UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM wbt


klik gambar untuk resepi


DAH lama tak tayang lauk kat sini ek, hihi. Ni udang galah sudah sebulan lebih beku dalam peti ais... hehehe. Hari ni cadangnya memang tak mahu memasak sebab ER ada mesyuarat kelab dan saya merancang hendak mencari kasut. Bila ER menjemput kami dua beranak di CS, beliau mengeluh lapar, maka macam-macam cadanganlah yang keluar. Tiba-tiba teringatkan udang galah ni jadi terhasillah lauk ni... kalau tak mungkin lebih lamalah lagi encik udang ini bertapa... hik.. hik. Eh, kenapa saya panggil encik udang ya, encik kan untuk lelaki. Sebabbbbb... udang ni ada janggut.. maka bolehlah saya panggil dia encikkan... betullllll? hehehe..

Ni saya nak beritahu jer, mungkin dalam seminggu dua ini anda tidak akan melihat kelibat saya di sini atau di rumah anda, tumpang lalu tu insyaAllah jika ada kesempatan kerana seminggu dua ni saya akan sibuk menyiapkan beberapa dokumen yang penting. Sepanjang kita berjauhan ini... hehehe... saya akan sentiasa mengingati anda semua... Wassalam.

Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kak yus..
    wah! sedap2 makan udang galah..
    hehehe..udang kena tiak encik eik sbb janggut>
    kak nie mmg sangat2 lucu..i like


    PS: okey memahami...jaga kesihatan ya...nanti ayu singgah sini bila kak berudara...

    ReplyDelete
  2. kak sari~ besarnyer udang!!!!! agak2 kalau tun makan masuk spital x? tun allergic udang.. sob sob..

    wah.. bz ek? tun pon akan slow seminggu lebih. parents in law dtg, xleh duk bertapa dpn lappy je.

    ReplyDelete
  3. Best nye makan udg galah!!

    XPe kak, siapkan keje tu leklok k!

    ReplyDelete
  4. perhhh..besarnya udang galah...
    sedappnya masak lemak tu....

    ReplyDelete
  5. hamboi Sari, elok je Encik Udang tu berposing dlm kuah msk lemak tu eh.. ok, take care Sari.. cepat2 la settle apa yg perlu tu dan cepat2 ke udara ye..

    ReplyDelete
  6. Sari...elok je tunjuk udang bosar... dah berehatlah pulak...

    ReplyDelete
  7. aduhai kak...mana dapat en.udang ni kak??? mancing ker?? dah lama nak mencari tp klu pi pasar x penah ketemu plak.....

    ReplyDelete
  8. udang galah saya suka masak tempoyak..sedapp.sampai menghirup kuahnya :D

    ReplyDelete
  9. akak bila klik gambar tak sampai ke resepi pon, acaner ?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!