MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi Whatsapp Sahaja : 0127799705 atau telefon/ sms 0127844524. PEMBERITAHUAN : Mulai Disember 2014 semua urusan boleh dibuat melalui satu talian sahaja iaitu 0127844524. Harap maklum.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, February 28, 2013

MESTI BUDAK NI BANYAK TENGOK FILEM P RAMLEE

ASSALAMUALAIKUM...

"Puan, Z kata dia cuti sebulan, dia 'accident'," saya terperanjat mendengar khabar yang dibawa pelajar saya, kawan sekuliah Z. Biarlah saya namakan dia sebagai Den sahaja.

"Z kat mana sekarang?  Hospital? Rumah? Teruk ke?" Pertanyaan yang bertalu-talu. Den menggaru-garu dahinya.

"Dia dekat KL puan. Dia kata, dia 'accident' kat 'bus stop' masa tunggu bas, ada bas terbabas. Kat KL dia kata," Astaghfirullah, saya beristighfar dalam hati.

"Tapi dia tak masuk hospital, doktor bagi dia cuti sebulan," saya mengangguk-angguk. Tak terfikir nak telefon dan bertanya sendiri dengan bapanya.

Lebih sebulan, Z tidak datang ke kuliah.Sehinggalah suatu hari, Z datang dengan plaster di batang hidungnya. Tertempang-tempang dia berjalan, tanda jelas orang baru lepas kemalangan. Tapi saya curiga.. betul-betul curiga. Saya panggil Z ke bilik saya.

"Haaa.. Z, dah sihat ke belum ni?" Z yang agak pendiam cuma mengangguk-angguk kepala.

"Betul ke awak 'accident'? Kat mana lagi yang luka?" Z menjawab dengar tak dengar. Saya tak faham, mulut terkumat-kamit tapi bunyi macam nak menyembunyikan sesuatu. Saya tanya lagi, "Betul ke awak accident??"

"Betul..." jawapan yang langsung tak meyakinkan saya. Saya minta surat rawatan dari hospital, bukti doktor bagi cuti rehat sebulan.

"Tak ada," jawab Z.

"Kenapa tak ada?"

"Hilang..."

"Awak cakap betul-betul. Awak 'accident' ke tak???" Saya menggertak. Telinga kepala semua rasa besar semacam.. hehe.

Z angguk-angguk cemas.

"Saya nak tengok luka dekat hidung awak tu boleh?"

Z geleng-geleng kepala. Terus dia tutup plaster tu dengan sebelah tangan.

"Bagilah saya tengok. Saya nak tahu teruk sangat ke luka tu," saya buat-buat manja, ambil beratlah konon bolehlah pujuk Z buka plaster.. huhu.

Z enggan membuka plaster. Z kata batang hidungnya patah dan luka belum baik.

"Macam tu awak bagi nombor telefon bapa awak. Biar saya tanya bapa awak," lumrah pelajar suka beri nombor telefon palsu. Pernah saya telefon bapa seorang pelajar sebaliknya dijawab oleh perempuan cina jadi saya suruh Z dail terus nombor bapanya menggunakan telefon saya.

Z geleng kepala. Dia kata tak ingat nombor telefon bapanya. Mustahil sungguh!

Saya panggil Den datang ke bilik saya.

"Den, siapa yang bagitahu awak Z 'accident'?"

"Adik dia mesej saya," jawab Den.

"Ada simpan lagi nombor adik dia?"

Den mencari-cari nombor telefon adik Z dalam telefon bimbitnya dan tunjuk pada saya. Saya salin nombor tu dalam telefon saya dan terus dail.

"Hello, Assalamualaikum.." terdengar suara budak lelaki menjawab di sebelah sana. Dia mengaku sebagi adik Z.

"Saya pengajar abang awak, Z. Adik dekat mana?"

"Rumah."

"Oo... mak ada rumah?"

"Mak kerja."

"Ayah?"

"Tak ada."

"Ooo, saya tanya boleh. betul ke abang awak, Z 'accident'?"

"TAK TAHU." saya jeling Z. Dia tunduk tenung hujung kasut.

"Okey, adik. Tak apa ya, nanti kalau mak balik cakap cikgu abang telefon ya."

Saya letak telefon, lama saya tenung Z. Den saya suruh balik ke kelas.

"Awak tipu saya ya. Buka plaster tu.." Z geleng lemah.

"Saya kata buka!" Lambat-lambat Z tarik plaster yang melekap di batang hidungnya. Jangankan luka, segaris calar pun tak ada.

"Z... Z... awak ni mesti banyak tengok filem P Ramlee, kan??" Dalam marah tu rasa macam nak gelak besar-besar.

Z mengaku dia tidak 'accident' sebaliknya sengaja mereka-reka cerita dan Den pun rupanya ditipu sekali. Tengahari itu saya menerima kunjungan dari ibu bapa Z yang terperanjat bila dapat tahu tentang Z yang tidak datang.

puas cari gambar P Ramlee tampal plaster kat hidung tak ada.. hehe..( imej google)

"Pagi-pagi dia dah keluar, petang baru balik," kata ibu Z.

