RASANYA macam dah berhari-hari tak menjenguk di sini. Nak BW pun tak sempat, macam penat sangat sebab banyak program dan sibuk juga dengan tempahan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang membuka pintu rezeki.
Hari ini saya nak kongsikan resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap ni. Sebenarnya, ini merupakan tempahan dari seorang rakan yang berkhidmat di UTHM, Batu Pahat sebagai goodies di hari lahir anak daranya. Pada mulanya saya buat dua adunan pada malam Ahad lepas, rupanya tak cukup pulak jadi saya tambah lagi satu adunan esok paginya. Alhamdulillah, ada lebih untuk dimakan-makan. Sesiapa yang minat dengan kek coklat tu, saya rasa ini antara yang terbaik dan mudah pula nak membuatnya. Resepi asal dari Mem Besar yang setia di Kongsi Resepi Facebook boleh tengok di sini. Minta izin MB kongsi pula di sini. Terima kasih ya, Mem Besar, banyak dah timba ilmu dari MB, hanya Allah swt yang membalas budi baik MB yang murah hati. Adunan ini boleh juga dibakar di dalam loyang yang bersaiz sesuai.
Bahan-bahan:
- 2 biji telur
- 1 1/2 cwn gula kastor
- 1 cwn minyak masak
- 1 1/2 cwn susu cair/ sejat
- 1 st coffee emulco/ nescaffe segera
- 2 cwn tepung gandum*
- 1/2 cwn serbuk koko*
- 1 1/2 st soda bikarbonat*
- 1 st serbuk penaik*
- 1/2 st esen vanilla
Cara-cara:
- Ayakkan semua bahan bertanda*.
- Campurkan susu cair dan coffee emulco, ketepikan.
- Panaskan ketuhar 160 - 170'C. Susun cawan kertas atas loyang.
- Pukul telur sehingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi.
- Masukkan pula minyak, pukul lagi hingga sebati.
- Gunakan spatula atau senduk kayu, masukkan no 2 dan no 1 berselang seli sambil digaul sehingga habis. Masukkan esen vanilla dan gaul atau kacau hingga sebati.
- Tuangkan adunan memenuhi setengah cawan kertas dan bakar 25 minit atau hingga masak. Cucuk dengan lidi untuk menguji kek. Bila telah sejuk, bolehlah dihias mengikut citarasa anda.
Kawan saya meminta konsep pink & love seperti yang saya pernah buat sebelum ini.. malas nak fikir katanya... hehehe..
Ini merupakan tempahan dari Kak Ana yang pernah menempah cheese tart sebelum ini. Dia kata sedap.. sedap.. sampai tempah lagi sekali, kali ni lagi banyak dari yang lepas... terima kasih kak Ana. Terima juga tempahan dari kawan sekerja, Zura, terima kasih, Zura.
Saya turut menerima tempahan tart shell, yang ini tempahan dari Ayu, tempahan minit terakhir, nasib baik sempat nak disiapkan kalau tidak hampalah Ayu sebab dia datang dari jauh untuk ambil tempahan ni. Terima kasih, Ayu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewahh..makin maju bisnes akak sorang ni..he..he..
ReplyDeleteAlhamdudillah..syukur...
Alhamdulillah semakin maju bisnes, akak tumpang gembira gak. Cupcake tu nampak mengamcam lah, kalau akak nak buat nanti akak kopipes dari Sari je lah ya, thanks
ReplyDeleteMas, Alhamdulillah... thanx, Mas
ReplyDeleteKak Aidah, silakan kak, sedap, moist keknya lagilah selepas sehari..
ReplyDeletesedapnya kek chocolate moist cupcakes tu.. tq akak share resepi..
ReplyDeleteur most welcome, Lia, nt cuba tau... sedap.. lg2 kalu spread ngan CG..
ReplyDeletemurah rezeki tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah, Ila... rzeki yg dibukakan pintunya oleh Allah swt
ReplyDeletekalau pos...tak hancur berderai ke cupcakes tu...
ReplyDeleteKak Kam, yg ni tak pos.. tuan punya duduk dekat taman blkg umah sy jer... hehehe
ReplyDelete