MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, April 7, 2014

MH370... OMBAK TERUS BERGELORA... LANGIT TETAP MEMBISU

ASSALAMUALAIKUM...

APABILA berlaku tragedi Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH653 terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah pada 4 Disember 1977 yang mengakibatkan semua 100 orang penumpang dan anak kapalnya terbunuh ramai yang trauma. Ya, Sk baru sahaja berusia dua tahun ketika itu tetapi Sk dapat rasakan trauma yang dialami rakyat Malaysia terutama warga Johor selama bertahun-tahun kerana pesawat yang berlepas dari Pulau Pinang dan sepatutnya mendarat di Kuala Lumpur itu terhempas di Johor.

Jadi, bagaimana Sk dapat rasakan ke'fobia'an itu? Setiap kali pergi ke Gelang Patah pasti akan ada antara ibu atau bapa Sk yang bersuara, "dekat sinilah dulu kapal terbang terhempas..." Asal lalu Gelang Patah jer mesti mereka cerita kisah yang sama dengan wajah yang penuh simpati dan dukacita. Dan luahan yang sama apabila melalui Kebun Teh (satu nama tempat di Johor Bahru). "Kat sinilah tugu kapal terbang terhempas tuuuu." Bertahun-tahun cerita yang tak pernah lekang di bibir setiap kali melalui dua kawasan tersebut.

Sebagai anak kecil, Sk sebenarnya masa itu keliru, di manakah sebenarnya lokasi kapal terbang tersebut terhempas. Di Gelang Patahkah? Atau di Kebun Tehkah? Lama... lama sungguh Sk keliru. Sk sendiri tak sedar bila kekeliruan itu hilang yang mana akhirnya Sk tahu bahawa peristiwa itu berlaku di Tanjung Kupang, Gelang Patah dipercayai akibat berlakunya rampasan pesawat.

Ibu Sk juga selalu mengulang cerita tentang tragedi di Tanjung Kupang walaupun di rumah. Bertahun-tahun juga cerita itu menjadi santapan telinga yang akhirnya hadam ke dalam batu jemala Sk.

Dan... apabila sekali lagi tragedi melanda ke atas pesawat milik MAS, trauma itu berulang. Mungkin sebahagian dari kita sudah pun melupakan tragedi di Tanjung Kupang atau tidak pernah tahu tentang kejadian tersebut. Tapi bagi kebanyakan warga emas peristiwa ini tentunya amat menyentak perasaan. Tidak perlu laman sosial atau lambakan spekulasi di media elektronik, ibu Sk juga ada spekulasinya.

"Uda (panggilan ibu pada Sk), engkau rasa kapal terbang tu memang bla.. bla.. bla... bla... bla...  ke.... atau bla.. bla.. bla... bla...., takkanlah bla bla bla bla...." (maaf, 'off record')

Sk dengan Angah terus tergelak.... Mak ni boleh tahan jugak buat spekulasi.. senyum.. tak perlu kata apa-apa.

#doauntukmh370

4 comments:

  1. Doa buat MH370... semoga pencariannya akan berakhir ye SK..

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa mak SK pun macam kakak juga cuma kakak luah pada abang aje. Apa lagi bila membaca macam-macam spekulasi sampai manggis tempat kita pun jadi isu. Mana dpt manggis sekarang kat Johor pun tak tahu. Manggis apa yg dibawa MH370 tu agak-agak SK?

    Keliru kan.

    Apapun teruskan doa kita.

    ReplyDelete
  3. saya masih lagi ingat Tanjung Kupang
    masa tu kami tengah bercuti di Desaru..
    kecoh !

    ReplyDelete
  4. Skrg katanya dpt ping drp kotak hitam didasar laut, maknanya?
    Sedih bila fikirkan nasib mereka yg terkorban (jika benar). Kes Tg Kupang tu masa kakpb umur berapa eh...muda lagi kot..hehe..tapi tak ingat juga. Cuma katanya hijack juga kan?

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...