MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, April 24, 2013

SOTO GANJA PAK ABU

ASSALAMUALAIKUM...

"MAKAN laa soto ganja Pak Abu sekali dah alang-alang sampai Pasir Putih tu," komen seorang rakan blogger dan mukabuku, Siti Naemah, apabila Seri Kandi 'post' gambar ikan siakap yang Seri Kandi makan di Kedai Makan Rahmat dalam entry INI.

"kat mana soto ganja tu, takut jer bunyiknya..." komen Seri Kandi balik.

"Sebelah kanan Kedai Rahmat.. ke dalam sikit.. menu utama soto selain tu ada tauhu bakar. Lepas makan soto tu mesti ngantuk giler..." kata Naemah.

"Wehhhhh.. betullah tu ada ganjaaa... hahaha.. ke daun ketum??? errr.. ada bukak lagi ke kedai tu? Sabtu buka??" pantang tahu ada tempat makan best, macam tulah Seri Kandi, terus jadi macam ulat beluncas jumpa daun hijau yang segar bugar.. hahaha.

Seorang kawan sekerja Seri Kandi dua hari lepas komplen yang Seri Kandi dah gemuk. Haaaa.. apa taknya, asyik makan.. makan.. makan! Seri Kandi sedar kenaikan berat badan Seri Kandi menjadi-jadi sejak tahun lepas apabila Iman perlu menghadiri kelas malam (sekolah) pada setiap hari Rabu dan Khamis serta kelas tuisyen sepanjang hari Ahad. Kerana kediaman Seri Kandi yang jauh dari lokasi kelas, jadi biasanya Seri Kandi tak balik ke rumah selepas menghantar Iman. Ke mana? Faham-fahamlah bagaimana agaknya Seri Kandi menghabiskan masa dua tiga jam sementara menunggu Iman habis kelas... :p

Okey.. okey.. balik cerita pasal Soto Ganja Pak Abu, laju jer Seri Kandi hantar permohonan kepada ER dan terus dipersetujui. ER ni memang peminat soto dan tauhu bakar, jadi bila dengar cerita Naemah, dia pun teruja sekalilah. Bila tahu yang kedai soto Pak Abu dibuka setiap hari dan cuma ditutup pada hari Jumaat lagilah menggelenyar nak pergi, kih kih kih. Lepas hantar Iman ke kelas tuisyen dan menghantar tempahan-tempahan pelanggan kami pun teruslah zassssssssss ke Kampung Pasir Putih. Hujan yang turun lebat pada hari itu berserta angin kencang nampaknya langsung tidak mematahkan semangat ER, bagusssssssss!

Sebaik sahaja sampai ke persimpangan menuju ke Kampung Pasir Putih, Seri Kandi agak terperanjat kerana macam ada banyak kereta yang sedang melakukan beberapa pusingan di situ. "Amboiiiii.. mesti ramai yang datang nak makan kat Kedai Siakap Rahmat ni," kata Seri Kandi pada ER. "Ke.... diorang nak makan soto ganja??" aiiiii, mengomel aje Seri Kandi ni bila tengok sesak kat situ. Rupa-rupanya air sudah naik daaaaaa.... Ramai yang mengambil keputusan berpatah balik. Ada sebuah dua kereta yang berani meneruskan perjalanan meredah air paras pintu kereta. Kami??? Oh! Tidakkkkk... karang akibat semangkuk soto yang mungkin harganya empat lima ringgit, empat lima ratus pulak melayang. Anggaplah tidak ada rezeki...

Tetiba sahaja Seri Kandi teringat nak mengadu dengan Naemah. Seri Kandi terus hantar mesej pada Naemah. Rasa nak melonjak bila Naemah beritahu yang Soto Ganja Pak Abu ada cawangan di Taman Scientex. "Tapi.... Taman Scientex tu besar, mana nak cari," keluh ER :(

Maka, berbalas-balaslah pula sms dengan Naemah yang tidak jemu-jemu melayan Seri Kandi dan memberi panduan bagaimana untuk ke sana yang langsung tak boleh masuk ke batu jemala Seri Kandi ni. Tak dapat nak bayang-bayangkan jalan-jalan yang Naemah sebut. Tekan-tekan dalam GPS pun tak ada.

"Cari Politeknik Pasir Gudang, pastu kedai tu terletak di Jalan Helang," mesej dari Naemah yang membuat Seri Kandi rasa nak peluk Naemah ketat-ketat dan kuat-kuat... hihihi.

Seri Kandi terus set Politeknik di GPS dan terpapar Politeknik Ibrahim Sultan. Dari simpang masuk ke politeknik nampak pula satu papan tanda kecil tertulis Taman Scientex. Melilaulah mata mencari mana Jalan Helang, hehehe. Terdapat satu papan tanda besar yang menyatakan kedudukan nama-nama jalan di Taman Scientex. Terus ambil simpang ke kiri yang menuju ke Jalan Helang. Terjerit-jerit Seri Kandi (melampau betul!) bila nampak Kedai Soto Pak Abu yang terletak di Jalan Persiaran Helang dalam deretan kedai-kedai.


Haaaaaaa... inilah hasil JJCM kami minggu lepas, Soto Ganja Pak Abu. naik lagilah berat badan Seri Kandi 250 gm... hihihi. Kena pulak ada tauhu bakar yang kuahnya secukup rasa. Tapi ER ngelat, dia makan lebih tauhu bakar tu, tak aci betul! Lain kali kena order dua tauhu bakar baru cukup agaknya.. hehe. Tak tahu siapa yang mula-mula menggelar Soto Pak Abu sebagai soto ganja tapi macam kata Naemah, lepas makan memang ngantuk giler ditambah pula dengan hari hujan. Terpaksalah Seri Kandi pura-pura buat kelakar supaya ER tak tertidur masa pandu kereta.. hahaha.

Rasa??? Urmmm... rasa yang luar biasa. Hirisan ayam yang penuh satu mangkuk cuma kecewa sebab Seri Kandi yang makan soto nasi tapi tidak ada suhun goreng. ER pula pilih bihun soto... urmmm, tak berbunyik langsung masa makan, semuanya asyik.. asyik.. asyikkk... (ikut lagu Amalina). Sebenarnya, Seri Kandi jarang jumpa kedai menjual soto yang rasanya betul-betul menggunakan rempah soto macam yang selalu ibu Seri Kandi, Mak Siti buat. Kebanyakannya kata soto, tetapi rasanya tak ubah macam sup cuma dibuat sedikit pekat. Tapi rasa soto Pak Abu memang ada rasa soto yang asli. Soto Pak Abu tidak pedas dan berangin macam yang selalu Mak Siti buat mungkin kerana supaya sesiapa pun boleh menikmatinya termasuk anak kecil atau mereka yang tidak tahan pedas. Semasa Seri Kandi datang tupun, ada sekumpulan remaja cina yang sedang menikmati soto di kedai ini. Jarang sekali Seri Kandi jumpa orang cina yang pesan soto tau.

sapa amek lada sulah tadi letak balik!
Di atas meja, tersedia semangkuk kecil sambal (bukan sambal kicap) yang Seri Kandi rasa macam ada rasa sambal hijau nasi padang sikit bersama sebotol kicap dan serbuk lada sulah. terpulang pada kita bagaimana hendak menerokai rasa soto Pak Abu. Ingin lebih pedas, taruklah sambal tu banyak-banyak. Ingin lebih hitam, tuanglah kicap tu banyak-banyak. Ingin lebih power kuasa, taburlah serbuk lada sulah tu banyak-banyak! Hihihihi...

