ZIARAH JENAZAH SEPUPU DI SENAWANG & MAKAN DI RESTORAN MEGAT KITCHEN & MELEWAR KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT



JUMAAT pagi yang lepas, Sk dah siap-siap nak pergi kerja, buka whatsapp dan baca Angah dan Cik Ani akan menziarah jenazah sepupu kami yang meninggal dunia pada tengah malam tersebut di Senawang, Negeri Sembilan. Cik Ani tanya, Uda nak join tak? Sk minta izin dengan PI untuk mengikut Angah dan Cik Ani, Sk tahu PI mesti tak dapat pergi sebab kerja dia kadang ada yang mustahak tak boleh tinggal. Lepas PI bagi green light, Sk terus masukkan bekal yang dah siap dan sepatutnya nak bawa ke office ke dalam esbox. Panaskan enjin kereta dan memandu menuju ke Senai (rumah Angah). Dari Senai, kami naik kereta Cik Ani, mujurlah Che Li pun ikut sekali.



Kemudian, janji dengan Along yang datang dari Melaka untuk berjumpa di RNR Jejantas Ayer Keroh. Disebabkan Along macam lambat lagi nak sampai, Sk ajak mereka makan dulu di Restoran Megat Kitchen ni. Yang pergi tu tetap pergi, kita yang tinggal ni kena jugak nak isi perut. 



Sk makan Nasi Lemak Telur Mata dan Angah makan Nasi Lemak Sambal Paru. 



Cik Ani makan Mihun Goreng Sambal Paru, sedap mihun goreng. Sambal paru pun sodap.



Che Li makan Nasi Goreng Ayam Goreng.



Jeika makan ayam goreng jer.. lepas tu dia makan nasi goreng ayah.



Jajan Jeika, tak sangka ini marshmallow.



Ngam habis makan, Along pun sampai. Along kata tak nak makan jadi kami terus bertolak. Sk dan Angah naik kereta Along pulak.



Sampai Senawang, Cikwa pun dah ada. Kami kemudian ke masjid di mana jenazah ditempatkan dan kemudian kami semua naik satu kereta dengan Along pergi ke rumah arwah Ad dan sekaligus ke Tanah Perkuburan Senawang. Aaaa... jarang-jarang ni dapat kumpul 5 beradik, maklumlah masing-masing ada komitmen.

Bila ada kenduri-kendara atau kematian, masa ni la dapat bertemu mata dan marilah kita merakamkan kenangan.



Jenazah Ad dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang selepas solat Jumaat. Untung Ad, ramai yang solatkan jenazah Ad.



Yang pakai kopiah putih dan topi hijau tu abang saudara kami (sepupu).




Yang baju biru tu pun sepupu jugak. Masa ni masing-masing dah mula meninggalkan tanah perkuburan.



Sebelum masing-masing balik ke KL, ke Melaka dan ke Johor, marilah kita cari makan di Senawang. Kami sesat barat sebelumnya cari satu restoran lemak salai tapi tak jumpa, akhirnya kami ke Melewar Kitchen.



Melewar Kitchen terletak di Lavender Heights.

Ia dibuka setiap hari kecuali rabu, 11.30 pagi hingga 10 malam.



Menunya nasi berlauk seperti masak lemak cili api, asam pedas dan goreng berlado. Ada set dengan nasi dan ada ala carte lauk sahaja. Selain tu ada menu masakan barat juga. Pesanan boleh dicatat dalam order chit dan akan dihantar ke meja oleh staf.




Masing-masing dah kepenatan dan kelaparan.



Makan dulu kongsi-kongsi kek batik indulgence yang sedap ni.



Kailan Ikan Masin ni kami pesan dua pinggan, boleh pulak dia satukan sekali, hurmmm.



Sama jugak Sotong Goreng Tepung ni kita pesan dua jugak, dia satukan sekali dalam satu pinggan. 



Dalam menu Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, tapi bila Sk makan rasanya ni ikan keli. Ke.. orang Johor panggil keli, Nismilan panggil sembilang?



Asam Pedas Tetel untuk Cikwa.



Lauk sembilang tadi ambil set dengan nasi sekali.



Along pun ambil lauk sama dengan Sk.



Che Li ambil lauk Daging Salai MLCA.



Angah makan Chicken Chop. Sk trauma eh tengok Chicken Chop.



Ikan Talapia berlado ni Cik Ani. Satu lauk satu nasi ya.



Jeika makan Grilled Chicken Chop. 


Maaf eh, kami semua memang dari kecik suka bergambau, hehehe.



Burppp... Alhamdulillah.. syukur selalu.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!