MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Saturday, June 30, 2012

TERPERANJAT YANG TERLAMPAU

ASSALAMUALAIKUM...

KALAU nak tahu saya ini berdarah gemuruh. Cepat sangat terkejut oleh sesuatu dan penakut. Tapi dalam penakut-penakut saya, suka pula tengok cerita hantu. Dalam penakut-penakut saya, saya adalah antara orang yang berani mengeluarkan pendapat ketika dalam mesyuarat. Dalam penakut-penakut saya jugak sayalah yang selalu jalan di hadapan sekali  bila masuk rumah hantu.. bila nak jumpa cikgu... bila nak jumpa orang besar-besar ;p. Sebab dalam ketakutan tu ada keberanian dan kekuatan. Dan agaknya orang lain tu lebih penakut dari saya.. hehe.

Saya masih ingat ketika saya berusia 7 atau 8 tahun. Saya rasa paling tua pun 8 tahunlah sebab masa tu saya tinggal di Kampung Melayu Batu 10. Saya ingat lagi kami tinggal menyewa masa tu di rumah Pak Usop dan isterinya Mak Zai sehingga saya tamat darjah 2 dan selepas itu saya meneruskan persekolahan rendah saya di Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, Pontian. Suatu hari Mak Lang saya datang ke rumah bersama dua sepupu saya yang saya panggil Kak Ani dan Mahathir. Mahathir ni sebaya dengan saya.. :-))

Malam tu, kami budak-budak kecil comel lote ni duduk berkumpul ramai-ramai. Saya duduk di atas kerusi rotan jongkit-jongkit. Kami semua mengadap Kak Ani bercerita, Kak Ani ni kiranya antara yang paling tualah di antara kami selain Along. Kami yang ada di situ ialah Sari (saya), Puspa (Angah), Kak Dewi (Along), Kak Ani dan Mahathir. Perasan tak nama kami bertiga beradik ialah Dewi, Puspa, Sari??? Itu nanti cerita kemudianlah ya.. hihi.

Ceritanya begini :

Duluuuuukannnn, ada seorang makcik ni dia tinggal dengan anak dia yang bernama ....... (tak ingat nama apa yang Kak Ani sebut). Satu harikan, mak diakan... (orang Johor kalau cakap memang banyak 'kan') tengah masak kat dapur. Anak diapun duduklah depan mak dia tengok mak dia masak. Lepas tu, mak dia pun kan nak tumbuk sambal belacan. Lepas tu, anak dia pun bertanya dengan mak dia.

"Mak.. mak... cantiknyaaaaa cincin mak..." sambil tunjuk cincin yang mak dia pakai.

"Mak.. mak.. nanti.. kalau mak mati.. boleh tak saya minta cincin mak?"

"Booolehhh, nanti kalau mak mati, ambiklah cincin ni."

Tiba-tibakan esoknya mak dia pun mati. Lepas tu bila orang dah tanam, dah balik rumah, baru dia teringat yang dia lupa ambik cincin mak dia. Dia pun terus lari pergi kubur dan cangkul kubur mak dia. Dia pun buka kain kapan mak dia dan cuba cabut cincin mak dia...

(Masa ni semua senyap.. duduk rapat-rapat... seram gila wooo Kak Ani cerita...Kak Ani memegang jari manisnya melakonkan bagaimana cara budak tadi nak cabut cincin dari jari mak dia dengan bersungguh-sungguh. Kami yang dengar nipun sungguh-sungguh jugaklah... huhu)

Sambung...

Lepas cuba cabut... cabut... cabut... tak jugak boleh cabut. Jadi budak ni pun pergi balik rumah ambik parang. Lepas tu dia pergi balik kubur mak dia, dia terus potong jari mak dia.

*Suspen betul masa ni..

Malam tu, masa dia dalam rumah, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Dia pun buka pintu, dia tengok ada sorang makcik ni. Makcik tu cakap..

"Tolong makcik nak, makcik haus, makcik nak air..."

Diapun jemputlah makcik ni masuk ke dalam... lepas tu dia pun pergi buat air. (Dalam hati tertanya-tanya, makcik tu hantu ke orang??)

Lepas tu, dia pun bawa air tu, bagi kat makcik ni. Makcik tu pun ambik dan terus minum. Lepas tuuuu.. (dengan gaya seram) dia perasan yang jari makcik tu satu kodong. Dia pun tanya...

"Makcik.. makcik... kenapa jari makcik kodong?"

Nak tahu apa yang Kak Ani buat?? Dia terus sergah saya yang betul-betul dekat depannya begini.

"KAU YANG AMBIK!!!!"

Masa tu seluruh semangat saya rasa terbang. Jantung saya rasa macam putus dan terkeluar dan.....

"Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!" Saya melalak sekuat-kuat tidak. Waaaaaaa... terperanjat tau tak? Terperanjattttt!!!
inilah Kak Ani dan keluarganya.. suaminya tu Abang Ramli, sepupu saya juga... kredit gambar fb anak saudara saya.. Ili Aisyah
Bersambung...

Friday, June 29, 2012

KENAPA TAK PERCAYA TIKET SEPOSEN?

ASSALAMUALAIKUM...

SEMASA Air Asia menawarkan tiket berharga 10 sen untuk terbang dengan pesawat berwarna merah terang itu, saya langsung tidak ambil endah. Ahhh.. memanglah seposen, tapi kalau dah dimasukkan caj-caj yang lain mahu juga ribu riban yang hendak dibayar. Ahhh.. mahunya dapat tiket seposen, mesti ramai yang online, memang 'error' jerlah nanti. Ahhhh... itu.. dan ahhh ini, saya langsung tak mengendahkan walaupun ramai yang sibuk post di fb tentang tawaran paling hebat dari Air Asia ini.

"De... (panggilan saya di kalangan adik-beradik - Uda, tapi bila dipendekkan dan di'Johorean'kan bunyinya De).... okey, ulang balik dialognya ya... ;p

"De, ko tak nak beli ke tiket seposen tu? Jomlah kita semua pergi, kita bawa mak gi Sarawak," sms dari Cik Embun dua hari sebelum tawaran berakhir. Tetiba saja saya rasakan adrenalin saya meningkat. Semangat meruap-ruap hendak beli tiket seposen. Tapi komputer saya alahai lembabnya. Saya menggunakan komputer zaman Tun Dr Mahathir Mohamad... hehehe. Orang yang komputernya canggih-canggih pun asyik kena tendang, saya tentulah akan masuk dalam senarai menunggu... tunggu dan tunggu akhirnya melepas!

"PC aku lembablah..." saya membalas sms Cik Embun.

"Tak apa, ko buat kat sana, aku buat kat sini," komputer Cik Embun tentulah lebih canggih dari saya maka saya pun google Air Asia Booking Online.

Dua tiga kali saya masuk bilik menunggu. Kalau ada Teh 'O' panas dengan Kek SC ok jugaklah, hihi. Saya akhirnya dilayan oleh robot-robot AA. Kali ini cuba dan cuba beberapa tarikh dan sesuaikan waktu perjalanan dengan tiket seposen. Perlu diingatkan bagi sesiapa yang selalu kata AA tipu, mana ada tiket tambang murah, tidak semua masa dan tarikh anda akan dapat harga yang sama dan murah. Sebab itu bila AA menawarkan tambang murah, pasti disertakan terma & syaratnya.

