MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, December 15, 2015

HATYAI - KLONGHAE FLOATING MARKET


Assalamualaikum...
 
BERTERABUR kisah percutian ke Hatyai dalam blog Sk nikan.
Sekejap cerita tentang Hatyai.. sekejap cerita pasal Alor Setar.
Karang esok keluar cerita laksa pulak, haha.
Sajalah Sk pusing-pusing entry tak mahu buat tajuk berderet sebab nanti rasa jemu pulak..
asyik cerita pasal topik yang sama jer.
 
Disebabkan kami cuma ada masa tiga hari sahaja di Hatyai,
maka tak berapa banyak pun program yang termasuk di dalam tentatif.
Sebenarnya kami ni pemalas jugaklah nak explore ke sana ke mari,
kami pergi ke tempat yang wajib singgah sahaja,
kata orang tu untuk cukupkan syarat.. gitewww.
Sebenarnya tak susah pun jika anda memandu sendiri di Hatyai.
Anda lebih bebas untuk ke sana ke mari tau. 
Yang penting sekali anda kena ada GPS
atau dalam bahasa melayunya Gadjet Pengesan Suami.. eh!
 
 
Klonghae Floating Market merupakan pasar terapung yang terletak di Sungai Klonghae. 
Baru juga sebenarnya dibuka iaitu pada tahun 2008,
boleh dikatakan pasar terapung ini merupakan destinasi wajib jika anda berkunjung ke sini. 
Ia cuma dibuka tiga hari sahaja seminggu iaitu pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
 bermula jam 3 petang hingga 8.30 malam.
Pada mulanya kami bercadang untuk menaiki kenderaan awam sahaja
tetapi memandangkan caj yang dikenakan adalah 100 B seorang (RM12) untuk pergi sahaja,
maka kami memilih untuk memandu sendiri. 
 

 
Ia mempunyai dua pintu masuk,
satu di sebelah utara dan satu lagi di sebelah selatan.
Kalau anda masuk di sebelah utara, anda akan jumpa
gerai-gerai tradisional berbumbungkan atap rumbia (kot) dahulu
 tetapi jika anda masuk dari selatan anda akan jumpa gerai-gerai jalanan macam di pasar karat tu.
 Oh, ya.. kemudahan meletak kereta juga ada di sediakan di sini
jadi tak perlu risau ya.
Tak silap Sk anda cuma perlu bayar 20 B sahaja (RM2.40).
 

 
Seperti pasar-pasar karat yang lain,
pasar karat di Klonghae FM ni juga kebanyakannya menjual
barangan kraf berbentuk mainan dan perhiasan serta makanan-makanan ringan.
Sebenarnya, sebelum sampai ke sini kami dah makan dulu
jadi bila sampai di sini tak rasa terliur pun tengok makanan yang dijual
walaupun realitinya setiap makanan itu sangat menarik dan menggoda.. awwww.
Oh ya, jaga-jaga ya kerana banyak anjing dibiarkan bebas di pasar karat ini.
 

 Kalau sesiapa yang suka perhiasan macam wayang kulit ni bolehlah beli.
Sk takutttttt.. karang malam-malam nampak bayang-bayang dia
joget kat langsir.. pitammmm!
 

 
Negara Thai memang terkenal dengan buah mangga,
agaknya dah terlalu banyak jadi macam-macam produk dihasilkan dari buah mangga
 turut dijual di sini.
 

 
Aiskrim goyang.. Sk pernah makan sekali di majlis perkahwinan.
Beli tak pernah, heheheh.
 

 
Ini kalau tengah lapar memang harus jugaklah disambar secucuk dua.
Sk memang jenis makhluk manusia yang jarang beli makanan cucuk-cucuk ni.
Tak tahulah kenapa, tengok tu teringin jugak tapi takut.. ;p
 

 
Kalau dahaga, pelbagai jenis minuman turut dijual di sini.
Daripada air siap dibotol atau air yang dibancuh.. pilih sahaja mana berkenan.
 

 Pelbagai jenis patung sama ada untuk perhiasan atau persembahan ada di jual di sini.
Boleh juga untuk dijadikan cenderahati.
Bab patung ni pun Sk boleh tengok jerlah, cuit pun takut.
Tapi kalau teddy bear Sk sukalah, hihi.
 