"Saya minta maaf, saya ingat dia betul-betul kemalangan." kesalnya rasa hati hanya Allah sahaja yang tahu. Ibu Z nampaknya agak marah sedikit berbanding bapanya yang lebih lembut. Seri Kandi mengaku silap Seri Kanmdi yang tidak terus bertanyakan bapanya tentang kemalangan itu kerana terlalu percaya kepada anaknya. Z yang Seri Kandi kenali adalah seorang yang pendiam. Dia hanya tersipu-sipu kalau Seri Kandi mengusik dan melawak semasa mengajar. Tak terlintas langsung di hati Seri Kandi Z akan menipu tentang kemalangan yang menimpanya lebih-lebih lagi apabila Den kata berita itu disampaikan adiknya sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya Z dapat juga menamatkan kursusnya. Di mana agaknya Z bekerja sekarang, Seri Kandi doakan semoga satu hari nanti Z akan menjadi anak yang menjadi kebanggaan orang tuanya, Amin.. amin ya Rabbal Alamin.


Wednesday, February 27, 2013

LEMON CAKES & LEMON CURD IN CUP & IN JAR

ASSALAMUALAIKUM...


PERTAMA-TAMA sekali Seri Kandi minta maaf banyak-banyak kerana agak lama Seri Kandi tak menjengah ke Alam Sari ni dan singgah ke rumah kawan-kawan sekaligus meninggalkan komen. Sebenarnya ada juga beberapa blog yang sempat Seri Kandi singgah tapi hanya baca sekali lalu, orang kata cuci matalah sebab penat mengadap meja Seri Kandi yang penuh dengan segala macam kertas tugasan pelajar dan kertas tugasan diri sendiri, hiks. Nasib baik Seri Kandi tak kena migrain masa mengadap benda-benda tu semua, Alhamdulillah, Seri Kandi diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab Seri Kandi. Sebab itulah Seri Kandi ketepikan dulu dunia maya ni buat seketika.. konon-kononlahkan.. :D


Walaubagaimanapun, walaupun (berapa kali walau daaa) tiada entry baru tetapi tetap ada pengunjung unik yang singgah sehingga mencecah ratusan pengunjung sehari menandakan sedikit sebanyak Alam Sari ini mula bertapak di hati pengunjung alam maya.. Alhamdulillah. Seri Kandi juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas doa yang kawan-kawan titipkan untuk Seri Kandi semoga kawan-kawan Seri Kandi semua juga turut dipermudahkan urusannya dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT, Aminnn.


Baca tajuk Seri Kandi tu ada kepelikan sikit ya, hehe. Kenapa tajuk macam tu, Seri Kandi? "Errrr.. entahlah, " jawab Seri Kandi... :p  Resepi Lemon Cakes ini Seri Kandi intai dari Azie Kitchen. Sekali baca tajuk dan meneliti resepinya terus hati Seri Kandi terpaut dan meronta-ronta nak membuatnya. Sebenarnya, Seri Kandi baca blog Kak Azie ni dalam keadaan terkejar-kejar. Curi-curi masa gitu, dosakan.. huhu. Bila Kak Azie nyatakan yang Kak Azie letakkan 'filling' lemon curd dalam lemon cakes tu, Seri Kandi langsung tak terfikir nak bongkar dapur Kak Azie mencari resepi lemon curd tu sebaliknya Seri Kandi google resepi lemon curd tu. Masa google-google tu, Seri Kandi jumpalah beberapa resepi lemon curd dan Seri Kandi pilih resepi lemon curd yang paling simple dan mudah dari blog 'Scent Of Kitchen' ni. Rupa-rupanya, di blog Kak Azie pun ada resepi Lemon Curd yang dimasukkan dalam entry sebelum Lemon Cakes tu.. huhu dan ada juga entry Kak Azie yang terbaru tentang lemon cakes ni. Banyak sungguh yang Seri Kandi tertinggal dalam pada menyiapkan tugasan Seri Kandi rupanya. Kepada Kak Azie dan AkuBukan Masterchef (Scent Of kitchen), Seri Kandi ucapkan terima kasih atas perkongsian ini. Kepada peminat kek, Seri Kandi pasti anda akan jatuh cinta dengan rasa lemon cakes ini. Untuk resepi ini, Seri Kandi tak sediakan icing macam Kak Azie sebaliknya Seri Kandi cuma sediakan lemon curdnya sahaja. Lemon Cakes ini Seri Kandi buat dua adunan dengan dua cara, separuh Seri Kandi masukkan ke dalam cupliners dan separuh adunan lagi Seri Kandi masukkan dalam botol sebagai buah tangan untuk wajah-wajah kesayangan Seri Kandi :-))))


Resepi Lemon Cakes
Sumber : Azie Kitchen

Bahan bahan:

110 gram/1/2 cawan butter

110 gram/1/2 cawan gula kaster

2 biji telur - pukul

110 gram/1 cawan self raising flour

Secubit garam

1 biji lemon - parut halus



Cara cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Letakkan 13 cawan kertas dalam bekas muffin.

2. Putar butter dan gula sehingga putih dan ringan.
 
3. Masukkan telur dan putar sehingga sebati.

4. Masukkan tepung, garam dan parutan lemon dan kacau sebati.

5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan atau permukaannya springy bila disentuh.
 
6. Biarkan atas redai sehingga sejuk sepenuhnya.
 
Resepi Lemon Curd
 
3 biji telur
 
150g gula pasir
 
80ml fresh lemon juice
 
60g butter
 
1 sudu kecil parutan kulit lemon
 
Cara-cara :
 
1. Di dalam mangkuk besi, whisk kan telur. Kemudian, letakkan mangkuk besi tersebut didalam periuk yg berisi air panas (gunakan api yg kecil sewaktu mendidihkan air). Buat kaedah double boiler.
 
