MASAK MEE GORENG & UDANG MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


DAH lebih dua minggu rasanya dapur kat rumah tu tak berasap. Yang last masak hari tu, Nasi Lemak, tapi tak ambil gambar.


Lagi, gambar bulan Jun yang belum diblog. Sk masak Mee Goreng Udang ni pada 21 Jun. Entahlah PI tu, dia nak makan Mee Goreng masakan rumah. Biasa kalau nak makan Mee Goreng, pergi jer makan di Warung Pak Mus Kitchen atau paling dekat makan jer di Restoran Thoufeeq. Tapi hari tu, dia bawa balik mee kuning sebungkus dan pokok sawi. Sk masukkan udang sahaja sebagai perencah jadi tak rumit la persediaannya. Udang tu memang dah ada. Dia yang penat kalau nak letak segala haiwan laut, lepas tu nak ada fish cake jugak, hihi. Tapi tu la, taugeh tak dibelinya.


Resipi Mee Goreng Sk

Bahan-bahan:

500 gm mee kuning 
6 ekor udang
Minyak masak secukupnya untuk menumis
5 ulas bawang putih dicincang
1 senduk cili kisar
2 tbs sos tiram
2 tbs sos tomato
2 tbs sos cili
2 biji telur
Sayur sawi potong kecil, asingkan batang dan daun

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak.

2. Tumis bawang putih dan cili kisar hingga terbit minyak.

3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau hingga terbit minyak lagi sekali.

4. Masukkan udang dan batang sawi.

5. Masukkan telur, kacau lagi.

6. Masukkan mee dan daun sawi, kacau rata-rata. Sk tak letak garam sebab dah cukup masin.



Memang banyaknya yang ada dalam esbox tu, udang la. Pantang nampak udang besar bas, mesti nak beli. Ni udang laut PI beli di pasar tani. Tak ingat beli bila tapi Sk masak keesokan hari selepas masak Mee Goreng kat atas. Masak ni sebab malas nak keluar. Lagi satu malas nak keluarkan chopper, Sk tumbuk aje cili dengan kunyit hidup guna lesung batu. Yang ada pulak, cili padi merah aje. Kasar-kasar pulak tu tumbuk cilinya. Punyalah malas nak tumbuk sampai lumat, hahahaha. 


Resipi Udang Masak Lemak Cili Api Sk

Bahan-bahan:

Segenggam cili api tumbuk bersama
Seketul kunyit hidup
Serai diketuk
Udang
1 kotak kecil santan 
Air secukupnya
1 asam gelugor
Garam
Ajinomoto 

Cara memasak:

1. Masukkan bahan ditumbuk dalam periuk bersama serai dan sedikit air.

2. Cairkan sedikit santan, masukkan dalam periuk, biar mendidih sambil dikacau sekali-sekala.

3. Masukkan udang, asam gelugor, garam, ajinomoto dan baki santan dalam kotak.

4. Biar mendidih sambil kacau santan agar tidak pecah.

5. Tutup api bila udang telah cukup masak.


Siappp!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. perangai saya pun sama pantang nampak udang besar bas,geram..padahal dalam peti ais ada lagi

    ReplyDelete
  2. Nampak mee goreng akak lagi sedap dari mee goreng kedai kakkkk..
    Kalau jiran, kita minta semangkuk

    ReplyDelete
  3. Kecur liur tengok mee goreng udang masakan rumah dengan udang masak lemak cili api pekat tu, gandingan menu yang sungguh mantap!

    ReplyDelete
  4. sama ngan SA...pantang nampak udang besar2 bas...mahal pun mahal la..hahaha...janji beli..nak masak apa kemudian citer...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!