Contohnya, kalau pada tarikh itu ada dua penerbangan, penerbangan pagi mungkin lebih murah dari tengahari dan pada hujung minggu, cuti sekolah memang harapanlah anda nak dapat tambang murah. Dan ianya tidak termasuk cukai lapangan terbang, kemudahan, 'luggage', insurans dan anda juga perlu menambah wang jika nak tempah tempat duduk siap-siap. Tapi perlu juga anda faham di sini, tiket 10 sen itu pada hari biasa mungkin harganya beratus-ratus bermakna anda perlu membayar lebih berbanding jika anda membeli tiket 10 sen. Dan Syarikat penerbangan MAS juga adakalanya turut menawarkan harga-harga yang best, kena rajin cari, okey. Setiap proses saya buat dengan tenang, adakalanya 'hang' juga dan YESSSS!!!
RM252.60 untuk terbang tiga beranak
Cik Embun sms saya, dia gagal masuk. Mula dah masuk tapi 'error'. Saya telefon Cik Embun. "Meh, bagi nama, nombor myKad masing-masing. Dan gedebak-gedebuk, saya gagal mendapatkan masa penerbangan dengan tiket 10 sen untuk ahli rombongan Cik Embun, begitulah realitinya AA, sekejap saja peluang diberi, lepas tu nasib badan. Bagaimanapun kami teruskan juga dan Cik Embun dan rombongan kena terbang malam, tak apalah... janji sampai dengan tiket seposen. Dan tiket ini ditempah pada bulan Mei tahun lepas, punyalah lama menempah untuk terbang, kan.

Waaaa... tapi ada juga yang ingat saya ni 24 jam dok mengadap web site AA dan MAS ni. Huhu... tolonglah jangan fitnah okey, macamlah saya ni cop duit pulak dan tak ada kerja lain nak buat. Tapi nak cakap apapun cakaplah, yang penting saya tak minta duit orang.
AA ajak gi Beijing lah.. nak pergi tak nak.. nak pergi tak nak... taknaklah.. mahal! huhu
Untuk pengetahuan AA dan MAS ini selalulah hantar email pada pelanggan tentang tawaran-tawaran menarik, jadi kalau ada yang best tu kita tangkap sajalah. Yang penting tepuk poket tanya duit. Pada saya, duit saya ni belanja habis, tak belanja pun habis, jadi baiklah saya habiskan ke benda-benda yang nampak daripada habisnya tak nampak ;p
Jakarta atau Bali???

Wassalam.

P/S Entry ke Sarawak akan dipost nanti ya..

Thursday, June 28, 2012

MANGSA MANDREM....& GA 1001 RESEPI

ASSALAMUALAIKUM...

APA kes dua minggu berturut-turut ALAM SARI pergi terjah Dapur Citarasa Rinduan? Ya, kali ini saya siap masuk dalam dapur CR sambil menatang mangkuk berisi Telur Mayong Masak Lemak Cili Api untuk dibawa pulang. Ceh! Tak cukup makan kat kedai siap bawa balik lagi... ekekeke. Boleh baca cerita CR tentang kedatangan saya tu di SINI....
bukti saya dah dapat makan telur ikan mayong di CR.. sambal goreng tu saya makan seorang.. blogger Areef, jangan marah naaaa...
Kisah bermula dengan kunjungan saya ke CR pada minggu sebelumnya. Bila dah siap makan tu saya pun berborak-boraklah dengan Chef CR ni. Beliau tanya, "Akak, esok kerja tak? Sekolah tak?" Saya terdiam sekejap mendengar pertanyaan Chef CR yang ayu jelita ini.

"Errrr... tak.. sebenarnya... esok akak nak terbang," sambil menggayakan tangan macam burung tengah terbang.
sekepala!! hehe.. antara blogger yang paling serasi dan ngam dengan saya :-)))
Chef CR teruja, beliau buka mata besar-besar. Senyumannya berseri-seri, tumpang gembira barangkali, "Akak nak pergi mana???" 1001 pertanyaan mungkin bermain di benaknya. Saya tak membiarkan beliau tertanya-tanya. "Akak nak pergi Sarawak," sebenarnya hanya beberapa orang sahaja yang tahu saya akan menyeberangi Laut China Selatan esoknya. Saya langsung tidak memberi 'hint' di dalam fb dan sebagainya sehinggalah saya berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada hari hendak berlepas.

"Ye ke... Ayu nak kirim," dan pastinya 'fridge magnet' adalah dalam senarai teratas selain Kek Lapis Sarawak bila berkunjung ke Bumi Kenyalang :-))))

Bimbang kek lapis yang dikirim berkulat, saya mencadangkan dengan ER kami akan pergi lagi ke CR pada hari Ahad berikutnya (Ahad lepas) selepas Yaya pulang kelas tambahan. Dan mungkin memahami keinginan saya yang mengidam telur mayong, dengan gigihnya Encik Zalie merangkap suami Chef CR dan juga Tuan Punya Restoran mencarikan untuk saya. Alhamdulillah... terima kasih banyak-banyak pada dua insan bercinta ini... semoga percintaan yang terjalin akan sampai hingga ke syurga.... Aminnn.
Chef Cilik Citarasa Rinduan... buah cinta Ayu dan Zalie, Umairah
Dan ....

Tetiba kali ini saya teringin hendak merasa menyertai Give Away Wowww 1001 GA yang dianjurkan oleh KKida dari 1001 Resepi. Sebenarnya saya ini antara pengunjung setia 1001 Resepi. Maklumlah, KKida ni merupakan kakak kepada Ratu Idola Blogger yang amat saya sayangi, Kak Jun Cupcakekasih. Sebelum ini ada jugalah saya menyertai GA tetapi macam tak masuk dalam batu jemala saya ni format pertandingan yang sebenar. Bila baca syarat-syarat yang diberitahu oleh KKida ini, saya rasa ia agak unik kerana dengan cara itu juga saya dapat menilai penerimaan pembaca lain di Blog Alam Sari yang tidak sepertinya ini. Ini kerana, KKida akan mencari pemenang berdasarkan 'Traffic Source 1001 Resepi' di mana penilaian akan dilakukan secara telus. Bukanlah maksud saya penganjur-penganjur GA sebelum ini tak telus, jangan salah faham ya, saya nak tengok sejauh mana Blog Alam Sari ini menjadi sumber traffic kepada Blog 1001 Resepi walaupun kita sedia faham 1001 Resepi tu 1001 kali lebih mantap dan popular dari Blog Alam Sari ini. Lepas tu rupa-rupanya barulah saya perasan, dalam menjadi pengunjung setia rupanya saya belum cukup setia kerana belum 'follow' dan 'like' 1001 Resepi ni, ampunnnnnn ya, KKida... hihihi.
bukan hadiah yang jadi igauan tetapi keupayaan Alam Sari menyumbang traffic kepada 1001 Resepi
Hendak tahu lebih lanjut tentang GA ini.. bolehlah klik gambar header Blog 1001 Resepi yang ada di sini. Kliklah mana-mana satu pun semuanya saya dah linkkan dengan blog KKida. Terima kasih kepada yang sudi klik ya.

Wassalam.

Tuesday, June 26, 2012

IKAN BAWAL & TUDUNG BAWAL

ASSALAMUALAIKUM...

SAYA masih ingat lagi suatu ketika dulu betapa kami (saya dan kakak) mempertikaikan mengapakah tudung bawal dipanggil tudung bawal. Pada mulanya saya fikir, agaknya kerana untuk memakai tudung bawal ia perlu dilipat menjadi bentuk segitiga dan akan menyerupai bentuk ikan bawal.. cuba tengok imej di bawah.
imej diedit dari google
Macam bentuk ikan bawal, kan??? Logik tak? Kalau kita buka pulak lipatan tudung bawal tu, bentuknya pun seakan-akan ikan bawal. Cuba bayangkan. Peh! Punya rajin buat kajian, macam tak ada kerja jerkan.

Jadi kiranya kesimpulannya macam itulah tudung bawal mendapat nama. Tapi, semasa berbual-bual dengan seorang peniaga tudung yang berasal dari Kelantan, peniaga tudung itu memberitahu sebenarnya nama sebenar bagi tudung bawal adalah tudung vol (tu dia yang sebut). Ejaan sebenarnya adalah VOILE dan oleh sebab susah sangat nak sebut VOILE, lama-kelamaan ia disebut BAWAL. Huh! Jauh beno bunyinya kan...

Apa itu voile? Voile sebenarnya adalah sejenis kain kasa. Haaaa... ni satu lagi, namanya sahaja kasa, tapi kain kasa ini  merupakan sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis voile atau kain bawal antaranya Bawal Jepun, Bawal Korea dan juga  Bawal Siam. Bawal Jepun mempunyai kualiti  lebih baik dan ia lebih popular walaupun harganya agak mahal. Sebab itulah ada tudung bawal yang boleh mencecah sehingga ratusan ringgit bergantung kepada gred bawal dan juga gred batu permata serta 'design'nya yang diikat di tepian tudung. Kain bawal yang baik tidak akan berbulu apabila kerap dicuci. Kalau di Malaysia, bawal Jepun biasanya dikenali sebagai Tudung Bawal Asli dan biasa disebut Bawal No 1 manakala Bawal Korea dikenali sebagai Bawal No 2. Ada juga tudung Bawal China yang turut popular kerana harganya lebih rendah walaupun kurang bermutu.

Semasa baru berjinak-jinak dengan tudung bawal lebih kurang 10 tahun dulu, jarang sekali saya membeli tudung bawal yang mahal. Asal bertudung sudah.. hihi. Dan rupa-rupanya inilah yang dikata, 'alah membeli menang memakai'. Tudung bawal tidak berkualiti yang tidak berbatu atau batunya kurang mewah biasanya tidak akan jatuh di bahu apabila dipakai. Keras kejung sahaja dan paling benci bila macam keropok sahaja bentuknya di kepala. Saya teringat masa tu macam-macam petua diajar supaya tudung bawal cantik dipakai. Ada yang suruh oles dengan lilin sebelum digosok, ada pulak yang letak plastik keras... hihi. Kalau duduk bawah lampu kalimantan atau cahaya matahari memang nampak memancar-mancar dari bawah tudung. Sebenarnya mengoles dengan lilin boleh mengotorkan kain tudung yang mahal. Paling bagus sebenarnya ialah dengan menyembur cecair pelicin baju pada bahagian tengah tudung bawal sebelum digosok, nescaya akan kekallah bentuknya sampai solat zohor, insyaAllah. Lepas tu, kalau pakai balik pun bentuknya masih cantik terletak. Dan satu lagi, selepas menggosok tudung bawal, ia hendaklah digantung dengan menyepit pada bahagian tudung di lipatan dalam. Biarkan ia tergantung macam tu, nanti bila nak pakai, ia akan cantik terletak di bahu. Errr... macam dah tak berapa relevan pulakkan petua ni sebab semua orang dah pakai tudung segera... hihi. Saya??? Satu-satunya tudung bawal saya yang batunya masih terikat elok adalah yang saya beli dengan harga RM35 di Kota Tinggi. Bukan sahaja batunya masih cantik berkilat dan terikat, tudungnya pun tidak berbulu.Walaupun masa saya beli tu, saya kurang teliti sama ada ia bawal No 2 atau No 1, maklumlah masa tu asal murah dan cantik, saya beli. Pada saya tudung yang harganya lebih mahal dari baju memang saya tak akan beli. Rasa macam tidak berbaloi.
saya suka tengok kawan saya yang pakai tudung warna kuning kehijauan tu. Apapun jenis tudung yang dia pakai ,mesti cantik terletak di kepala dia walaupun tanpa tengok cermin. Dari kiri, Nazalia, Suzana... hujung kanan, Suhaila. Saya pakai tudung bawal berharga RM40 beli di pasar malam Taman Dahlia. Rasa tak berbaloi sebab lepas beberapa kali pakai batu permatanya dah tunggang langgang... huhu.
Pulak kini, muncul macam-macam jenis tudung. Kadang nak tengok pun takut, nak pakai apatah lagi. Bertingkat-tingkat, beropol-ropol. Saya hampir tergelak bila tengok ada orang pakai tudung dah macam singa.. sebab apa? Sebab keliling lehernya ada ropol macam pattern kain langsir yang popular tahun 90-an. Hihihi.. ... hehehe ;p. Saya tak faham kenapa pencipta tudung mereka tudung yang begitu. Kalau untuk budak kecil mungkin comel, tapi kalau untuk mak budak... alahai...

Yang pasti saya masih kurang selesa membelek harga tudung yang mengalahkan harga kain yang belum jadi baju. Bagi saya yang buta benang dan jarum ni, memang seratus kali fikir nak beli. Akhirnya saya senyum saja dengan si penjual tudung. Alasannya nanti, nak pusing-pusing dulu. Lepas tu sanggup lalu jalan lain tak mahu lalu balik depan kedai tu. ;p   Sebab itu sekarang saya lebih suka menggayakan selendang atau pashmina sebab harga selendang sepuluh kali jauh lebih murah dari tudung 'awning' yang dibuat dari kain lycra mahupun tudung bawal No 1 atau No 2. Sebab itulah saya rasa remaja sekarang lebih suka pakai selendang atau popular dipanggil shawl kerana walaupun macam kata Encik Zulfikar Hazri, pakai tudung bawal itu lebih comel berbanding shawl tapi modal beli shawl lebih comel dari beli tudung bawal, hehe.
blog yang wajib singgah... http://zulfikarhazri.blogspot.com/. Dari entry Zulfikar inilah tetiba muncul idea untuk entry saya ini ;-)))

Errr... tahu tak sampai sekarang saya pelat betul nak sebut perkataan lycra tu, hihihi.

Notakaki: Ada yang tanya... Mana cerita Ikan Bawal?? Tunggu saya masak kari ikan bawal dulu ya ;-)))))

P/S Kalau kita tukar nama tudung bawal ke tudung 'pomfret' boleh tak??

antara tudung awning dan 'shawl'... jiwa rasa muda bila pakai shawl tau.. ;p

Monday, June 25, 2012

DURIAN... ANTARA TIGA BIJI RM20 & SEKILO RM5

ASSALAMUALAIKUM...

NAK kata peminat durian nombor satu pun bukan, hantu durian lagilah bukan. Tetapi entah kenapa saya teringin sangat hendak makan durian. Sana-sini menayang durian, sana-sini bercerita tentang durian, lama-lama saya tergoda juga. ER juga bukan kuat sangat makan durian, kalau saya suka ratah begitu saja, ER suka makan durian dengan nasi.. sebiji macam arwah abah saya. Oleh itu kami ni bukanlah pakar dalam membeli durian. Dulu-dulu kalau hendak membeli durian kami sanggup pergi sampai ke Muar, nak beli dari kebun. Tak mahu beli di bandar, kononnya durian Segamat rupanya durian Siam ;p. Kalau di sebelah-sebelah Muar dan Batu Pahat, harga durian biasanya lebih murah, tak macam di sini, cekik darah. Tapi kalau dikira-kira campur minyak dan tol sebenarnya sama juga.. hihi.

