BEKANG TOK MINOH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BEKANG TOK MINOH

Assalamualaikum..
 
PERTAMA kali dengar
Pertama kali nampak
hati tertarik untuk membeli
Bekang Tok Minoh
dari gerai yang mengambil bahagian
dalam promosi
Beautiful Terengganu
di Plaza Angsana baru-baru ini.
 
 
Kata adik yang menjual bekang ini
Bekang ini dimakan bersama dua jenis kuah
sama ada kuah manis
atau kuah lemak
seakan-akan kuah laksa
lalu.. Sk bertanya..
makan kuah mana yang sedap? 
  
 
"Kalau saya, saya cuka campur," kata beliau.
"Bolehlah.. nak campur kuah," pinta Sk pula.
Sebab masa tu baru lepas pekena Mee Rebus Hj Wahid
perut masih kenyang.
Tapi sementara tunggu Pak Inche di klinik
tekak tak menyabar nak merasa
bekang yang masih suam-suam
nanti sejuk tentu tak sedap, kan.
Ambil sebiji suap dalam mulut..
wallaweiiiii.. sedapppp!!
 
 
Kalau pergi Ganu kena cari
Gerai Tok Minoh ni!!

4 comments:

  1. Dah simpan alamat tu senang lain kali ke sana boleh dicari tu SK:)

    ReplyDelete
  2. Nak gi trengganu nanti..
    Cari kat blog SK alamatnya tu :)

    ReplyDelete
  3. e'in pun baru first time dgr pasal kuih nie.. hihi

    ReplyDelete
  4. frozen ke kak? rupa macam bauhulu...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih