MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, August 18, 2014

PAHITNYA BERITA DI PAGI RAMADHAN KE 20

ASSALAMUALAIKUM...

"PESAWAT MAS terhempas kena tembak?" Beritahu ER pada Sk yang sedang sibuk menyiapkan juadah untuk bersahur pada pagi Ramadhan ke 20.

Sk menghampiri ER yang sedang membasuh tangan di sinki,"Apa dia?"

"Pesawat MAS kena tembak.. terhempas..." kata ER lagi.

"A... apa dia??? Apa kena tembak???" Berderau darah Sk dengar perkataan MAS. Tapi tak mungkin.. tak mungkin kot.. mesti Sk salah dengar pagi-pagi tu.

"Pesawat MAS kena tembak." Wahhhh.. kalau orang lain mungkin dah kena penampar boya SK ni. Tak faham-faham..

"Habis tu???"

"Jatuh terhempas... semua mati.." lirih suara ER.

"Allahu Akbar!" Perlahan-lahan SK meletak punggung di kerusi. Sk tenung nasi yang telah disenduk ke dalam pinggan. Doa dibaca perlahan tapi tangan ini seolah tak sampai untuk menyuap. Lama termenung, akhirnya Sk mencubit nasi sebutir-sebutir disuap ke dalam mulut.

Dugaan apakah yang menimpa negaraku yang tercinta ini? Lepas satu.. satu lagi peristiwa hitam tertulis dalam sejarah. Hendak menangis pun rasa macam tak berairmata. Terus rasa macam tak mampu nak menulis di blog.. nak meneruskan Diari Ramadhan. Tak tergamak rasanya nak ceria-ceria di saat negara sedang berduka. Tambah lagi dengan peristiwa yang menimpa saudara kita di Gaza sana. Allahu Akbar!


#Al-Fatihah
#MH17
#MH370 tetap dalam ingatan

3 comments:

  1. :(
    Itulah yg saya rasa masa dpt berita tu
    jam 12malam
    dah tertido tp bgun balik
    smpi ke pagi terkebil2 xleh tido

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa semua rakyat M'sia masa mula-mula dpt berita itu lebih kurang sama rasa terkejutnya..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RESIPI DAGING MASAK MAMI PENANG NOXXA

Assalamualaikum... SEMALAM sejak pagi Sk tak berhenti bekerja di dapur.  Sidai kain,  kemas dapur,  gunting lada, kopek bawang,  kisar lada...