SEMEKAR CHEESE TART

Seri Kandi Tanah Jauhar
14
ASSALAMUALAIKUM wbt

HIK.. hik.. hik... Panjang ya cerita saya semalam? Mesti ramai yang boring ek. Di fb pun ramai yang bertanya khabar, dah hilang ngantuk? Dah tidur? Ngantuk lagi tak? Hahahaha... kelakar jer. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini. Dapur saya ni dahlah kecil, resepi pun tak banyak tapi saya suka berkongsi perkara yang mudah sebab kebanyakan kita sekarang ni memikul dua tanggungjawab. Selewat-lewatnya jam 7 semuanya dah keluar dari rumah. Punch in di pejabat.... gedebak gedebuk dah petang. Sebaik punch out di pejabat, punch in pula di rumah.. (ada ke para suami yang nak letak mesin punch card kat rumah ni.. kalau ada bolehlah claim elaun ye... hek3). Begitulah sehari-harikan, perginya dengan matahari, pulangnya dengan bulan. Jadi, mari kita berkongsi masakan yang mudah-mudah di sini tapi sedap. Sedaplahhhhhhh... ER ngan Yaya kata sedap perrrr... keh3. Okeylah, hari ni Puan Sari aka Puan Yus tak cerita panjang-panjanglah. Kita cuci mata ya, tengok apa yang saya dok buat kat dapur tu tak keluar-keluar.. hehehe.

Inilah antara tempahan-tempahan yang saya terima
dan sempat pula saya snap sepanjang hari minggu yang lepas sehingga malam tadi. Terima kasih kepada semua yang sudi menempah, jangan serik ya menempah dengan saya. Cinta saya pada cheese tart kian hari kian mekar begitu juga cinta saya kepada anda pengikut-pengikut di Alam Sari. Semoga Allah merahmati kita semua dan sentiasa dilapangkan dada dan dibukakan pintu rezeki dengan seluasnya...
Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin.

p/s: Alhamdulillah....
syukur kepada Ilahi kerana penantian teman saya untuk bertemu dengan orang yang dirinduinya selama 13 tahun telah berakhir semalam. Hanya airmata yang dapat menceritakan segala-galanya tentang kerinduan seorang bapa yang dipisahkan dengan zuriatnya sendiri. Semoga akan adanya nanti kebahagiaan dalam perpisahan... insyaAllah.
Tags

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantik betul cheese tart tu...geram betul

    ReplyDelete
  2. comel2 cheese tart nyerr..saya tak pernh buat tart..ishh lawa sangt...rasanya klu saya buat neh mmg tak de seni cam ni kot..hahaha..
    pss akak..citer aa apsal kawan tu berpisah lama tu?aduhaii kepoh jugak..ngahaha

    ReplyDelete
  3. uiisshhh..tauku cis tart ni makin menjadi2 ngan cissnya...
    mas gak yg tak lulus2 lagi mengcis ni..he..he..

    ReplyDelete
  4. Izah, nak ce citer ker.... Nt eh, tnggu episod seterusnya... hihihi..

    Mas, semua benda dah lulus kan, yg ni kacang jer Mas.. sbb benda2 yg Mas dah lulus tu, akak tak lulus2 smpi skrg... hahaha

    ReplyDelete
  5. wah semakin berkembang maju bisnes cistat dia ya, tahniah. akak pun tumpang gembira, comel2 sungguh cistat yg sari buat ya.

    ReplyDelete
  6. wah alhamdulillah biz makin maju,cantik tart yg sari buat

    ReplyDelete
  7. wahh lawanyaa...mmg dah beli cc aritu nak mengetart..tp x start2 lg..mintak aura rajin tu skit..ngeee...
    semoga makin berkembang laa bisnes nih yer..

    slm perkenalan juga dari sy..ni nak panggil apa yer? :D

    ReplyDelete
  8. waduh waduh waduh waduh....jelitanya cistat-cistat itu...!!!

    ReplyDelete
  9. Kak Aidah, Alhamdulillah, syukur...

    Chik Mimi, terima kasih... Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Ha Sue, panggil Sari bleh, Yus pun bleh... haiiii... cepatlah dtg auranya tu... hehehe

    gadisBunga, ada sejelita gadisBunga tak? hehehe

    ReplyDelete
  11. umeboshi, rajin sebab minat sgt dgn cistat ni... hehehe

    ReplyDelete
  12. kak..nak order cheese tart ni..cantek sgt..sms sye nt k..ni no.o174555579

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!