RENDANG AYAM UNTUK OPEN HOUSE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 

BULAN Syawal telah meninggalkan kita, hari ini bermula 1 Zulkaedah 1445H. Namun, itu bukan bererti sudah tiada lagi jemputan rumah terbuka 😆. Semalam, pejabat Pak Inche buat Open House atas inisiatif Huda, Haliza dan Akma.

Tetttttt!!!

Sebenarnya post ini ditaip semalam tapi sejak seminggu dua ni handphone Sk mengalami masalah gboard, jadi postnya tergendala dan bersambung hari inilah, 2 Zulkaedah 😅. Masalah gboard ni yang buat Sk tak muncul meninggalkan komen di blog kengkawan 😭.


Lalat pun belum bangun pagi tadi, Sk dah tangkap ayam nak masak Rendang untuk Open House. Pak Inche bersetuju membawa Rendang Ayam dan Ketupat Palas.



 Ketupat Palas frozen Sk kirim dengan kawan kolej untuk tolong belikan dari kawannya. Hujung-hujung raya ni, mujurlah ada stok. Tak sangka pulak harga ketupat palas dah mahal sekarang dan dibungkus dalam pek 1/2 kilogram berbanding dahulu dipek sekilo-sekilo. Sekarang dah tak mainlah jual sebijik-sebijik 😆. Harga satu pek, RM22 😅 mengandungi 13 biji dan sebungkus lagi tu ada 14 biji. Total 27 biji, Sk kerat dua, dapatlah 54 ketul 😆.


Sk goreng dulu ayam, oh.. ini pertama kali Sk masak rendang ayam, selalunya Sk masak Rendang Daging. Rendang ni yang betulnya lebur semua dalam kuali kan tapi yang ni Sk tumis dulu bahan yang dikisar halus dengan sedikit minyak dari gorengan Ayam iaitu..

Bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, lada kering, biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masak lama sedikit bahan tumis ni kemudian barulah masukkan ayam.



Gaul mesa kemudian tuangkan santan dan air sedikit.


Tiga ekor Ayam potong 18 dan dua kotak santan.


Daun kunyit 4 helai ambil dari pejabat Pak Inche, hehe.


Jamuan mula pukul 11, pukul 11 Sk sampai bawa Rendang Ayam dan Ketupat Palas. Pak Inche dah pergi awal la kan, dia masuk pejabat pukul 9. Huda bawa Laksa Nyonya. Akma bawa Soto. Haliza bawa Nasi Ambeng dengan Chicken Ungkep dan Lontong.


Menu utama Open House NSTP Johor Bahru 😃


Sk makan Nasi Ambeng Dulu.


Lepas tu makan Laksa Nyonya.


Antara jemputan mula sampai adalah Abang Hassan, Abang Zain dan Yem.


Ada cabutan duit raya. Dengan Sk sekali buat cabutan juga dapatlah dua ringgit, hehehehehe.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!