ASSALAMUALAIKUM wbt
"OHHHHHH! Ini Sedenak......" Melopong-lopong mulut saya dan ER sebaik sahaja kami mendarat di Sedenak. Kalau selalunya cuma teropong-teropong sahaja papan tanda keluar lebuhraya ke Sedenak dan Kulaijaya, kali ini kami menjejakkan kaki di daerah yang penuh misteri ini. Kenapa misteri??? Sebab di sinilah tinggalnya seorang jejaka yang menjadi igauan ramai makcik-makcik dan kakak-kakak yang ingin sangat bersua empat mata dengan beliau dan merasai keenakan juadah air tangannya.
Apabila menerima sms dan mesej peribadi melalui facebook dari Ayu di Citarasa Rinduan, saya pada mulanya hampir pasti tidak akan dapat menunaikan permintaan Ayu memandangkan ER bukanlah jenis orangnya yang suka berjalan-jalan ke rumah orang tanpa tujuan yang penting seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi tidak sangkalah pula ER menyalakan lampu hijau bila saya menceritakan tentang jemputan dari Ayu dan CMG sendiri. Tapi congak punya congak, pada tarikh tersebut kakak dan adik saya akan pulang ke JB dan datang ke rumah saya kononnya untuk memberi kejutan sempena hari lahir ibu. Saya menceritakan keadaan saya kepada Ayu, sebenarnya malu juga sebab dah banyak kali menolak pelawaan Ayu, setiap kali macam ada saja alasan tapi pada pagi Jumaat lepas Kak Yatie di Sinar Kehidupanku telah memujuk saya untuk pergi ke Sedenak. Saya nikan sebenarnya jenis yang penyanyang tau, jadi bila Kak Yatie tu pujuk-pujuk dengan penuh sifat kekakakan (bukan keibuan ya) saya memberi tempoh sampai petang untuk memberi jawapan. SMS dihantar kepada ER dan ER setuju tapi masalahnya saya tak dapat bersaing dengan Ayu. Malam itu saya mendapat alamat rumah CMG dan berkali-kali cuma dicari di GPS tapi tak dapat dikesan. Nasib baik ada Legend Golf Resort dan berpandukan golf resort ini dan arahan yang diberikan CMG ketika saya menelefonnya malam itu akhirnya petang redup itu kami sampai juga di sana yang disambut dengan daun-daun berguguran.
Malunya rasa pertama kali bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain dan saya percaya mereka pun malu-malu kucing juga. Tapi pasal makan memang tak malulah... rugi wooo kalau malu alamatnya lapar jadi makanlah dengan sopannya... huk.. huk.. huk. Malu punya pasal takut dituduh kuat makan (memang punnn), saya melepas nak makan puff dengan coklat chip CMG. ER yang tak berapa nak malu tu menjadi wakil makan puff untuk saya dan responnya.. sedap! ER kalau tak iya-iya takkannya dia nak kata sedap tau.
Sempatlah juga saya berborak dengan Mak Yah yang bercerita tentang kesakitan di tulang pinggulnya sejak akhir-akhir ini. Dalam keadaan yang sakit itupun Mak Yah tetap senyum melayan tetamu dan sporting bila diajak bergambar. Masa menghantar pinggan makan di dapur tanpa sempadan tu sempatlah juga saya bergambar dengan dapur CMG, oven CMG dan almari antik CMG. Gambar dengan tiffin biru tu mesti dah tengokkan... gambar dengan CMG nak tengok tak????
Sebenarnya wajah CMG bukanlah misteri lagi bagi saya, maklumlah saya ni mempunyai firasat yang agak kuat, bila melihat gambar-gambar yang dipostkan kawan-kawan yang pernah bertemu dengan CMG saya boleh cam yang mana satu CMG.. hehehe. Tapi yang pasti biarlah ia terus menjadi MISTERI.....
Apalah yang Ben soal bersungguh-sungguh tu ya, nak tau???
Klik gambar untuk mendengar apa agaknya yang dibualkan mereka berdua ni...
Banyak lagi cerita tentang vlog ni di blog blogger lain dalam gambar atas sekali tu. Silalah google sendiri ya dan khabarnya selepas ini Ben akan membuat pertemuan blogger di setiap negeri jadi nantikan kedatangan beliau ke tempat anda pula... Tungguuuuuuuuuuuu!!!
Banyak lagi cerita tentang vlog ni di blog blogger lain dalam gambar atas sekali tu. Silalah google sendiri ya dan khabarnya selepas ini Ben akan membuat pertemuan blogger di setiap negeri jadi nantikan kedatangan beliau ke tempat anda pula... Tungguuuuuuuuuuuu!!!
uwaaa Yus, siap gambar dngn oven dan makyah lagi..seronoknya....nampaknya akak nak kena pergi lagilah umah Mat..hp Seri tu pun tak ambek lagi....mmng nak kena pergilah tuuuu....
ReplyDeletewah wah..siok jumpa jejaka idaman ..hikhik
ReplyDeleteKak Yatie, mesti Seri sengaja tinggalkan handphone tu... wakakah!
ReplyDeleteIzahdaut, yang mana satu jejaka idaman Izah ni..??? (sambil menggaru2 dagu.. huhuhu)
ReplyDeletewah, bestnye!!jeles ni..
ReplyDeleteSalam Yusa...
ReplyDeleteWah seronok ye ke Sedenak. Siap kena ambil attendence lagi ye.. hehe...
Surie, jgn jeles... hehe
ReplyDeleteMamaFami, ambil atttendance tu utk claim mileage... hehehe
ReplyDeletehuaa...tu la kan...lain kali dtg umah cik mat lia x nak malu2 lagik...dek kerana malu2 lah lia x sempat pun nak menjemah semua masakan cik mat...dapat makan nasi ayam n kuih bakar jer...bila tgk gmbr cheese cake tu t'liur la pulak...( padan muka sya...uhuksss...)
ReplyDeletemesti seronok kan kak
ReplyDeleteseronok dgr cerita
ReplyDeletevlog tu....meriah jer nampak dapat lak merasa mskkan CMG yg sedap tu..bestnyer...btw selamat hari lahir juga buat mak akak semoga sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu.
Mamamya, kesian, malu punya pasal ya... lain kali malu2 ayam tak per... kih3
ReplyDeleteAngahSayang2314, seronok tapi yg tak seronoknya akak terkejar2, tak smpat duduk lama2 & berkenal lebih mesra..
ReplyDeleteNieza, terima kasih, mmg meriah, mskn CMG mmg sedap, agaknya kalu Chef Wan mkn pun tak mo balik... hehe
ReplyDeleteboleh jugak join2 ni...merapatkan silaturahim...
ReplyDeletewah bestnya jumpa reramai kan.. heee
ReplyDeleteHello from SPAIN VIGO .. I am friends with Hann and I have drawn you in your blog ... I love to share recipes and friendship .. so I invite you to share my recipes and blog .. hugs MARIMI
ReplyDeletetu dia...
ReplyDeletedah syer entry ttg kisah bersantai itu hari..
serius nak habaq...mmg best tau...
terima kasih sbb sudi join yer kak yus...
kirim salamen suamimu
ayu dapat bersembang lama gak masa kat luar..sila jgn jeles...
best gak bebual ngan en suamimu
gLAMOUR LAH OVEN SAYA..HAHAHHAA.
ReplyDeletemeriahnya
ReplyDelete