2. Dengan terus mengacau telur, masukkan gula dan jus lemon. Whisk kan adunan sehingga adunan menjadi pekat. (lebih kurang dalam 10 minit)
 
3. Angkat mangkuk besi daripada periuk. Kemudian masukkan butter dan parutan kulit lemon. Whisk kan sehingga sebati.
 
4. Wrapkan adunan (plastik wrap mencecah di permukaan adunan) dan masukkan ke dalam peti ais. Kalau nak guna, baru keluarkan.
 
 
** Seri Kandi cucuk permukaan lemon cakes tadi dengan menggunakan chopstick dan lemon curd tu Seri Kandi masukkan dalam piping bag dan picitkan dalam lubang yang Seri Kandi buat pada lemon cakes tadi. Sedap betul... urmmm.. tak percaya cubalah!!

Thursday, February 21, 2013

SEBAB RAJIN

ASSALAMUALAIKUM...

SERI KANDI tak mahu cerita banyak-banyak. Ini komen dari adinda Seri Kandi yang di'print screen' dari entry Pavlova semalam... ;-))))))))

Wednesday, February 20, 2013

PAVLOVA.. DEALOVA...

ASSALAMUALAIKUM...


TERBUAI-BUAI perasaan rasanya menikmati lemak manis masam pavlova ini. Adik Seri Kandi kata, inilah pavlova yang paling sedap dia pernah makan. Apa tak sedap, pavlova yang masih rangup, baru keluar oven dua tiga jam, diliputi krim segar yang putih gebu dan ditambah pula buah-buahan import yang mahal, tentulah syurgaaaa... hehehe. Seri Kandi tanya, sebelum ini dia pernah makan pavlova di mana? "Beli kat KL, tapi lembik, cair jer," jawabnya. Agaknya lama letak di luar sebelum sampai ke tangan kau, itulah sebabnya, kata Seri Kandi. Seri Kandi sendiri tidak pernah membeli pavlova, jadi Seri Kandi tak tahu. Yang Seri Kandi tahu, pavlova yang Seri Kandi makan ni memang sedap! ;-))))

Duluuuuuu... Seri Kandi pernah buat pavlova ni dua kali (kot). Kalau rajin nak selongkar dapur Seri Kandi ni, bolehlah cari.. hehe. Tapi, Seri Kandi rasa inilah yang terbaik. Seri Kandi tak tahu adakah ia disebabkan sebab yang sama kenapa Seri Kandi tiba-tiba menjadi terlebih rajin mem-baking akhir-akhir ini.. hehe. Tersedak-sedak Seri Kandi bila ada seorang dua komentar yang serkap jarang kata Iman Fatiha nak dapat adik. Isk... isk.. bukan sebab tulah... sabar ajelah Seri Kandi tau, haipp!

Berbalik cerita tentang pavlova ni, Seri Kandi konon ingat nak cubalah cari-cari resepi pavlova yang lain. Dalam menggoogle tu, Seri Kandi ter-masuklah kat satu blog ni. Rupanya si blogger bukan cerita pasal resepi pavlova tapi dia mengata seorang blogger yang menjual sebiji pavlova dengan rege yang mahal... Seri Kandi tak nak tulis siapa blogger yang dimaksudkan. Seri Kandi tak tahulah sama ada dia baca betul-betul tak resepi pavlova tu. Memanglah pavlova ni cuma guna putih telur, gula kastor, tepung jagung dan cuka tapi.... cubalah baca berapa lama pula masa yang diambil untuk membakar sebijik pavlova (naik bil elektrik) dan cara mengendalikan bahan-bahan tu. Bukan mudah kak, semua kena kering dan dibuat dengan kasih sayang bukannya main campak baling macam masak asam pedas. Blogger tu pulak, bukannya blogger cap ayam macam Seri Kandi (Eh! Ayam Brand pun mahal tau). Blogger tersebut duduk dalam kelasnya yang tersendiri dan Seri Kandi amat mengagumi blogger tersebut... kelasssssss!

Secara asasnya, Seri Kandi tengok kebanyakan resepi sama saja dengan resepi yang pernah Seri Kandi guna sebelum ini iaitu yang Seri Kandi ambil dari Kak Jun Cupcakekasih. Cuma sukatan untuk tepung jagung tu tak sama, ada yang satu sudu, ada setengah sudu dan ada juga yang dua sudu. Oleh itu, Seri Kandi masih gunakan resepi yang Seri Kandi guna sebelum ini dengan sukatan tepung jagungnya Seri Kandi jadikan satu setengah sudu.

PAVLOVA
Sumber : Alam Sari

Bahan Crust :

4 biji telur ambil putihnya sahaja
1 cawan gula kastor
1 1/2 sb tepung jagung
1 sk cuka

Cara menyediakan crust :

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah selsius.

2. Putar putih telur dengan kelajuan tinggi sambil dituangkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis. Putar terus putih telur sehingga berkilat, kental dan bertanduk. Seri Kandi putar dua minit sahaja.

3. Ayakkan terus tepung jagung sedikit-sedikit ke dalam mangkuk yang mengandungi putih telur. Kaup balik adunan dengan spatula sehingga rata tepung jagungnya.

