MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, October 16, 2014

CHOCOLATE LAVA

ASSALAMUALAIKUM...

ANDA peminat 'Chocolate Lava'??? Lai.. lai... lai... sK nak memperkenalkan anda dengan Amanda's Chocolate Lava yang didatangkan dengan dua perisa... Original Chocolate Lava dan Berry Chocolate Lava. Tempahan dibuka mulai hari ini di sekitar Johor Bahru sahaja. Jadi, siapa yang duduk Muo, Batu Pahat, Terengganu.. Kelantan... Perlis... mailah datang ke Johor Bahru untuk membeli Chocolate Lava ni dari sK... hihihihi.


Kalau nak tahu, Chocolate Lava ni dilimpahi dengan lava coklat yang akan membuatkan anda makan sampai keluar bunyi urmmm... urmmmm... urmmmm. Sebab apa? Sedap sangat tapi tapi tak boleh nak cakap sebab lava melimpah. kalau bercakap karang.. comotlah pulak mulut anda tu, hahaha. Silap-silap melimpah ke baju. Walaupun sedap sangat anda dinasihatkan jangan memejamkan mata ketika menikmatinya takut bila sedar jer.. baju kuning dah jadi coklat.. dah kena cuci dengan varnish pula.. Varnish tidak diberi ya.. kena beli sendiri.. hihihi.


Lagi tak terkata bila digantingkan dengan nutella tu... rasa hazelnut tu sangat serasi dengan coklat tau. sK pasti, seketul pun tak cukup seorang.. jadi.. belilah lebih, anda pasti tak menyesal. nak lagi romantis.. bila kita gigit strawberry yang masam manis tu.. adoiii.. sampai kesip-kesip ailio menaip ni.. tulunnnn.


Bagi mereka yang berhajat nak makan tapi tak ada kenderaan, insyaAllah, sK boleh hantarkan sampai kawasan rumah tapi ada syaratlah.. kena buat pembelian minima. Sebab sK kenakan caj lain untuk penghantaran jadi tak berbaloilah kalau anda beli sikit dan bayar banyak untuk caj penghantaran. sK cuma akan buka jualan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Khamis (selepas pukul 4 pm) sahaja ya.. sebab hari lain sK sibuk kerja.. hehehe. Di bawah ini sK senaraikan harga...

Original Chocolate Lava RM10/1 kotak/3 pcs
Berry Chocolate Lava RM15/1 kotak/3 pcs
Caj Penghantaran : RM5

Pembelian minima : 2 kotak
(Siapa yang datang ambil sendiri tiada pembelian minima)

Boleh call atau whatsapp 0127799705 kalau nak datang ambil sendiri dengan sK
Nak sms guna no ni 0127844524
Tempahan hendaklah dibuat selewatnya dua hari.

Penghantaran meliputi Skudai dan sekitarnya, Taman Daya dan sekitarnya (Sabtu sahaja), Senai dan sekitarnya.

9 comments:

  1. terliur acik tengok..meleleh coklatnya..penghantar sampai mana tu SKTJ..kalau sampai Batu Pahat...nak kesana nanti acik bagi tau ye..boleh order utnuk anak bujang acik

    ReplyDelete
  2. Tempat kakak rasanya Aini jadi tukang distributekan ye:)
    Kakak macam dah terliur pulak penangan gambar gedabak di tepek..

    ReplyDelete
  3. akak buat sy terliur lahhh.. mn nak cari kt ipoh ni

    ReplyDelete
  4. Mmm.. Dapnya. Tgk gambar je dah teringin. Huhu..

    ReplyDelete
  5. wala kak....yg leleh tu buat tak tahan...jiwa meronta nih..hikkk

    ReplyDelete
  6. Meleleh sampai Sabah coklatnya.....

    Pssssst.....nk tau dia BG APA? Taknak tyg kat blog....
    Whatsapp eh..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak.. tliur tgk coklat meleleh tu

    ReplyDelete
  8. Alamak kakkkk.....bila saya nak ke JB lagi ni...? Lenkali kalau saya nak ke JB, kena plan awak, supaya boleh tempah siap2 macam2 benda. Tart, coklat, rempah ratus...ermmmmm....

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...