Oh, ya.. mintak maaflah ek sebab mukadimah nak cerita pasal nak pergi ke kedai Soto Ganja Pak Abu ni lebih panjang dari cerita sebenar makan Soto Ganja Pak Abu. Nasib koranglah ekkkkkkkkkk!!

p/s Orang Johor kalau cakap memang ada ekkkkk kat belakangnya. Siapa orang Johor kat sini sila angkat keyboard :-)))))))

15 comments:

  1. Oh tidak!sambal hijau tu laa yg aku rindu sangat!!! tak kira 2x aku nak ajak encik suami balik kg awal sempena pru ni supaya aku boleh ke tmn scientex makan soto pak abu..hahahah.
    Tat cheese ko bagi kat adik aku ekk.

    ReplyDelete
  2. takpelah seri kandi walau intronya lebih panjang dari cerita sotonya.. akak suka sebab bila membaca n3 serikandai terasa spt sedang membaca novel.. hehehe... (bila nak menulis novel pula?)

    wahh... seram sejuk dgr nama soto ni ekkkk....hehehe.. tp bila tgk tu memang ngences dibuatnya. ehh... bila baca cerita serikandi ni.. buat akak terkenang2 je waktu tinggal di JB dulu especially bila sebut pasir gudang, pasir putih... kalau serikandi sebut lagi byk tempat mcm air biru, tmn mawar atau masai.. aduhh.. terasa mcam nak terbang ke sana semula... rindu banget dengan kenangan di sana.. tempat kerja akak yg pertama kali dlm hidup.. hehe...

    ReplyDelete
  3. akak dah buat shida terliur...akak bersalah...cepat pos bihun soto xtra bgdil utk shida....telan air liur je baca nie..best nya kalau shda jadi anak/adik akak leh makan selalu hehehe

    ReplyDelete
  4. salam....1st time komen ni. takutnye dengar nama tapi ros pengemar tegar soto gak ni. mcm sedap je tgk dalam gambar ni. huhu!!!

    ReplyDelete
  5. Kakak tak pernah lagi masuk taman scientex Seri. Restran Rahmat tu kakak dah pergi tapi tak tahu pulak Pak Abu punya soto - lain kali kakak nak cuba jugalah..

    ReplyDelete
  6. Alaaaa....rugi...rugi..! Arie tuh masa gi Masai, elok jer menyinggah kat kat Tmn Scientex nie. Tapi tak tau lak pasal soto nie...Kalau tak, haruslah kenduri kat situ.

    ReplyDelete
  7. salam kenal AS,

    cikda pernah berhijrah ke JB tahun 2007 dulu. duduk area Persiaran Tanjung. memang JB heaven la tpt makannya.. cikda suka sangat makan nasi beryani MS Beriyani berdekatan Angsana dekat Mydin. ada satu lagi kedai sate.. sate wak radol ke..(tak ingat) bole makan mi rebus etc.

    lagi kat larkin tu ada kacang pol.. waduhh.. really miss those menu..huwaaa

    ReplyDelete
  8. tahan air liur jerk tengok..
    like sangat soto..

    ReplyDelete
  9. kita sampai x berani nak suggest dah tempat2 makan kat asben gara2 rancangan jalan2 cari makan. asyik kena yg x sedap jer.. kadang2 tu cakap pun berkias2 je kalau nak suggest tempat makan.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Seri...kat ipoh ada nasi ganja...hehe...sesiapa yg makan kat situ terus teringat2 dan pasti nak dtg makan lagi...haha...

    ReplyDelete
  11. pergh terangkat ni siap ada sambal ijau lagi!

    ReplyDelete
  12. uisy uisy..sedap ler tu guna smbal hijau ye kak..lum penah try lg zila..last week dh buat soto..akak post lewat...argghhhhh nak jugak..

    ReplyDelete
  13. owhh kat tmn scintex upanya..akk biasa g sana.sbb adik duk area situ..kkdg ikut hubby g MISC nnt2 nk terjah jgk..

    ReplyDelete
  14. tu anak dia punya kedai.. ce pi bapak dia punya kat kampung melayu pasir putih... lgi sedap tapi xde kentang 'begedil' tu la..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....