4. Masukkan pula cuka dan kaup perlahan dengan spatula sehingga sebati.

5. Untuk memudahkan, masukkan adunan dalam piping bag dan pancitkan di atas baking paper sama ada bentuk bulat atau empat segi atau bentuk apa-apapun mengikut citarasa. Seri Kandi buat empat segi tepat.

6. Bakar selama 1 jam 20 minit.

7. Biarkan crust berehat lagi 20 minit dalam oven. Simpan dalam bekas kedap udara jika belum hendak digunakan.

Fresh Cream :

1 cawan non-diary whipping cream diputar sehingga kental (Seri Kandi putar dua minit)

Buah-buahan :

Gunakan buah-buahan import yang lembut dan masam manis seperti strawberry, kiwi, anggur hitam, blueberry, peach. Potong ikut kesesuaian.

Pavlova :

Sapukan fresh cream di atas pavlova (boleh juga masukkan dalam piping bag dan dipasang nozzle) dan taburkan buah-buah di atasnya. Pavlova lebih enak  dimakan segera sejurus diletak krim.

p/s Alhamdulillah, sebaik sahaja Seri Kandi buka tempahan untuk pavlova ni berdesup-desup mesej masuk dan minta Seri Kandi hantar ke rumah.. syukur dengan rezekimu, Ya Allah...

Friday, February 15, 2013

CREAM PUFF PILIHAN KALBU

ASSALAMUALAIKUM...

TETIBA ada yang bertanya dengan Seri Kandi, kenapa rajin sangat mem'baking'? Errrr.. perlukah Seri Kandi nyatakan sebabnya ya, urmm.. Seri Kandi rasa biarlah rahsia dulu. Tapi di kalangan keluarga (ER, Iman, ibu dan adik beradik rasanya dah tahu kot kenapa tetiba sahaja Seri Kandi jadi rajin ya amat.. hehehe.


Ini adalah dua projek Seri Kandi masa cuti lepas dan satu lagi tu projek malam tadi. Alkisah Seri Kandi ni ada menyimpan semangkuk kecil isi durian tahun lepas (kih kih kih) semasa fenomena 'durian crepe' melanda. Ya Allah! Baru teringat, Seri Kandi tak masuk-masukkan lagi entry 'durian crepe' tukan sampai ke sudah, adehh! Berbalik cerita pasal isi durian tu dah berapa hari Seri Kandi turunkan dari tempat air batu (orang putih sebut freezer) ke bahagian bawah (fridge). Jadi, Seri Kandi fikir sbelum ia jadi tempoyak baiklah Seri Kandi buat krim kastard durian. Mula-mula Seri Kandi nak buat lagi 'durian crepe' tapi rasa macam jemu dan jenuhlah pulak nak berdiang tepi dapur tu. Tiba-tiba... ting!!! Muncul idea nak buat cream puff... hehehe. Seri Kandi pun korek-korek resepi cream puff yang pernah Seri Kandi buat sebelum ni. Korek kat dapur sendiri lagi senangkan dari korek kat dapur orang, hehe. Resepi ini adalah dari Dapur Tanpa Sempadan, bagi Seri Kandi resepi ini tidak menghampakan, dan dua tiga kali sebenarnya Seri Kandi guna resepi ini. Kepada Cik Mat Gebu, terima kasih sekali lagi ya dari Kak Sari :-)))))

Durian Cream Puff
Olahan dari : Cream Puff dan Sos Kastard

Bahan Krim Kastard Durian :

1 Tin Susu Cair
2 sb gula
1 1/2 sb tepung kastard (bancuh dengan sedikit air biasa)
1 mangkuk kecil isi durian
1/2 sk esen vanilla
2 kuning telur
secubit garam
3/4 cawan non-diary whipping cream

1. Satukan semua bahan kecuali non-diary whipping cream di dalam jug pengisar dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana kecil sehingga likat dan berkilat serta meletup-letup sedikit krimnya.

3. Tutup api dan terus tutupkan periuk dengan plastik. Biarkan sejuk. (Sementara itu boleh sediakan puffnya)

4. Apabila krim telah sejuk, putarkan dengan kelajuan tinggi non-diary whipping cream selama dua minit (masa ini dah cukup kental) ** sentiasa simpan non-diary whipping cream di peti sejuk sebelum digunakan dan terus putar sebaik sahaja keluar dari peti sejuk. Jika tidak digunakan simpan di bahagian sejuk beku.

5. Masukkan krim kastard durian yang telah sejuk tadi ke dalam mangkuk mengandungi krim yang telah diputar kental dan putar dengan kelajuan paling perlahan sehingga rata.

6. Simpan di peti sejuk jika belum hendak dipaipkan ke dalam puff.



Bahan Puff :
Seri Kandi gandakan sukatan ini sebab terlalu sedikit.. hehe.

50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla

1. Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.

2. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan.

3. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.

4. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur serta esen vanilla. Putar hingga sebati.

5. Alihkan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 1 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal pada suhu 200C selamat 25 minit atau cream puff kuning keemasan. Biarkan sejuk.

7. Apabila sejuk, cucukkan dengan hujung pisau dan belah sedikit puff (tidak perlu terlalu besar).

8. Masukkan krim kastard durian tadi dalam piping bag dan potong sedikit hujungnya, masukkan ke dalam puff yang dibelah sedikit tadi kemudian picit krim sehingga memenuhi ruang kosong puff.

