Assalamualaikum WBT
HARI ini berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya di kolej. Dah di penghujung Syawal ni, barulah dapat mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya untuk pelajar. Kekangan masa, lawatan pentauliahan, lawatan verifikasi, peperiksaan dan kursus staf menyebabkan sukar menyelitkan program raya. Raya tahun ni pulak macam cepat beno habis sebulan. Eh, pandai-pandai pulak ko Sk kata raya sebulan. Bukan Sk yang kata, tapi dalam lirik lagu Raya Azlina Aziz, Indahnya Beraya Di DESA 😆.
Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia
Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usah hampakan hati orang tua
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri sendiri
Bergembira
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya
Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan
😆😆😆
Semalam, berdua dengan Pak Inche memenuhi jemputan Rumah TERBUKA Hari Raya 2024 anjuran Pulai Springs Resort. Tengahari, Sk ambil Pak Inche dari pejabat beliau dan kami terus ke PSR. Terima kasih, Charlotte yang sudi menjempuittt 🥰. Masuk-masuk Dewan, cari meja kosong ternampak kawan setugas semasa jadi stringer di Berita Harian/Harian Metro, Abang Zain Ahmad Photographer. Abang Zain Ni kawan Pak Inche, kebetulan ada kerusi kosong lagi, duduklah situ.
wah seronok betul dapat jemputan kat PSR...makanan confirm sedap kan...
ReplyDeletesedap pula tengok kombinasi lontong akak...hari ni dah last syawal moga ada rezeki kita semua lagi bertemu dengan Ramadhan&Syawal tahun depan
ReplyDeleteKita nak amik gambar kat photo booth tu dah ramai pulak, malas pulak nak beratur.. Lin duduk lama tengok aktiviti pentas Kak..
ReplyDeletedpt jemputan open house kt resort best tu...byk sgt makanan pasti rambang mata kan
ReplyDeleteWaaah banyaak sangat menu makanan nya 😍😍😍. Memang paling happy datang ke jamuan makan yg punya banyak ragam menu. Apalagi kalo banyak yg sedap 👍❤️❤️.
ReplyDeleteMemang raya itu sebulan kak. Tapi kalo Di JKT, biasanya hanya sampai hari ke7. Setelah itu byeee , semua balik kerja macam biasa 🤭
selamat hari raya kepada semuanya..
ReplyDeletedah last raya untuk tahun ni..
semoga kita berjumpa lagi raya tahun depan..