MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, April 19, 2016

CHENTA MAMA DAGING BAKAR

Assalamualaikum...
 
APA khabar sahabat maya Sk?
Semoga semuanya sihat-sihat belaka.
Yang kurang sihat jangan lupa makan ubat..
dan jangan lupa minum air yang banyak.
Sk pandai cakap jer.. padahal sendiri pun selalu lupa nak minum air
kadang tu malas.. hihi.
Jangan tiru macam Sk tau.. huhu.
 
Sebenarnya Sk baru pulang dari utara semalam.
Perjalanan dan percutian yang singkat.
Sk dan ER ambil cuti dua hari.. Ahad dan Isnin.
Iman... ponteng cuti dua hari jugaklah nampaknya.
Tapi pelik.. walaupun bukan musim cuti
lebuhraya agak sibuk sepanjang perjalanan balik kelmarin
terutama dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur
dah macam cuti perayaan.
Banyak kali kami berhenti
kerana ER agak letih dan mengantuk
kita nak memandu dia tak bagi
huhuhu.
 
Banyak kenangan yang Sk titipkan kali ini
apabila diberi kesempatan bertemu
dengan teman-teman yang selama ini
cuma kenal di laman sosial
Itu nanti Sk cerita ya.
 
 
KEINGINAN hendak makan daging bakar
sejak kami bercuti ke Kota Bharu hari itu.
Dua kedai yang kami cuba hendak pergi di Kota Bharu, ditutup.
Mungkin waktu perniagaan di sebelah siang
sedangkan kami datang pada waktu malam.
Kadang Sk fikir
memang tak cukup percutian selama tiga hari
di setiap tempat tu
untuk kita meneroka keenakan masakannya
lebih-lebih lagi apabila kita tak rela
mengorbankan buffet sarapan di hotel.
 
 
Chenta Mama Daging Bakar ini
terletak di Kg Tok Kesop, Sungai Korok, Jitra.
Ada yang pelik.. bila Sk post gambar di fb
Tahu jer Sk tempat makan menarik
sedangkan orang yang duduk sana pun tak tahu.. hihi.
yang sebenaq
ER yang rajin google tempat makan menarik
Sk lebih suka follow
sebab kalau kita yang bagi cadangan
akan hanya kedengaran
hilaian cengkerik
krik krik krik 
 
 
Pilihan ER jarang mengecewakan tekak Sk
yang tak cerewet
dan tekak Iman 
maklumlah
bapak borek anak rintik
tak gitu..
kui kui
 
Tengoklah lemak pada daging bakar tu
tagline-nya
Sedap. Lembut. Gebu. Ber'juicy'.
Memang diakui
Menangis harimau tak dapat makan bahagian ini tau
muahahaha.
 
 
Orang tak putus-putus
datang dan pergi.
Satu set nasi berserta daging bakar, sedikit ulaman dan sup
hanya RM10.
Enam jenis sos pencicah disediakan
termasuk sambal belacan yang agak power
Tambah nasi dan air percuma tau.
Siapa yang ke utara.. bolehlah singgah ya.
 
Wassalam. 

5 comments:

  1. Rajin ER menggoogle cari tempat makan
    Kalau kakak suka aje sebab dapat menikmati yg belum pernah dirasa.

    ReplyDelete
  2. pasti la kan gunakan hikmat google untuk cari lokasi tempat menarik untuk perut..hihi

    ReplyDelete
  3. sy interested dgn dy punya harga la... ngee..berpatutan kot..

    ReplyDelete
  4. Murah tu SK..
    Murah rezeki perniaga tu..
    Bagi percuma utk tambah..
    Memang teruja dgn harga..

    ReplyDelete
  5. Ok...itu bukan harimau jer nangis kak. Dragon pun bleh nangis. Saya? Dah berjuraian air mata...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...