membuatkan kek ini sempena hari lahir rakannya, saya cuba untuk menunaikannya dan seperti biasa ada sahaja cabaran yang menanti apabila saya menerima sesuatu tempahan, bak kata orang sekarang, 'bukan senang nak senang'.

Elok-elok saya dah menyusun jadual malam semalam dengan sebaiknya supaya semuanya akan selesai selewatnya menjelang jam 12, tiba-tiba sahaja ER memberitahu beliau akan menghadiri majlis perpisahan rakan sekerjanya yang akan bertukar ke cawangan lain di Senibong Seafood. Maknanya tugas menghantar dan mengambil Yaya dari kelas tuisyen akan terjunjung di atas batu jemala saya sedangkan saya perlu menyiapkan kek keju yang telah ditempah seawal minggu lepas dan tart shell untuk simpanan pelanggan yang akan mengambil cheese tartnya pada hari esok. Fuhhhhh! Saya menarik nafas panjang.... aku boleh!

Awal-awal lagi saya dah meminta ER menelefon restoran tomyam agar menyediakan nasi goreng pattaya untuk Yaya supaya dia tak lapar sebelum ke kelas tuisyen. Sebaik sampai di depan pintu, gadis manis pembantu restoran itu terus saja memberikan bungkusan nasi yang dipesan awal tadi kepada Yaya. Sampai di pagar rumah, saya mengeluh garang melihat ikatan sampah yang terburai dibongkar sang gagak. Macammana ya boleh tahu gagak punya kerja, tengok rupa plastik tu pun dah tahu itu bukan kerja Cik Meow tapi Cik Ak Ak... hohoho... (habis nanti dia gigit telinga aku). Saya terus menyuruh Yaya mengambil plastik baru dan membersihkan sampah yang berselerakan depan rumah. Yaya yang dah sedia mandi di taska, asyik di bilik mewarna kuiz yang dibelinya di sekolah. Saya kemudian cepat-cepat mandi tapi tak boleh juga nak cepat, maklumlah dah berlengas satu hari apalagi berlangirlah sampai wangi.

Setelah selesai semuanya yang wajib dan yang sunat (ikut kata Yaya), terus sahaja saya menggodek adunan kek. Rasanya baru sekejap, tinggal nak mengaup adunan meringue Yaya beritahu dah jam 8. Laju jer tangan saya dan perasan sekejap macam celebreti masakan dalam rancangan Sugar tu... hahaha. Cepat-cepat masukkan dalam loyang, letak air panas dalam oven dan pusing satu jam. Terus capai beg tangan lawa tapi pakai baju pijama hantar Yaya ke pusat tuisyen yang tak sampai 10 minit perjalanan.

Lepas turunkan Yaya, terus pusing balik semula ke rumah, kali ini adun pula adunan tart shell untuk dua adunan sekaligus. Hati berdetik kesukaan apabila cheese cake naik dengan cemerlang dan siap masak jam 9. Lepas tu sambil layan berita diikuti drama Gemilang, leka menekan doh sampai tengok jam dah 9.30. Tiba-tiba ER telefon beritahu dia lambat lagi pulang suruh saya ambil Yaya dulu nanti dia akan telefon balik kemudian. Adoi! Saya kata ingat saya ni drebar ke ulang alik kat tengah jalan banyak kerja nak diselesaikan. ER pujuk-pujuk, nasib baik hati saya sejuk.

Lepas ambil Yaya, saya sambung menekan tart. Rasa nak membakar takut pulak nanti ER telefon lalu saya telefon dulu kalau ER lama lagi. ER kata, tak apa bakar dulu, lagi seminit nak habis bakar ER telefon suruh ambil di Uda. Nak sambung bakar lagi satu loyang, takut pulak ada yang hangit kena tinggal. Sambil memandu saya layan radio Sinar dengar Abg JJ layan jiwang. Lepas ambil ER, balik rumah lagi terus sambung semula menekan tart. Yang satu loyang dah bakar tinggal lagi satu, diam tak diam malam tadi saya dapat tiga loyang. Rasa macam terror pulak lepas ni bolehlah saya buka kedai... hehehe.

Teringat pula cheese cake yang dah sejuk kalau tak siapkan malam, esok pagi mana sempat. Adik saya pesan letak jer jem blueberry dan buah-buah sikit-sikit kalau dapat. Nasib baik ada pacak Happy Birthday tu yang sengaja saya simpan buat sparepart. Esok pula dia minta hantarkan ke sekolah kalau sempat. Jadi pagi tadi 5.15 dah mandi takut lambat. Nasib baik ER dan Yaya pun sporting bangun cepat. Pagi ini kemengantukan yang amat harap-harap dapatlah saya tidur tengahari nanti walau sekejap supaya dapat sambung berjaga malam nanti mengisi filling cheese tart.

mula rasa filling blueberry tu macam dah pekat rupanya kecairan yang amat
buah-buah tak disapu deco gel kerana amatlah mahal bukan pula nak pakai selalu
jadi sorry ya, dik.. nanti lain kali ku tak terburu-buru

Cerita Tamat.

Update : Klik gambar untuk mendapatkan resepi kek
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tu dia kak.. Punya panjng crite sampi saya pun dh kemengntukan.. Haha.. Caiyok tuk mlm ni plak kak. Hehhe

    ReplyDelete
  2. sedapnye kek tu...peberet tu...

    tapi kalau kat rmh dah tentu saye sorang jer yg habiskan sebab anak2 tak berapa suke...

    ReplyDelete
  3. hehe.. pjgnya citer tp best ^_^
    adoiiyaa... sedapnyan kek tu. yummmmy

    ReplyDelete
  4. kesian Izah, smpi tersengguk2 mmbaca... keh3..

    ReplyDelete
  5. Ainnoraini, kalau kat rumah sy skali potong terus selamat... hihihi

    ReplyDelete
  6. Lia, baguslah kalu best, tapi msti ramai yg boring... keh3

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!