Petang semalam, setelah selesai urusan dengan seorang teman blogger yang ayu jelita (nanti entrynya..) kami menuju ke Giant. Bekalan segala macam sabun telah kehabisan dari sabun basuh kain sampai sabun basuh badan. Fuhhh! Hilang nafas sekejap, kami tiga kali berpusing cari 'parking' akhirnya terpaksa keluar dari bangunan Giant dan buat 'u-turn' untuk masuk balik cari parking. Ramainya manusia entah dari mana datang, balik tu singgah ke S'mart kononnya mahu cari ikan akhirnya hati tersangkut nak beli durian ;-))))

Musim durian di sini memangnya meriah. Saya pening kepala tak tahu nak beli yang mana. Banyak sungguh orang berjual, yang berlonggok, yang berbakul, yang bersusun semuanya ada. Kocek kurang tebal maklumlah kita bukan orang kerja kerajaan yang gajinya keluar 25 haribulan. Oh! Tak pandai sungguh nak beli durian, nak beli yang satu longgok RM10 takut bila sampai rumah cuma sebiji yang boleh makan. Oh! Yang itu ada dua biji RM10 tapi kenapalah kecik molek. Depan sikit ada orang jual tiga biji pula RM20. Adoilah.. pening.. pening. Penjaja durian dah memekik-mekik, sini kakak.. sini adik.. ini durian isi baik..

Berani-berani takut saya tanya harga durian yang disusun tegak-tegak berbaris-baris atas rak.

"Yang tu sekilo berapa?"

"Ini pokok durian tua, sekilo RM8"

Gulp! Patutlah saya tengok durian tu macam model jer diri kat situ. Manusia punyalah ramai tapi semua asyik memilih durian dua biji RM10 dan tiga biji RM20.

Kami tinjau pula durian ditempat parkir kereta. Semuanya pun sama jer gaya jualannya macam di pasar durian tadi. Alah, saya agak-agak taukenya sama jer. Sekarang ni saya fikir nak ambil yang RM1?(wp! RM20 tiga biji. Urmmm, yang RM20 tu kualiti sikit kot, saya tengok saiznya besar 2 inci kot dari dua biji RM10. Abang jual durian tu tetak kulitnya tunjuk kat saya. Urmm, ok... Tetak lagi satu, tunjuk kat saya.. errr... oklah. Yang akhir dia tetak saya okey juga... mata tengok-tengok juga takut yang ditetak bahagian yang elok jer. Tapi bila dah banyak-banyak macam tu.. semuanya pulak hijau berduri saya rasa mata saya pun dah naik berduri juga. ER hulur RM20, saya 'pas' pada abang jual durian yang muda dari saya sebenarnya, lepas tu terus jalan masuk kereta. Sampai taman, kami singgah kedai beli ayam untuk Zonan. Ya, anak bujang saya Zonan tu hari-hari mahu makan ayam. Kenapa tak beli dekat S'mart?? Sebab harga ayam di kedai lagi murah dari ayam di S'mart :-))) ER pula hendak makan durian dengan nasi jadi bolehlah beli parut kelapa sekali.
nasi dengan durian... boh santan sikit dan gula.. santan boh garam sikit ;-))

Sementara tunggu ER dalam kereta, saya meninjau sekelililing, saya nampak ada apek elok sahaja duduk seberang jalan sambil berbual dengan pakcik yang jual air tebu. Sebelah apek ada timbang dan atas timbang ada tiga biji durian. Dia punya duri buat saya jatuh hati. Bila ER sampai ke kereta, saya suruh ER tanya dengan apek, berapa dia jual durian sekilo. Apek tu bagitahu sekilo RM5. Yang atas timbang tu tiga biji beratnya 4 kilo maknanya RM5 x 4 = RM20, samalah macam tadi saya beli durian tiga biji RM20. Saya tengok durian apek macam durian sekilo RM8 kat Smart tadi. Rasa menyesal pulak beli durian dekat S'mart tadi... huhuhu.

ER tanya saya, nak ke durian tu?

Emmmm.. macam nak..

Pergilah beli... tapi beli sendiri.. tadi babah dah beli... huhu..

Oleh sebab sudah jatuh hati dengan duri durian apek, saya tidak menghiraukan wallet yang agak kempis. Saya turun kereta jumpa apek.

"Apek, sekilo RM5 eh?" Selalu mulut saya ni ringan jer nak menawar tapi rezeki apek tadi saya terlupa nak tawar, kalau tak tentu saya boleh dapat sekilo RM4. (Tawar sikit-sikit sudahlah, kesian apek mahu cari makan ;p) Apek mengangguk-angguk.

"Ini 4 kilo, RM20 ya, apek? Saya mahulah... eh, tapi sekejap, betul ke ini 4 kilo?" Pakcik jual air tebu tergelak. Saya turunkan satu persatu durian dari timbangan. "Tengok, apek.. ini sudah lebih 100gm," haaa... apek jangan main-main dengan aku pek... hihi. Sebenarnya saya tak kisah pun, saya kesian tengok apek tu. Apek tu sengih-sengih bila rahsianya pecah. Tak apalah apek, sikit punya hal ;-)))

Saya pilih-pilih lagi sebijik durian dalam bakul. Apek tolong pilih juga untuk saya.

"Yang ini bagus... yang ini bagus.. " Apek bawa keluar sebiji durian yang masih ada tanah dan daun kering. Dia tepuk-tepuk kulit durian dengan pisau. Tanah dan daun kering jatuh ke tanah. Saya tengok dekat buntut (betul kan.. buntut.. hihi) durian ada hitam-hitam sikit.Tak apa, saya bagi 'chance' dekat apek untuk tunjuk kebolehannya menilai durian dari kulitnya.. hihi. Apek letak durian tu atas penimbang, sekarang semua empat biji beratnya 5 kilo. Harganya sekarang ialah RM25. Saya angguk setuju. Apek tanya, mahu kopek ke? Saya angguk. Apek kopek depan saya. Dia sendeng-sendengkan durian yang hitam buntutnya tu pada saya. Saya senget-sengetkan kepala nak tengok apa yang terselindung di sebalik yang disendeng-sendengkan apek tu.

"Eh, tak eloklah ni apek. Ini ada hitam-hitam hujung dia.. tak mahulah.."

"Tak mahu ini?"

"Tak mahu.. tak mahu.. ambik lainlah.."

Apek ambil durian lain. Kali ini duriannya elok, langsung tak ada tanah dan daun. Apek letak atas timbang, beratnya sama 5 kilo. Okey apek, tolong kopek semua ya.. Okey.. okey, apek angguk-angguk sambil mengopek menggunakan kudrat yang ada. Saya kasihan tengok apek yang saya anggarkan umurnya menghampiri 70-an. Apek tunjuk satu-persatu durian yang dikopeknya kepada saya tanpa disendeng-sendeng macam tadi. Saya puas hati dan hulur dua not merah campur satu not hijau.

Lepas maghrib, lepas siap panaskan lauk-lauk yang dibungkus blogger ayu jelita yang saya jumpa tadi dan lepas siap perah santan saya terus mengadap durian. Errr.. saya nak kopek durian apek dulu. Saya kopek sebiji.. cantik wooo... saya keluarkan isinya masuk mangkuk lauk yang besar, kopek lagi sebiji.... pun cantik. Dua biji durian penuh satu mangkuk besar. Saya sangat-sangat puas hati. Walaupun ada seulas dua yang agak keras sedikit namun itu langsung tidak mengecilkan hati saya dengan apek tadi.