9. Ayakkan sedikit gula aising sebagai penyeri :-))))))

Macam biasa, Seri Kandi memang tak sedap kalau makan sendiri. Seri Kandi selalu teringatkan adik beradik Seri Kandi di Senai tu. Kebetulan adik Seri Kandi yang di KL balik kampung jadi Seri Kandi buat dua adunan sekaligus supaya bolehlah Seri Kandi hantar ke sana sikit. Malangnya, kakak Seri Kandi rupa-rupanya memang tak makan krim kastard durian tu. Kalau durian dengan tempoyak memang hantu tapi kalau benda lain rupanya dia tak berapa. Jadi, dia cuma tengok kami makan. Ish! Sedihlah Seri Kandi macam nikan. Jadi, malam tadi dengan gigihnya Seri Kandi buat lagi cream puff. Kali ini Seri Kandi gunakan resepi Japanese Cream Puff dari blog Masam Manis cuma Seri Kandi derhaka sikit, Seri Kandi tak taburkan dengan Pai Shuu Crust (mim alif lam sim) dan Seri Kandi buatkan krim kastard biasa supaya tiada yang berkecuali nanti. Maaf ekh, gambar ni semuanya adalah yang Seri Kandi upload ke facebook Seri Kandi dan Seri Kandi download semula. Seri Kandi memang tak ada gambar lebih sekarang, jadi kita guna apa yang ada sajalah ya...


Japanese Cream Puff
Sumber : Masam Manis

Bahan Puff :

120 gm mentega
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak
5 biji telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5 biji
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun ok! (Seri Kandi tak letak)


Cara-caranya :
(ada beberapa langkah yang Seri Kandi 'skip' sebab tak sesuai dengan keadaan Seri Kandi. Untuk cara sebenar boleh rujuk terus di dapur Kak Ita ya. Di sini Seri Kandi tulis sepenuhnya apa yang Seri Kandi buat untuk puff pastri ini)

1. Dalam satu periuk kecil, satukan mentega yang dipotong kiub bersama garam, gula dan air. Panaskan atas dapur hingga ia mendidih.

2. Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
3. Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut.

4. Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
5. Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati. (Adegan yang paling tak larat Seri Kandi nak buat, hehehe)

6. Alihkan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 1 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.

7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal pada suhu 200C selamat 25 minit atau cream puff kuning keemasan. Biarkan sejuk.

8. Apabila sejuk, cucukkan dengan hujung pisau dan belah sedikit puff (tidak perlu terlalu besar).

9. Masukkan krim kastard  dalam piping bag dan potong sedikit hujungnya, masukkan ke dalam puff yang dibelah sedikit tadi kemudian picit krim sehingga memenuhi ruang kosong puff.

9. Ayakkan sedikit gula aising sebagai penyeri :-))))))

Resepi kastard :

1 tin susu cair
3 sb gula
1 1/2 sb tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
1 st esen vanilla
3 kuning telur
3/4 cawan non-dairy whipping cream

1. Leburkan semuanya (hehehe) kecuali non-diary whipping cream di dalam periuk dan terus kacau hingga likat dan berkilat serta meletup kecil krimnya di atas api sederhana kecil.

2. Tutup api dan terus tutupkan periuk dengan plastik, biarkan sejuk.

3. Apabila krim telah sejuk, barulah pukul non-diary whipping cream dengan kelajuan tinggi selama dua minit.

4. Dengan kelajuan paling perlahan, putar ia bersama krim kastard tadi. Simpan di peti sejuk jika belum hendak digunakan.

p/s Tujuan menutup terus periuk yang mengandungi kastard dengan plastik adalah bagi mengelakkan ia (kastard) menjadi berkepala.... errr.. tahutak macammana berkepala tu? Atasnya nanti kering dan berkepingan... macam tauhu kering tu... 

Wednesday, February 13, 2013

RAINBOW CAKE IN JAR... PELANGI BERSELERAKAN DALAM KACA

ASSALAMUALAIKUM...


BUAT pertama kalinya Seri Kandi tidak bergerak ke mana-mana ketika cuti Tahun Baru Cina kelmarin. Walaupun ER ada menyuarakan hasrat untuk keluar dari Tanah Jauhar ini namun Seri Kandi cadangkan untuk kami melepak di rumah sahaja. Hajat Seri Kandi sebenarnya adalah untuk mengemas kain baju yang sudah setahun tidak keluar dari almari dan tidak lagi muat di badan. Tapi hajat cuma tinggal hajat. Betul-betul punya melepak sampai satu apapun tak bergerak... hehehe.


Semalam Seri Kandi merajinkan diri membina istana pelangi dalam kaca. Cake In Jar, Seri Kandi tak pasti masih 'in' lagi atau tidak dan terus terang Seri Kandi memang belum pernah lagi mencuba membakar kek dalam botol ini. Seperti yang pernah Seri Kandi beritahu sebelum ini Seri Kandi belum ada kekuatan untuk membakar kek dalam botol jadi Seri Kandi hanya menjual chill cheese cake dalam botol yang buat masa ini diberhentikan atas sebab-sebab tertentu. Jadi semalam Seri Kandi telah mencatat satu lagi sejarah dalam dunia kek Seri Kandilah kiranya, hehehe.


Seri Kandi mempraktikkan resepi 'rainbow cake' yang pernah Seri Kandi buat dalam 'cupcake liner' sebelum ini dari resepi Martha Stewart yang Seri Kandi rujuk dari Kak Azlita Aziz Masam Manis. Memang seronok bermain dengan warna dan Seri Kandi menggunakan lima warna sahaja. Dah siap mewarna dan masukkan dalam 'piping bag' Seri Kandi pun picitlah selapis demi selapis warna dalam botol tu. Punyalah syok melapis Seri Kandi tak sedar yang lapisan Seri Kandi telah mencapai lebih dari setengah paras botol. Aiyakkkkkk!! Ada karang melimpah-limpah dari mulut botol karang, huhuhu jadi Seri Kandi pun cedoklah dua sudu setiap botol... hehehe.. apadaaa...



Rainbow Cake In Jar
Sumber : Rainbow Cupcakes Alam Sari

Bahan-bahan :
1 1/2 cwn tepung gandum **
2 sdk baking powder ** (ayak bersama **)
Secubit garam **
1/2 cwn butter ~ suhu bilik (Seri Kandi guna 1/2 buku butter 250gm tu)
3/4 cwn gula castor ~ Seri Kandi guna 1/2 cawan sahaja)
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B) 
1 sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik
warna secukupnya, ungu, biru, hijau, kuning, merah.

Cara-caranya:

1. Sediakan botol bersih dan air panas yang diisi dalam loyang sedalam 1/2 inci.

2. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.

3. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
4. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
5. Masukkan esen vanila
6. Kemudian perlahan kelajuan yang paling rendah, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

7. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam  lima bekas berasingan


8. Letakkan pewarna dalam setiap bekas, kacau rata dan masukkan ke dalam piping bag.
 
9. Picitkan setiap lapisan nipis di dalam botol, mulakan dengan ungu, biru, hijau, kuning dan merah. Jangan melebihi paras setengah botol.
 
10. Masukkan botol dalam loyang yang mengandungi air panas tadi (jangan terlalu panas). Jangan isi banyak-banyak botol dalam loyang.
 
11. Bakar 10 minit pertama pada suhu 180 darjah kemudian turunkan 175 -170 darjah, bakar lagi 15 minit.
 
12. Uji kek dengan lidi, jika tidak melekat bermakna kek telah masak. Jika masih melekat tambah lagi 5 - 10 minit.
 
13. Setelah sejuk bolehlah dipaipkan krim mengikut citarasa anda.

Friday, February 8, 2013

MEATBALL ALA-ALA IKEA

ASSALAMUALAIKUM...

DAH beberapa kali Seri Kandi ingin nak makan Meatball di IKEA yang khabarnya sedap gila tu tapi sampai kini masih tak kesampaian. Urmmm, bukannya sebab Seri Kandi tak ke IKEA tapi bila Seri Kandi tengok suasana yang haru-biru dan hingar-bingar tu sampai nak cakap pun terjerit-jerit, selalunya niat Seri Kandi teruslah terkubur. Errr.. Seri Kandi memang tak mempunyai kekuatan untuk meredah orang ramai-ramai begitu semata-mata nak makan. Seri Kandikan tinggalnya jauh dari IKEA, jadi kalau nak ke sana cuma pada hari minggu atau cuti tapi hari macam tulah yang ramai orang, ishhh! Siapa yang dah selalu pergi tu boleh tak lain kali kasi 'chance' kat Seri Kandi pulak, huhuhu.

Suatu malam tu datanglah keinginan yang melampau-lampau nak makan Meatball Ala-ala Ikea ni. Seri Kandi ingat-ingat dalam peti ais tu memang ada stok meatball dan fries. Tinggal lagi Seri Kandi kena sediakan sos untuk meatball tu. Blueberry jem tu, aiii.. memang tak ada masalah. Teruslah Seri Kandi menggoogle resepi dan Seri Kandi paling tertarik dengan satu resepi ini. Katanya, rasa sos meatball tu memang sama dengan ikea punya. Seri Kandi tak pernah makan, kalau tak sama alamatnya memang Seri Kandi kena tipu hidup-hiduplaaa, hehe. Tapi, bila dah siap semua tu, Alhamdulillah, memang sedap dan Seri Kandi suka sangat. Iman Fatiha biasalah, memang tak menolak apa yang Seri Kandi hidangkan kat depan dia lebih-lebih lagi hidangan orang puteh macam ni, memang dia suka benarlah. Dan Seri Kandi tak sangka, memang masuk sungguh rasa meatball tu dengan sosnya serta blueberry jem tu cuma tekak ER jer yang susah nak terima jem blueberry makan dengan meatball dan fries. ER mintak sos cili, Seri Kandi tak bagi pun, hihihi... ampunnnn... Seri Kandi nak ucapkan terima kasihlah kepada Faa Rosli yang sudi berkongsi resepi ini yang diambil dari WildCuteCat. Khabarnya, Cik Abang WCC yang tolong googlekan resepi ni jadi tak tahu siapa yang empunya resepi asal. Kepada pemilik sebenar, Seri Kandi minta halal ya dan Seri Kandi kongsikan di sini pula untuk pengunjung Tanah Jauhar ini.


Meatball Ala-ala Ikea
Sumber : FAA ROSLI

*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. (Seri Kandi sedih, puas cari jadi Seri Kandi guna jenama lain)
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair

3 sudu sos tomato

3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Seri Kandi tak letak)
Caranya :
 
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.