 
Siapa suka apam balik rangup bolehlah beli kuih makcik ni.
Orangnya sangat peramah.
Oh ya, kebanyakan penjual di sini boleh berbahasa melayu tau.
Mungkin kerana kedudukan Hatyai yang dekat dengan utara Malaysia
atau kerana ramai warga Malaysia yang datang ke sini.
 
 
 
Kreatif sangat mereka menghias apam balik ni.
Dahlah dicanai nipis, cantik pulak tu..
seragam sahaja rupanya.
 
 
 
Sebaik sahaja ternampak deretan sampan di tepi Sungai Klonghae ini
terus hati rasa melonjak-lonjak kesukaan.
Tahukah anda bahawa sejak dulu lagi Sk teringin untuk menjejaki pasar terapung macam ni.
Orang kecil macam Sk ni
 (bukan kecil badan tapi kecil harta)
kalau dapat pergi tempat macam ni pun dah rasa keseronokan berganda ganda ganda tau.
 
 
Sk kurang periksa berapa banyak sampan yang ada di sini.
Kalau anda rajin bolehlah kira sendiri.. hihi.
Orang kata di sinilah syurga makanan Thai.
Ada pelbagai jenis makanan laut, pencuci mulut dan manisan serta minuman di jual di sini.
Boleh dikatakan seratus peratus adalah makanan dan minuman
dan yang kagumnya ada yang di masak terus di situ
tanpa bimbang perahu terbalik.
Maaf.. orang gayat macam Sk ni memang suka fikir yang negatif.
Sk percaya, hanya mereka yang berjiwa kental sahaja boleh duduk dalam sampan tu sambil memasak.
Walaupun masakan yang mudah-mudah je tapi Sk rasa susah jugak tau.. kena imbangkan badan lagi. Nak layan pelanggan lagi.
Meh kita tengok dekat-dekat apa yang dijual di sini.
 
 
Masa jalan-jalan di pasar karat tadi,
 Sk ada nampaklah dua tiga orang yang menjinjit cawan-cawan seramik ni sambil menghirup air.  Memang tercari-cari jugalah gerainya.
Jadi, bila nampak jer sampan yang jual terus hati berkenan. 
Tengoklah, sangat bersenikan.
Dari ukiran flora dan fauna sehinggalah doraemon.. hahaha.
 
 
Terus beli.
Di sini semua minuman memang akan diisikan dalam bekas seramik ni.
 
Dah habis minum, boleh simpan buat kenangan tapi basuh bersih-bersih tau nanti berkulat.
Lagipun Sk rasa memang dia buat seramik ni bukan yang jenis bertahan lama,
 sebab tu harganya murah cuma 30 B sahaja atau RM3.60.
 
 
Orang lelaki nak nampak macho kenalah minum dalam buluh.
Ni faham tak faham orang cerita senyum pulak tengok kamera.. huhu.
 
 
Walaupun sangat teringin nak pergi ke tempat yang ada pasar terapung macam ni
 tetapi Sk juga sangat suka membayangkan sesuatu yang tidak-tidak.
Contoh... macam mana cara nak beli?
Dekat mana nak berdiri?
Macam mana nak ambil barang?
Macam mana nak bayar?
Macam mana kalau masa kita ambil barang tu sekali terlepas..
atau duit terlepas... haaaa.
Dan yang paling paling Sk takut sekali..
macam mana kalau tergelincir dalam sungai masa nak ambil barang tu.. hahaha.
Semua soalan tu Sk tanya pada ER sebelum ke sini.
ER jawab, taklahhhh.. dorang letak papan untuk kita berdiri.
 
Papan????
Dalam hati Sk, kalau papan tu patah macammana?
Maklumlah saiz badan dah macam maskot negara Thai..
huwa huwa huwa.
 
Rupa-rupanya,
di tepi sungai ini telah dibina dek yang kukuh
di mana sampan-sampan ni semua diikat rapat dengan dek tersebut.
Jadi, tak perlu bimbang kita tergelincir dalam sungai tu.
Kalau badan macam Sk ni tergelincir memang tersangkut kat celah sampan jer..
hahahaha.
 

Peniaga akan hulurkan bakul yang diikat pada kayu
nanti kita ambil barang dan masukkan duit dalam tu.
Baki duit jika ada pun akan dipulangkan guna bakul tu juga.
 
 
Ini Sk beli desert.. nak tengok???
 
 
Katanya Taufu Buah-buahan, 30 B. 
Macam taufufa tapi agak keras,
ditabur dengan buah yang dijeruk, nenas dan kiwi.
Sk kalau desert memang suka walaupun tengah kenyang masih boleh lagi makan. 

 
Tengoklah betapa ramainya umat yang membanjiri pasar terapung ni.
Semua kejakunan macam Sk jugak.
Kalau tengok reaksi masing-masing memang kelakar sebab semua sedang teruja.
  
  
Ramai betul peniaga yang menjual air dalam seramik dan buluh ni dan semua harganya sama.
 
 
Telur puyoh goreng pun ado!
Digoreng dalam pan macam nak buat takoyaki tu.

 
Kakak ni jual desert rasanya. Sk tak beli cuma tengok jer.
 
 
Yang ni pun dessert juga.. Thai Dessert..
Sk nampak banyak penggunaan kelapa dan ubi atau mungkin keledek.
macam onde-onde pun  ya juga.
 
 
Masing-masing sibuk dengan kamera..
sendiri nak beli..
sendiri nak ambil gambar.. macam mana tu?
Nasib baik Sk bawa fotografer.. errr...
 
 
Fotografer dibawa khas dari Kuala Lumpur.
 
 
merangkap baby sitter Iman.
Erkkkk!
 
 
Pelbagai jenis makanan laut yang digoreng dan dibakar juga ada. 
Tunjuk-tunjuk jer nak yang mana lepas tu hulurlah ongkosnya.
Tak mahal dalam 20 - 50 B sahaja.
 

Kentang pusing-pusing pun ada.
Tengok tu, terror tak masak dalam sampan dengan keluasan yang terhad
memang statik kat situ jerlah menggoreng kentang.
 
 
Hari tu tak terliur sebab kenyang.. ni tengok gambar telan-telan ailio sebab lapar.. hahaha.
 
 
Air dalam seramik ni yang paling laris ditambah cuaca yang agak hangat.
 
 
Kena cepat-cepat chop bangku di pondok-pondok yang disediakan supaya mudah menjamu selera.
 
 
Bila nak habis agaknya sup kakak ni??? 
 
 
Macam nilah ER kalau jumpa kucing kat mana-manapun. Mesti nak dukung dan ajak bergambar.
 
 
Selain minuman, aiskrim kelapa juga dijual dalam pasu seramik ni. Aiskrim ni memang kegemaran Iman.
 
 
Iman dan aiskrim sejak bayi memang tak dapat dipisahkan.
 
Lepas makan aiskrim jalan-jalan lagi kat dek.
 
     Apa lagi yang dicari pun tak tahu.. hahaha.
 
 
Terdapat juga sebuah pentas di sini untuk pelbagai acara.
Kiranya memang meriahlah.
Kebetulan pula penduduk Thai sedang meraikan ulangtahun kelahiran raja mereka.
Nampak tangga tu?
Itu laluan menuju gerai-gerai beratap rumbia yang terletak di sebelah utara
yang Sk beritahu sebelum ni.
Tak banyak Sk ambil gambar di situ sebab leka tengok barang -barang yang dijual.
 
 
Lama-lama baru sedar dah gelap. Jom jom balik!
 
 
Balik... balikkk!
 
 
Tak faham apa ditulis.
Mereka sangat mencintai bahasa mereka,
amat payah kita nak jumpa ayat dalam bahasa Inggeris pun
di papan-papan tanda yang ada.
 
  
Belanja gambar Sk dan ER :))))

 
Iman dan baby sitter.. CikWa.
 
Daaaaaaa.... 

2 comments:

  1. CH tengok pun teruja SK..
    Elok jer deretan sampan tu kan..
    Kreatif sungguh orang Thai ni..
    Berniaga salah satu ekonomi mereka yg kuat..
    Tak kira lah berniaga apa..
    Rajin sungguh mereka..

    ReplyDelete
  2. kira okay lagi tu orang kecik mcm SK dah sampai ke sana.. org kecik mcm akak ni.. usahkan nak sampai ke situ... dalam m'sia pun belum habis pusing... huhuhu...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?