Saya ambil pula durian tiga biji RM20. Saya kopek sebiji. Rasa macam tak percaya, durian inikah yang ditetak depan mata saya tadi. Ulas durian kecil-kecil berkedut lembik, rasanya macam agak berasid, mungkin durian lama. Tapi tadi kenapa masa dia tunjuk dekat saya, saya nampak elok saja??

Saya kopek lagi sebiji. Isinya elok sikit dari tadi. Tapi  ulasnya kecil comel tak macam durian apek tadi. Saya hampa. Saya pasti begitu juga nanti yang sebiji lagi tu. Errrrr... rasa kecewa sangat dengan penjual durian di S'mart tu. Semua tiga biji durian RM20 muat masuk dalam satu mangkuk kecil sikit dari mangkuk besar tadi. Sudahnya durian tu cuma disuap seulas dua. Yang lainnya masuk tupperware. Tak tahu laku tak kalau dibuat serawa. kenyangnya makan durian apek yang berisi tebal. Walaupun sekilo RM5 tapi kualitinya jauh 10 kali lebih baik dari yang tiga biji RM20 sebab durian apek bila bila ditimbang tiga biji sama nilainya dengan durian yang dibeli tiga biji RM20. Errrr... faham tak cerita ni??? Bagi pendapat sikit...

Meh... meh tengok gambar...

durian sekilo RM5..

durian tiga biji RM20... tak laku...
Tak nampak perbandingannya??? Meh tengok sini lak...
yang atas sekilo RM5..




Friday, June 22, 2012

BURGER BAKAR NO 1 LAGI!!

ASSALAMUALAIKUM...


kongsi tiga beranak..
BURGER BAKAR LAGI???
menang 8 undi.. hihi

SEBENARNYA ini adalah hadiah 'makan percuma' dari Burger Bakar No 1 (BBN1) apabila saya menang peraduan yang dianjurkan BBN1 bermula 7 Jun 2012 sehingga 14 Jun 2012. Sudah rezeki, kebetulan dalam tempoh itu saya membeli BBN1 dan pemilik BBN1 ini yang mencadangkan agar saya terus ke Facebook Page BBN1 di sini. Pada mulanya memanglah tak perasan pun ada peraduan, entah kenapa tetiba terbaca post yang terkebawah sikit tulah baru tahu ada peraduan yang dah nak dekat sangat 'due'nya.. huhu.
sila telengkan kepala... errr.. gambar tu tak 'blur'.. cuba buka mata besar-besar sikit :p
Dan masih ingat gambar ini dalam entry saya sebelum ini? Saya gunakan gambar ini dan mengajak kawan-kawan mengundi dalam satu post di wall saya. Yang kelakar lebih ramai yang 'like' post saya daripada yang undi di page yang sepatutnya. Apapun Alhamdulillah kerana saya terpilih juga antara dua pemenang.. terima kasih banyak kepada yang tolong undi. Nak ajak kongsi tu macam tak dapat, mudah-mudahan rezeki kawan-kawan dalam bentuk yang lain pula, insyaAllah. :-)))

Malam tadi sempat jugalah berbual dengan tauke burger yang masih muda belia ini tapi lupa nak ambil gambar pulak. Menurut Wan, sekarang ini BBN1 masih menghadkan bekalan daging burgernya sebanyak 200 biji sehari dan biasanya semuanya akan habis dalam anggaran jam 1 pagi. Dan baru-baru ini semua 200 biji tu habis sebelum jam 10.30 malam jadi saya nak ingatkan kepada sesiapa yang teringin makan BBN1 ni agar datang awal sebelum kehabisan. Sesiapa yang ingin membuat tempahan melalui telefon bolehlah berbuat demikian sebelum jam 7.00 malam dan tempahan melalui telefon adalah terhad bagi memberi peluang kepada pelanggan yang lain.
harga bermula dari RM1.50.. lepas tu nak tambah apa-apa bagitahu jer.. (kredit gambar fb page BBN1)
Kepada yang masih tertanya-tanya lokasi BBN1 ini, BBN1 terletak di Jalan Bestari 2/2, lokasinya betul-betul di pintu masuk lot parking kereta Giant Bukit Indah/ Nusa Bestari. BBN1 juga menyediakan beberapa meja untuk makan di situ tapi paling best bungkuslah, makan kat rumah sebab kena buka mulut besar-besarkan.. ;p


map.. pun kebas gambar dari fb page BBN1.. jangan marah Wan.. ni akak tolong promosi.. harus bagi diskaun lebih sikit lepas ni.. ;-))))))

Tuesday, June 19, 2012

RETAK SERIBU... HAIWAN PALING GEMBIRA DALAM LAUT


ASSALAMUALAIKUM...

AGENDA wajib setiap kali balik kampung adalah menerjah Pekan Sabtu, Kuala Ketil. Pekan Sabtu ni sama jugalah macam pasar malam yang ada di seluruh Malaysia ni cuma bezanya ia berlangsung di sebelah pagi sehinggalah hampir petang. Saya pun tak pasti pukul berapa mereka mula pacak tiang dan cabut tiang khemah meniaga tu, hehehe. Yang paling saya suka di Pekan Sabtu ni ialah mencari benda-benda yang pelik, tak kiralah apapun. Kalau nampak pelik sikit atau tak pernah tengok pasti saya akan bertanya dalam loghat orang utara yang amat sumbang sekali bunyinya... hiks.

Saya terberhenti di depan gerai seorang kakak yang menjual buah Setol (disebut loghat utara SETOI) Mula tu saya tak perasan ejaan buah ini S E T O L. Mati-mati saya baca S E N T U L. Dalam hati saya, oooooo.. macam ini rupanya buah sentul. Lepas tu, barulah ER beritahu saya yang ni namanya buah setoi. Saya tanya kakak yang jual buah ni, berapa lama buah ni bertahan? Dia bagitahu lama, dalam lima hari boleh tahan. Disebabkan masa tu baru hari Sabtu dan saya rancang nak balik pada hari Khamis, jadi saya tanyalah lokasi-lokasi lain tempat kakak ni berniaga. Kakak ni bagitahu, hari Khamis boleh cari dia kat Sungai Petani dan hari Rabu kat Baling. Malangnya, saya pulang ke JB pada hari Rabu, jadi tak dapatlah nak merasa buah yang dikatakan manis dan dibawa dari Siam ni. Apa nak buat, tak ada rezeki, jadi tak dapatlah saya tunjukkan isi kat dalamnya tu. Rasa macam menyesal pulak tak dibeli terus masa tu juga sebab asalnya nak balik hari Khamis jadi ingat sempatlah pergi ke Baling hari Rabu tu.. :-(
SETOL SIAM
Buah Setol XL... 1kg RM6... urmmm, mesti ada yang kata... jakunnya dia ni tak kenal buah setol kan... huhuhu
Sampai di bahagian basah saya terberhenti pula di gerai pakcik yang menjual siput sedut dan kepah. Saya perhatikan kepah ni bentuknya agak kecil, cengkerangnya coklat gelap dan berkilat. Isi kepah tu menggeliat-geliat macam nak keluar dari cengkerang tu. ER dah faham sangatlah, kalau saya dah berhenti tu mesti ada niat nak 'interview' pakcik tu. Jiwa wartawan pencenlah katakan.. hiks.
berkilat-kilat cengkerangnya..  tapi ni selepas basuhla... sebelum tu berlumpur, comot bukan main.. suka sangat main lumpurlah dia ni..
"Errr.. pa dia ni pakcik?" Nasib baik tak bawa mikrofon TV3.. hehehe. Saya beranikan diri bertanya dengan pakcik yang sibuk mengemas-ngemas bakul empat segi besar yang hampir separuh berisi siput sedut. Isk, ada yang tataw rupa siput sedut.. meh tengok sini... ;p
gambar kredit dari blog http://www.kakyong.com/2011/11/hati-hati-bila-makan-siput-sedut.html
Tu rupa yang belum siang dan dimasak, kalau dah masak, mak mertua lalu belakang pun tak sedar.. huhu..

tu diaaaaaa.. dah siap masak lemak keladi lagi, kredit gambar http://roslana06.blogspot.com/2010/11/siput-sedut-masak-lemak-keladi.html
Sambung cerita pakcik tadi....