4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.
 
 

Thursday, February 7, 2013

PUDING ROTI CIP COKLAT BERSOS VANILLA

ASSALAMUALAIKUM...


BELI roti bungkus besar tak habis, beli roti bungkus kecil tak cukup, haaa.. macam tulah ragam dalam rumah Seri Kandi ni. Kadang kalau tak ada dicari, kalau ada tak dipandang. Kadang manjang kenyang, kadang manjangnya lapar sampai tengah-tengah malam pun cari roti. Bila tarikh roti dah luput tapi rotinya masih elok memanglah serba salah Seri Kandi nak buang. Seri Kandi masih ingat seorang kawan Seri Kandi boleh kena cirit birit walaupun makan roti pada tarikh yang sama dengan tarikh luput. Errrr.. ada faham ini cerita??? Jadi Seri Kandi telah menukar roti Seri Kandi menjadi puding roti. Entah apa-apa ayat Seri Kandi tulis ni, sebelum makin berbelit-belit jom terjah resepi. Seri Kandi rasa ramai yang sukakan dan dah mencuba resepi ini cuma kali ini Seri Kandi tukarkan kismis dengan cip coklat untuk peminat coklat nombor satu, Nur Iman Fatiha Mohd Rizar ;-)))))) Dan tidak sah puding roti ini tanpa sos kastardnya.

Puding Roti Cip Coklat Bersos Vanilla
Diolah dari : Puding Roti Sos Vanilla

Bahan-bahan:
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* 2 1/2  sb gula halus
* 2 sb butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sb tepung kastard
* 4 sb cip coklat (boleh tambah atau kurangkan)


Bahan C - Sos Vanilla
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 sb tepung kastad
* 2 s/b gula

Cara-cara

1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang sambil ditabur dengan cip coklat.
2. Kacau dan gaul rata bahan-bahan lain. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disusun roti dan coklat cip tadi. Biarkan terendam selama 15 minit dan sementara itu barulah panaskan ketuhar.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 45 minit atau hingga masak.
4. Sementara membakar, kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.

Bagi Seri Kandi, puding roti ini enak dimakan ketika masih suam.


Tuesday, February 5, 2013

PISANG KEJU

ASSALAMUALAIKUM...


DAH lama Seri Kandi teringin nak menikmati pisang keju ni tau. Dua kali ke Bandung, Seri Kandi kerap terlihat pisang keju ini dijual di gerai-gerai namun hati Seri Kandi masih teragak-agak untuk membeli jadi walaupun keinginan tu amatlah mendalam tetapi Seri Kandi pendamkan. Seri Kandi tak pasti cara penyediaan tu macammana sebab Seri Kandi cuma tengok dari jauh jer. Satu lagi, tekak Seri Kandi nikan tekak orang Johor yang makan goreng pisang dengan sambal kicap.. hehe. Haaa, itu satu lagi originaliti orang Johor, mereka tak sebut 'pisang goreng' tetapi 'goreng pisang'.

Ketika ke Batam baru-baru ini, Seri Kandi telah singgah ke satu warung yang menjual pisang keju ni. Maaf, Seri Kandi memang lupa sangat nak ambil gambar. Seri Kandi berani tengok dekat-dekat kali ini kerana warungnya yang bersih dan dipasang lampu terang-benderang di hadapan sebuah kedai makan dan dikendalikan oleh dua wanita separuh baya yang agak peramah. Seri Kandi tengok kakak ni goreng pisang yang dicelup tepung macam kita juga di sini. Pisang yang siap digoreng diletakkan di dalam kotak dan dicurahkan susu coklat pekat serta ditaburkan pula dengan parutan keju. Masa tu Seri Kandi memang dah kenyang sangat jadi hajat hendak menikmati pisang keju tu memang tak dapatlah sebab tak tahu dah nak sumbat kat mana.

Bila dah pulang ke Tanah Jauhar, keinginan untuk merasa sendiri keenakkan pisang keju ni semakin membuak-buak. Ish, dah macam orang mengidam pulakkan, hehe. Puas Seri Kandi cari pisang berangan untuk digoreng tetapi tak jumpa-jumpa. Kakak Seri Kandi pun tak ada stok pisang masak (kakak Seri Kandi ni bisnes kerepek pisang tanduk). Satu hari tu masa ER singgah membeli popia basah Seri Kandi nampak ada orang jual goreng pisang panas-panas. Pucuk dicita ulam mendatang, kan... lagi senanglah kerja Seri Kandi, hehehe.


Pisang Keju

Bahan-bahan :
Goreng Pisang/ Pisang Goreng (beli RM3)
Susu Coklat Kental Manis Indomilk secukupnya(kalau tak ada gunalah apa-apa coklat cair)
Parutan keju cheddar sebanyak tidak... eh! Jangan banyak-banyak.. nanti bam-bam!

Cara-cara penyediaan :
1. Atur goreng pisang dalam pinggan.
2. Tuangkan susu coklat kental manis
3. Taburkan parutan keju cheddar.

*sangat enak dinikmati bersama teh'o' panas di petang hari... urmmmmm...

susu coklat kental manis yang Seri Kandi beli di Batam

Friday, February 1, 2013

SURAT, CHEESE TART & COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...


SERI KANDI sedang khusyuk menikmati makan tengahari berlaukkan ikan keli goreng berlada semalam apabila staf yang bertugas di kaunter pentadbiran kolej datang menjengah. Katanya, ada seorang bapa pelajar hendak berjumpa dengan Seri Kandi. Seri Kandi percaya ini adalah rentetan dari Surat Amaran Kehadiran (SAK) yang Seri Kandi pos sendiri minggu lepas. Seri Kandi sengaja pos surat tersebut menggunakan sampul surat putih yang tidak bertingkap dan bercop mohor kolej bagi memastikan surat tersebut sampai betul-betul ke tangan ibu bapa pelajar. Seri Kandi bimbang kalau pelajar itu dapat mengesan surat yang ada alamat kolej alamatnya surat itu bakal ditongsampahkan dan ibu bapa tak dapat mengesan ditipu anaknya hidup-hidup.


Seri Kandi sebenarnya bukanlah suka sangat nak menghantar SAK kepada ibu bapa dan pelajar. Sebolehnya Seri Kandi tak mahu berurusan dengan ibu bapa dan menyusahkan hati ibu bapa. Seri Kandi kasihan dengan ibu bapa yang ditipu anak-anak yang kononnya datang ke kolej tetapi sebaliknya cuma melepak di perpustakaan. Lagaknya macam budak pandai, pakai macam anak orang kaya sebaliknya sengkek pemikiran. Macam semalam, bapa pelajar tersebut terkejut bila Seri Kandi beritahu yang anaknya datang ke kolej tetapi tidak masuk kelas atas alasan sudah terlambat.


"Lambat??? Dia pagi-pagi 7.30 sudah keluar rumah," berair mata En B semalam. Menurut Encik B, isterinya Puan R terkejut bila menerima SAK yang Seri Kandi hantar.

"Kita bagi duit tambang sama dia, duit makan pun kita bagi. Kalau kita tak ada pun kita bagi dia dulu. kenapa dia buat macam ini sama kita," keluh Encik B. Seri Kandi kasihan, sangat kasihan.

Setelah berbincang seketika, Encik B meminta Seri Kandi menelefonnya jika anaknya masih lagi suka ponteng kelas. "Puan ada nombor telefon saya, kan?" Seri Kandi angguk dan menunjukkan nombor telefon yang diberikan anaknya dalam borang maklumat pelajar yang disimpan dalam rekod Seri Kandi.

"Eh! Ini bukan nombor telefon saya. Mana nombor dia bagi ni," Encik B menyalin nombor telefon tersebut. Kemudian dia menulis nombor telefon sebenar dan nombor telefon isterinya, Puan R. Seri Kandi tengok nombor tu lain jugak dengan nombor yang diberi anaknya.

"Yang ini pun bukan nombor telefon Puan R, ke Encik B?" Seri Kandi tunjuk nombor telefon ibu yang diisi anaknya dalam borang maklumat pelajar.

"Ini? I..... ni bukan ni. Ini nombor siapa?" Encik B kelihatan marah dan menyalin juga nombor tersebut. Aiiii.. siaplah anaknya nanti, yang pasti Seri Kandi kasihan dengan Encik B. Sepatutnya Seri Kandi perlu menghantar SAK seterusnya kepada Encik B tapi Seri Kandi tidak sampai hati. Berkali-kali Seri Kandi bagi peluang kepada anaknya. Mujur dia tinggal bersama keluarga. Yang Seri Kandi runsingkan adalah pelajar yang tinggal di hostel, jauh dari keluarga. Mak ayah ingat anak hari-hari ke kuliah rupanya membuta di hostel dari pagi sampai petang. Tengah malam keluar merambu. Susah hati Seri Kandi, tentu lagi susah hati ibu bapanya, urmmmm. Seri Kandi masih menunggu respons dari beberapa orang lagi ibu bapa yang anaknya menerima SAK dari Seri Kandi minggu lepas. Pening! Pening! Pening!


Jadi inilah ubat Seri Kandi melupakan masalah pelajar-pelajar di kolej. Bila berulit dengan cheese tart tempahan pelanggan ni hati Seri Kandi rasa aman dan tenang walaupun berejam-rejam Seri Kandi duduk di dapur pun tak apa. Tak dapat tengok tv sambil baring-baring sebelah ER pun tak apa. Dan sekarang Seri Kandi juga setiap malam ralit meladeni tempahan coklat dari kawan-kawan Iman yang hari-hari memujuk Iman membawa coklat sejak dapat lolipop oreo coklat di hari lahir Iman 20 Januari lepas. "Iman, awak bawalah, kita nak beli," ada yang tempah satu batang, dua batang, tiga batang. Ada yang tempah dengan duit ada yang tempah dengan air liur, hehe. Tapi semuanya jujur, semua bayar tiada yang berhutang. Tiada yang ambil curi-curi. Seri Kandi tak letak harga cekik darah, asalkan balik modal Seri Kandi, cukuplah bagi Seri Kandi. Seri Kandi tak berkira dengan budak-budak ini asalkan Seri Kandi senang hati dan tak makan hati. Cuma Seri Kandi pesan, plastik bungkusan jangan buang sepah-sepah, batang lolipop jangan buat cucuk-cucuk kawan dan yang paling penting jangan lupa berus gigi lepas makan, hihihi.


Sampai jumpa lagi, wassalam.


DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?