KAKAK IMAN DAH KAHWIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


SYUKUR ke hadrat Allah swt yang mempermudahkan segala urusan, Sabtu lepas telah berlangsung Majlis Pernikahan dan Persandingan anaknda Pak Inche dari perkahwinannya yang dahulu , Nurul Atiqah yang telah diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya Firdaus.



Selamat Pengantin Baru 

Muhammad Nur Firdaus bin Muhd Fuzi & Nurul Atiqah binti Mohd Rizar 


Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah)


Beberapa minggu, malah sehari sebelum majlis, cuaca di Johor tidak menentu, kebanyakannya hujan. Agak risau juga sebab Tiqa beritahu majlis bertemakan outdoor walaupun dibuat di sebuah homestay.


Tema putih menjadi pilihan Tiqa untuk keluarga semasa majlis nikah manakala pengantin memakai persalinan berwarna peach. Walaubagaimanapun pihak di sebelah mama Tiqa mengatakan sukar mendapatkan pakaian putih. Disebabkan kami tiga beranak dah beli baju putih, Pak Inche kata, kami pakailah baju putih jugak, hihi. 


Majlis Pernikahan berlangsung sebelah pagi, seawall jam 7.40 pagi kami dah sampai ke lokasi Majlis, Rumah Kayu Johor Bahru yang terletak berhampiran Sekolah Islam Hidayah. Alhamdulillah, cuaca cerah pagi tu, matahari bersinar terang. 


Tahniah, Tiqa.. Kini dah bergelar isteri orang. Jagalah hati dan perut suamimu baik-baik, ikut contoh macam mana bonda jaga babah Tiqa, hehehe. Selepas seminggu Majlis, Tiqa akan berangkat ke Auckland bagi meneruskan tugasnya di sana dalam bidang Oil & Gas. 


Bila post di FB, memang ramai yang terkejut sebab selama ni ramai ingat Iman anak tunggal kami, hakikatnya Iman ada seorang abang juga. Mungkin ada yang perasan perkara ini ada Sk blog dalam tajuk Family Day Keluarga Tok Min. Namun bagi sahabat-sahabat yang dah lama kenal Sk, ini bukanlah perkara yang mengejutkan kerana Sk tak pernah merahsiakan status Pak Inche sebagai duda anak dua semasa kami berkahwin dulu. Kini, Pak Inche bakal menerima kehadiran cucu yang kedua, insyaAllah dijangka lahir awal bulan depan.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahniah buat mempelai, moga perkahwinan yang di bina mendapat keberkatan dari Ilahi.. aamiinnn ..

    ReplyDelete
  2. tahniah pengantin baru moga kekal hingga hujung nyawa..gambar pertama tu tercari2 mana bonda pengantin,ingtkan yang duduk tu pengantin bonda pun cantik berseri-seri

    ReplyDelete
  3. Tekejut baca Iman nak kahwinnn. Rupanya, kakak kepada Iman. Haha. Tahniah SK dan Pak Inchee terima menantuuuu.

    ReplyDelete
  4. Wah…menarik sungguh tema outdoor gini.
    Tahniah buat Sk dan keluarga.
    Semoga rumahtangga Atiqah dan suami diberkati Allah, beroleh bahagia dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  5. nampak sebaya iman dan kakaknya...
    alhamdulillah, Tahniah Sk dan suami terima menantu baru..semoga pengantin baru bahagia selamanya..aamin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah untuk kedua mempelai.. cantik sungguh... semoga bahagia hingga ke syurga.. ameeennnn

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat Pak Inche dan SK jugak, menerima menantu baru. Selamat Pengantin Baru buat Tiqa dan suami, semoga perkahwinan kekal bahagia hingga ke jannah 🤲🏻

    ReplyDelete
  8. tahniah...pakcik dapat cucu ke-2 maknanya SK pun jadi nenek juga. Pssssttt...cucu panggil apa?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!