"Ini lala," walaupun rupa pakcik tu nampak garang dengan misai melintang ular sawanya tapi dia tak sombong melayan pertanyaan pelanggan.

"Ooooo.. ni lala jugaka? Selalu yang panjang-panjang sikit tu lala.." Ceh! Dah orang bagitahu lala, hang ketegaq jugak tu pasai pa..
yang saya belajaq.. ini dia lala, pakcik...
"Hat tu orang panggel 'retak seribu'.." haaaaa... terperanjat sekejap, pakcik ni cakap pasai lagu ka pa???

Saya berfikir-fikir tang mananya yang retak.. tapi takpalah.. saya tanya pakcik tu sekilo berapa dia jual lala tu. Tapi maaflah, saya dah lupa sekilo berapa, sebabnya...
betullah... RETAK SERIBU... cuba tengok corak kat cengkerang dia tu..
Tanpa berfikir panjang saya terus  minta sekilo. Lepas tu pakcik tu tanya, saya pernah makan tak benda ni? Kalau tak biasa makan tak payah ambil sekilo, tak pernah makan kan? Tak pernah makan kan? Ulangan suara... hahaha.. sambil menghulur-hulurkan pinggan nak cedok lala untuk timbang.

Pakcik tu terus mencedok lala dan letak atas timbang, "yang ni kira RM3, sebab tak pernah makan. Nanti balik rumah, ketuk serai, cili api, boh ja tak payah boh garam, gula, ajinomoto suma. Air pun toksah boh, nanti dia punya air, garam, ajinomoto suma akan kuaq sendighi. Nanti elok dah terbukak semua kulit dia tutop api, kalau tak nanti isi dia kecut balik." bersungguh-sungguh pakcik ni menerangkan sambil tangannya tergawang-gawang. Kalau ada orang kat kiri kanan, penat jugak nak mengelak tu, huhu... terbaeklah pakcik!!

Errrr... Sebab tulah saya lupa berapa harga sekilo, sebab pakcik tu tak bagi saya beli sekilo... hehehe.

Sampai rumah, lepas bersihkan lala tu, saya terus ketuk serai dan tumbuk cili api dalam 15 tangkai. Saya tambah bawang putih 3 ulas yang saya pecah-pecahkan dan cincang kasar. Tumislah semua bahan tu sekejap dan terus masukkan lala. Bila semua cengkerang dah terbuka terus jer matikan api dan betul kata pakcik tu, tak payah letak garam, gula semua tu sebab rasanya dah lengkap. Lain kali saya nak beli 'Retak Seribu' untuk praktikkan cara masakan yang sama, dah tak perlulah nak letak macam-macam sos lepas nikan. Terima kasihlah pakcik atas ilmu yang diberi.
isinya lebih tebal dari lala 'Retak Seribu'.. sedap saya ratah macam tu jer..
Kredit gambar dari ER

Sunday, June 17, 2012

CITARASA RINDUAN

ASSALAMUALAIKUM...

Lama sudah menampi padi,
Padi wangi baru dituai,
Lama sudah hendak ke mari,
Akhirnya kini saya sampai.

Alhamdulillah... setelah beberapa kali cadangan hendak menikmati Asam Pedas air tangan Puan Ruhayu tertunda gara-gara tuan kedai ada urusan, errrr.. sebenarnya saya tak pasti nama sebenar Ayu dalam mykad.. Siti Rahayu ke Siti Ruhayu??? akhirnya hari ini saya sampai juga ke Citarasa Rinduan. Senang sangat rupanya lokasi CR, bagi yang ingin singgah ke sini, CR terletak dibelakang MOBIL di Felda Sungai Sayong yang bersebelahan dengan Masjid Sungai Sayong.
lauk dari atas ke bawah.. kari ayam, sambal goreng, kacang panjang goreng (ada suhun banyak ngan tempe... sedap!) dan asam pedas ikan pari. ER dan Yaya ambil ayam goreng juga.. burppppp!!
Entah kenapa kali ini saya terlupa keluarkan kamera, tidak lain tidak bukan adalah kerana kekenyangan menghabiskan sepinggan nasi berlaukkan asam pedas ikan pari dan pastinya yang laris di CR, sambal goreng. Menurut Ayu, masakan di gerainya memang laris, masa saya sampai tu baru jam 12.40 tengahari lebih kurang tetapi banyak lauk yang sudah kehabisan. Mujur Ayu simpankan saya beberapa lauk dan staf Ayu pantas mengeluarkan lauk yang disimpan Ayu terlebih dahulu... huhu.. nasib baik dah telefon awal-awal.. ;p
macam lintah... dah kenyang.. ayuh kita pulang.. hihi
Ayu juga bekalkan kami dengan pes mee bandung CR, wajib buat ni! Buat Ayu, terima kasih daun keladi, panjang umur kita berjumpa lagi. Pastinya akak akan singgah lagi di sini, dan lagi... dan lagi... dan lagi... dah macam iklan bateri... hihihi.
batu belah... batu bertangkup... makanlah aku.. telanlah aku.. aku kempunan telur mayong... huhuhu...



Wednesday, June 13, 2012

BURGER BAKAR NO 1

ASSALAMUALAIKUM...
urmmmmm.....
DAH lama saya teringin nak makan burger ala-ala bakar atau dipanggang di atas api yang pernah keluar dalam rancangan makan-makan di tv tu. Tapi di Johor ni, mana ada??? Kalau nak makan kena pergi KL dan kena beratur panjang memang kena fikir 100 kali laa...

Jadi apabila kawan sekerja saya, Ghah menerbitkan status tentang 'Burger Bakar No 1' teruslah hati saya berdebar-debar tak sabar nak menikmati sendiri keenakan burger daging yang dibuat sendiri (bukan dibeli ready made). Memandangkan lokasi tu sangat-sangatlah senang nak dicari cuma perlu menempuh kesesakan yang panjang kepala otak ni terus jer merencana. Saya tanya Ghah, ada tak nombor telefon? Nasib baiklah suami Ghah sempat minta nombor telefon abang burger ni yang rupanya bila saya sampai, alah... pangkat adik jer dengan saya, tapi bila saya telefon tu bunyi suara macho habis, hihihi.

Nasib baik... berderet kertas 'order' yang menunggu dan saya dalam senarai yang ke atas. Mana tidaknya, matahari belum terbenam saya dah buat tempahan... hihihi. Kalau ada sesiapa yang teringin nak makan Burger Bakar No 1 ni, silalah menuju ke Giant Taman Nusa Bestari. Errr.. tapi janganlah masuk dalam Giant tu, cari Burger Bakar ni di parking lot luar yang paling hampir dengan jalan besar. Alah, dari jauh pun dah nampak khemah warna merah tu, tak susah punyalah ;p

betul punya bakar guna arang lagi tau!
posing jangan tak posing bang, karang orang dah ramai nak senyum pun dah tak sempat ;p... urmmm... satu masa nanti nak order sebiji macam dalam gambar kat bunting tu... huhu..
saya nak sayur lebih!
diameter
nganga besar-besar... jangan lupa baca Bismillah..
separuh jalan... ;p

Dah tu... apa tunggu lagi?? Jom!!! Burger Bakar No 1 ;-))))

Update dari salah seorang abang burger ni yang dikenali sebagai Wan, perniagaan mereka yang baru bermula 1 Jun lepas (baru dua minggu) boleh menjual sehingga 200 biji burger satu malam... hai, memang tak menang tanganlah agaknya kan, saya datang tu kira diorang masih leh bersenggang-senggang, makin malam agaknya nak berbual pun cuma hai hai bye bye jer.. hehe.. Jom jengah page mereka di sini.

Friday, June 8, 2012

CHOCOLATE-BOTTOM BANANA SQUARES

ASSALAMUALAIKUM ....

SAYA ni bukanlah penggemar kek pisang.. apam pisang.. cekodok pisang... roti pisang.. pendekkata, apa saja resepi tepung yang dicampur dengan pisang kecuali goreng pisang. Betullahkan, nak buat goreng pisang guna tepung beras + air untuk salut pisang sebelum digoreng. Tapi kalau tepung gandum diadun dengan pisang lecek saya agak kurang gemar, kalau ada saya makan, tak ada saya tak cari. Seingat saya, saya pernah buat sekali muffin pisang cubalah google dalam blog saya ni kalau rajin tapi nampaknya memang agak tak kena dengan selera saya.. mengada-ngada.. kan? Tapi kalau bagi saya pisang masak ranum, sesisir pun saya boleh habiskan, serius.... huhuhu. Selain itu, saya juga penggemar pengat pisang dan pisang sira, setengah periuk pun jalan... betulllll...

Apabila nampak pisang setandan yang masak tapi macam tak laku di rumah Ibu/ Angah maka saya telah terbayang-bayang pengat pisang dan sira pisang, sedapnya lahai. Dengan muka tak malu, saya pun cakap, pisang tu kenapa biar masak macam tu, sayang. Ayat nak minta sesisir sebenarnya. Alhamdulillah, dapat bawa balik setandan pisang pulak. Jangan tanya saya pisang apa sebab saya tak tahu sebahagian besar nama pisang... ^_^

Maka pagi-pagi buta kelmarin saya dah buat pisang sira (tiada dalam gambar). Buat banyak-banyak sebab hantar balik ke rumah ibu yang dah disira. Cuti sekolah ni memang hari-hari saya hantar Yaya ke rumah neneknyakan. Lepas tu, ada lebih kurang tiga sisir lagi pisang kat rumah. Saya fikir-fikir apa nak buat yang sedap sebab kalau nak buat pengat pun banyak juga pisang tu, nak goreng macam dah selalu. Teringatlah pulak dulu Tun Telani ada post satu resepi kek pisang yang ada campur coklat. Urmmm... kek pisang tak suka, tapi coklat saya suka. Bila baca pujian demi pujian dari Tun dan mereka-mereka yang telah mencuba, hati ni dah berdebar-debar, gitulah kalau rasa teruja tu dah datang, teringat-ingat selagi tak dapat semuanya macam serba tak kena gitu...

Sekejap sahaja menggodeh, senang sangat dan saya boleh hafal resepi sekelip mata. Mudah sangat dengan sukatan cawan yang diberikan kerana ada blog yang menggunakan sukatan metrik. Jadi kalau guna cawan tu kerja saya lagi cepat sebab tak payah nak menimbang bagai. Lepas keluar oven, saya tinggalkan atas meja  dan biar lampu dapur menyala. Konon nak tidur sekejap sementara tunggu kek sejuk rupanya terlajak sampai ke pagi. Nasib baik tutup kek dengan tudung saji... hihi.

Terus potong kek cepat-cepat untuk ambil gambar. Jadi, biasalah bagi kita yang bekerja shift (siang di pejabat malam surirumah) ni, mananyalah sempat nak tunggu cahaya matahari pukul 9 untuk posingkan kek kan, jadi kita pose ajelah ia di bawah lampu minyak tanah meja makan. Prop tu memang tak adalah... nak letak bunga pun tak ada bunga, yang penting inilah kek pisang yang telah menambat selera saya. Pastinya ada siaran ulangan sebab pisang banyak lagi... hihihi.
tabur choc chips banyak-banyak.. adoi!
 Terima kasih kepada Tun Telani yang telah mewar-warkan kesedapan CBBS ini. Saya olah semula resepi bagi memudahkan rujukan kalau nak buat lagi.

CHOCOLATE-BOTTOM BANANA SQUARES (CBBS)
Resepi : Tammy
Sumber : Tun Telani & Jessie @ Hearty Bakes
Bahan-bahan :                                                                      
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan) - saya guna 125 gm, ambil sedikit untuk gris loyang
  • 1 cawan gula - macam Tun dan Jessie, saya guna 3/4 cwn
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji pisang-  dilecek (size pisang tak sama jadi dapatkan 1 1/2 cawan pisang siap dilecek)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 1 sk baking soda*
  • 1/2 sk garam*(ayak bersama bahan bertanda*)
  • 1/4 cwn serbuk koko- saya guna 2 sb
  • 1 cawan chocolate chips (guna secukupnya sahaja)

Cara-cara:
  • Griskan loyang 9" dan alas kertas minyak - panaskan oven 180 darjah selsius.
  • Pukul butter dan gula sampai putih dan gebu.
  • Masukkan telur, esen vanilla dan pisang yang dilecek dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan yang diayak dan pukul lagi sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian masukkan serbuk koko dan pukul sebati.
  • Tuangkan adunan berkoko dalam loyang, ratakan adunan.
  • Masukkan pula adunan yang lagi separuh atas adunan berkoko tadi, ratakan.
  • Taburkan coklat chips di atasnya. Bakar adunan, letak loyang di tray paling bawah, gunakan api atas bawah selama 30 minit atau hingga adunan tidak melekat bila dicucuk dengan lidi uji kek. HATI-HATI JANGAN 'OVERBAKE', nanti jadi kering.
  • Tunggu sejuk, baru dipotong petak-petak.

Setuju sangat dengan komen Tun, sedap sangat, rugi kalau tak cuba ^_^

P/S Habis dah seloyang, dua suku hantar rumah ibu, suku masuk mulut sendiri sebab susah nak berhenti menyuap serius sedap. Suku lagi bawa ke pejabat, siapa cepat dia dapat.... ;p

Monday, June 4, 2012

JEJAK KASIH UTARA

ASSALAMUALAIKUM...

SEJUK bumi JB hari ini, kalau di rumah pastinya sedang guling-guling atas katil sambil layan cerita kartun Tom & Jerry, hiks ;p

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung di utara minggu lepas lancar dan selamat serta dipermudahkan oleh Allah swt. Risau juga, ialah, sebenarnya setiap kali berada di atas lebuhraya tu, nyawa ini diibaratkan bagai di hujung tanduk sahaja, kadang-kadang terdetik di hati entahkan sampai entahkan tidak, kan malang itu tak berbau. Mulut ni memang sentiasa kumat-kamit sahaja berdoa macam-macam minta dijauhkan dari perkara yang bukan-bukan. Memikirkan hutang keliling pinggang yang belum dilangsaikan, amal ibadah yang jika ditimbang takut lebih ringan dari dosa yang dilakukan... sedekah jariah yang tidak seberapa.. dan doa anak yang soleh yang bergantung hanya kepada Nur Iman Fatiha Mohd Rizar.. hai.. seram dibuatnya.

Seperti biasa, lebuhraya semakin sesak selepas masuk lebuhraya menuju ke utara. Selepas perhentian Rawang, lampu brek asyik menyala sedangkan dari arah selatan sehingga keluar Nilai keadaan amatlah selesa. Pemanduan semakin perlahan, setiap hentian dan R&R sesak sehingga kalau ada rasa nak terken**** pun ditahan juga, sudahnya, rancangan untuk sampai ke rumah mak mertua menjelang detik 12 tengah malam tergendala. ER kata, pekena Nasi Kandaq Beratoq pun best juga. Wah, saya pun suka dan setuju saja, perut kali terakhir diisi petang tadi dengan sekeping roti canai dan dua tiga sudu nasi berlauk kari kambing mengecek dengan Yaya di hentian R&R Machap. Orang kata rezeki jangan ditolak, sampai di Penang lebih kurang jam 1 ingatkan dah tak ramai yang beratur rupanya berderet juga yang menunggu giliran memilih lauk. Mujur meja banyak kosong dan beratur pun tak lama, selepas tiga suku pinggan nasi berlauk sotong kari dan ayam goreng masuk perut saya mula terasa senak dada bahana perut dibiar kosong begitu lama dan diisi pada waktu yang luar biasa. Saya tengok jam dah hampir pukul 2, aiii.. patutlah.. perut saya dah protes orang nak tidur kau sumbat nasi kandar pula pagi-pagi buta ;p... padan muka!
agak-agak kalau saya buka kedai kek beratur.. ramai tak yang beratur????
Macam biasa, lepas 'check-in' di Kampung Batu Satu, saya sambung tidur. Cuaca boleh tahan panas walaupun jam dah pukul 3 pagi. Esok paginya.. oh patutlah panas.. rupa-rupanya.... sila tengok sendiri ;p

pokok durian yang ditanam Arwah Bapak Mertua... Alhamdulillah.. berbudi kepada tanah, anak cucu dan menantu dapat merasa..

sampai ke tanah... sebab tak ada orang cantas pokok sebelum ia berbunga..


buah dokong.. tak tercapai.. tinggi sungguh buahnya..
Petang esoknya kami ramai-ramai pergi serbu Majlis Perkahwinan anak saudara ER (anak kepada sepupu ER di Sungai Petani), Anis dengan pasangannya yang saya lupa namanya di Permaipura Golf & Resort. Seronoklah dapat jumpa dengan sanak-saudara ER sebab mereka semua ramah-tamah dan makcik pun (nenek pengantin) suka sangat bila saya bagitahu kami balik ni semata-mata nak menghadiri majlis perkahwinan Anis ni. Ialah, ER kata dia kenang dulu masa arwah abangnya, Naman meninggal, makcik sanggup datang dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur dan anak-anak makcik yang berada di KL yang banyak membantu, lagipun Anis tu pun boleh tahan baiklah budaknya, suka buat lawak.. hehehe.. tengoklah, dalam nak bergambar pun sempat lagi nak melawak dengan pakciknya.. huhuhu.
itulah kerislah bang.. bukan pistol.. ;-)
Kak Roz... kakak ipar saya yang comel.. cikgu yang disayangi anak-anak muridnya ;-))))
Tiga Iman... dari kiri... Iman Athira, Iman Fatiha dan Iman Balqis
Dan saya paling seronok apabila dapat menghadiri majlis perkahwinan bff yang saya kenal di facebook iaitu Shahlea Suhaiza Shamsir di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. Wah... inilah pertama kali saya dapat memenuhi jemputan kenduri kawan yang saya kenal di fb tau. Perkenalan kami telah mencapai angka tiga tahun dan ini pertemuan yang pertama, kelakar bila ingat-ingat balik rasanya saya kenal Shahlea ini melalui kawannya Diana, masa tu kan kita dok carilah siapa yang main Farmville untuk 'add as friend' (kalau tak karang tak naiklah level kita dalam farmville tu.. kan..). Sampai mat saleh dan minah saleh di seantero dunia ni pun dipungut jugaklah jadi jiran.. wkwkwkwk. Melalui Dianalah saya kenal dengan Shahlea dan kakaknya Shamsheila.. sayangnya tak sempat nak bergambar dengan Sheila sebab anak daranya mengamuk. Sweet sangat Shahlea nikan.. suka gila bila dapat cipiki dan cipika dengan Lea.
pengantin yang serba ungu... Selamat Pengantin Baru Lea, semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang sihat & comel
Lepas dah jejak kasih dengan Lea dan Sheila.. giliran ER pula nak jumpa dengan bffnya Pok Jeng atau kami panggil Gebu di NSTP, Penang. Pok Jeng ni dulu bertugas di NSTP, JB.. inilah antara kawan baik si ER ni. Rasanya setiap hari mesti ada cerita pasal Gebu.. Gebu itu... Gebu ini... ish! bukan mengumpatlah... ce citer jer.. pergi sarapan dengan Gebu... assignment dengan Gebu... huhuhuhu.
perut siapa lagi besar maknanya isterinya lagi pandai masak ;p
kalau dah sampai Penang, taksahlah pulak kalau tak pekena pasemboq, ias kacang ngan cendol kat Padang Brown... huh! tak kenyang-kenyang nampaknya... huhu..
Haaaaaa... yang ini betul punya jejak kasih. Setiap kali balik Kedah selalu tabur janji manis nak jumpa dengan makcik ni tapi sampai ke sudah saya tak juga sampai-sampai ke Kuala Kedah. Kali ini saya memang tak berjanji apa-apa sebab takut tak dapat ditunaikan, makin banyaklah pulak dosa saya nantikan, walaupun saya tahu Suzana Md Nor ni pemaaf orangnya. Jadi, selepas aktiviti ronda-ronda di Padang Besar (ingatkan datang hari Isnin orang tak ramai rupanya penuh juga sampai nak jalan pun terpaksa mengiringkan badan.. hihi ditambah jalan yang sesak sampai nak letak kereta pun tak ada tempat sebab semua orang datang tak reti nak balik tu.. huhu..) dalam perjalanan balik tu saya pun menekan-nekan nombor handphone Zana.

"Makcik, aku ada kat depan umah hang."

Hehehe.. sebenarnya baru jer nak bertolak dari Padang Besar tu.. ialah, tak mahulah nanti makcik tu terkejut badak pulakkan, tak baik tau, sekarang dah moden, ada telefon tu telefon dulu, manalah tahu untung-untung sempat jugak dia pergi beli kambing golek ka.. ayam golek ka.. kan??? ;p
siapa kenal dengan Suzana Md Nor ni, sila angkat laptop!
jangan terkejut dengan ketinggian Yaya yang baru darjah lima..
terima kasih mak cik, masak sedap-sedap untuk kami... nanti nak minta resepi pulut seri kaya tu ya..
Adoi, malunya dengan makcik - maknya Zana ni. Siap goreng laksa sepinggan besar lagi dan kebetulan agaknya adalah pulak Pulut Serikaya. Saya toleh sekali, ada lagi.. toleh lagi sekali dah licin dikerjakan Yaya dan ER... isk.. isk.. isk! Malu! Malu! Terpaksa tutup muka separuh depan laptop.. malu punya pasal... hahaha...
hah! jangan pikiaq yang bukan-bukan pulak tengok jari makcik tu ya.. dia wat peace tu.. hihi..


DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?