MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Saturday, December 19, 2015

CEREKARAMA CIK SITI DIANGKAT DARI KISAH BENAR

Assalamualaikum...
 
TAMAT menonton kisah Cik Siti dalam slot cerekarama malam ini barulah teringat bahawa Sk pernah mendengar kisah Cik Siti yang berkahwin sebanyak 100 kali ini.
Boleh rujuk link di bawah  sebab Sk seram pulak nak taip story ni malam-malam ni.. hihi.
 
 
Terima kasih kepada blogger Infinatus dan Supihahasim atas perkongsian.
 

Edit : Disebabkan ada kawan-kawan yang kata tak dapat klik link di atas dan Sk pun tak sempat nak buka pc untuk edit link tu, Sk kongsikan versi Cik Siti yang Sk salin dari Blog Infinatus. Sk mohon izin ya.


Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian? 

Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!

Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami. Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat. Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka suaminya akan mati. Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. Demikianlah diceritakan orang....
 
Petikan dari Blog SupihaHasim
 
Kisah Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang. Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik. Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami. Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya. 
 
Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali. Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya. Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak.
 
Image dari Blog Supihahasim

Nak tahu kisah selanjutnya bolehlah singgah ke blog Supihahasim DI SINI.
 
.
 

6 comments:

  1. Mula2 cerita mcm boring....da msuk tgh...smpi last...ok la...best juga...:)

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak negok pon...bila suami & anak bujang negok bola :(

    ReplyDelete
  3. Kakak tengok drama ini SK
    Pernah dengar cerita ini juga dari bapak kakak dulu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ms. SK. Sy Supiha Hasim dari blog Supihahasim.blogspot. Trima kasih untuk perkongsian cerita. Tak sangka pula ada pihak production yang akan bawa cerita ni ke layar perak. Johor memang kaya dengan sejarah. Dan sy pun ayah juga yg selalu ajak pusing2 ke Kota Tinggi pergi ke makam2 terutama Kota Johor lama dan sekitarnya. Semoga ia bermanfaat!

    ReplyDelete
  5. Tak tengok pun, kalau dah bertembung dgn bola, bawak diri ler ibunya. Tv dlm bilik tak best 😒

    ReplyDelete
  6. Lagu dia yg last best, tapi x ingat nama tajuk, sbb lagu tu asalnya lagu jepun.... Apa nama lagu tu ye

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?