Assalamualaikum WBT
KAN, Iman dah cakap, lepas dia habis intern, Sk kena standby, anytime dia datang culik Sk ajak pergi lunch.
Aaa.. ni dah kena culik, gais. Iman ajak lunch di Verrona Hills Cafe cawangan Aeon Tebrau. Aeon Tebrau ni dekat dengan office, kira aci la pergi lunch dekat situ. Verrona Hills ni antara tempat kegemaran kami untuk beli pastries, ni pertama kali nak makan di sini. Jom tengok menu.
Pasta
Aisehmannn, kalau datang awal sikit boleh ambil menu breakfast dia yang sangat berbaloi.
Teringin tengok gambar tapi risau tak kena dengan selera.
Suka tengok air warna ungu ni. Jom pesan segelas!
Signature All Day Breakfast dia harga normal RM29.90 tapi kalau pesan sebelum jam 11.30 pagi, dapat potongan harga RM4.
Lepas buat pesanan, boleh tengok keliling. Suka tengok dekorasi kedai dia yang klasik.
Cranberry Lime Soda, RM13.90
Yang kat tepi gelas tu garam, Sk tarik guna straw dan larutkan dalam airnya. Rasa air tu masam dan kurang manis, dah hujung-hujung baru manis, agaknya sebab Sk tak kacau (larutkan) betul-betul airnya.
Buttercloud Latte, RM16.90
Tak berbaloi la, pendek gelas dia, hehehe. Tapi, sedappp, lemaks!
Mushroom Soup, RM10.90
Ia datang bersama tiga keping sour dough. Mushroom Soup sedap, tapi kalau datang bersama Garlic Bread panas-panas tentu lagi sedap kita menyicah.
Pilihan Iman, Truffle Mushroom Linguine, RM26.90.
Pastanya direbus elok al dente, dimasak bersama tiga jenis cendawan dalam sos ala carbonara yang pekat.
Sk pilih Pesto Smoked Duck Linguine, RM25.90.
Sangat sedap cara masakan sos pesto siap ada sayur (spinach). Itik empuk disalai. Memang tak salah memilih menu ni.
Tak lama menunggu semua ni dihidangkan. Kita bagi kamera makan dulu laaa.
Ooo.. yang tadi lupa nak snap pic dengan minumannya sekali, hihi. Nanti lain kali kita repeat la ek.

























Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih