MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, November 14, 2016

CUTI-CUTI SHAH ALAM

Assalamualaikum...

AMBOI... bunyinya macam bercuti ke Jepun
padahal kat Shah Alam aje pun.. hehehe.
Ada sesiapa orang Shah Alam di sini???

Peristiwa ini berlaku semasa Perlawanan Bola Sepak Liga Super
antara JDT menentang Selangor
memandangkan ini adalah perlawanan terakhir JDT dalam liga tersebut
jadi Pak Inche paksa jugak Sk untuk ikut temankan dia ke Shah Alam.
Hurmmm.. layankan ajelah..
terpaksa la Sk mengorbankan sehari cuti tahun.. huhuhu.


Ini entah kali ke berapa Sk ke Shah Alam.
Tapi, tak adalah banyak kali.. mungkin dalam tiga atau empat kali juga Sk ke Shah Alam ni
Kali ini, ER memilih untuk menginap di Hotel Concorde
Seronok sangat rasanya sebab bilik kami betul-betul mengadap 
Masjid Shah Alam yang indah.

Tak ada yang menerujakan dalam bilik
Rasanya standard dengan kebanyakan hotel yang pernah Sk singgah
cuma tempat penyimpanan coffee bar ni
yang agak canggih.. hehehehe.


Ada orang tak puas hati Sk makan Mee Udang tak ajak
Petang hari pertama
meredah lebuhraya menuju ke Kuala Selangor
hampir sejam lebih perjalanan untuk menikmati Mee Udang
Sayangnya udang kali ini agak kurang segar dan kurang besar
tak macam masa Sk pergi kali pertama dulu
Sk pulak ambil Nasi Goreng Udang 
Nasi Goreng yang dihidangkan bersama Udang Masak Paprik
dan Telur Goreng Mata.


Bercuti memang seronok
Tak payah ingat kerja di pejabat
Tapi sentiasa teringat kerja yang menunggu di rumah
huwa huwa huwa


Apa yang menarik di Shah Alam?
Tentunya banyak, kan..
Tapi malas nak keluar
memerap dalam bilik jerlah yang nikmat
Hotel ini berdepan dengan Plaza Shah Alam
jalan-jalan sekejap jer.. tengok apa yang ada.


Walaupun bilknya biasa-biasa sahaja
Tapi bagi Sk buffet sarapan di Concorde
amatlah luar biasa
antara buffet sarapan terbaik dan tersedap
yang pernah Sk temui
dari sajian tempatan sehinggalah sajian barat


Ini pinggan Iman
Kalau dulu-dulu memang susah sikit nak suruh dia ambil makanan
la ni.. tak payah disuruh-suruh
tapi tulah.. dia makan banyak-banyak sesejenis makanan tu
lepas tu sakit perut nak terrrrrrr... hahahaha.


Lontong.. memang kepantangan Sk
pantang jumpa.. hehehe


Hari kedua.. ada nasi dagang
dan pelbagai lauk-pauk
nasi putih pun ada tau


ER dua hari berturut-turut makan roti canai
yek elehhh.. kedai mamak pun ada kan
tapi nak jugaklah sebab ER dok puji sedap katanya.


Bubur berlaukkan telur masin
bubur pun ada tiga jenis
bubur kosong, bubur ikan dan bubur ayam


Pelbagai jenis kuih melayu
dan pelbagai jenis roti
tak larat Sk nak makan roti dahhh.. huhu


Malam-malam kami ke AEON yang baru dibuka di Shah Alam
Ada budak merajuk
kita pujuk dengan Baskin Robbin


Sekali sekala.. bolehlah..


Lapar lagi.. kita makan pizza dengan teh tarik
Burpppp.. Alhamdulillah.


Tetiba dah ada di Jepun
hehehehehe

(troli sape tu sibuk je)

2 comments:

  1. assalamualaikum seri...makan2 n cuti2 ni mmg seronok kan....lupa sekejap kerja yg selalu dilakukan...bestnya bila nak nak pi holiday ni...;)

    ReplyDelete
  2. Pembukaan cerita mas zull bertanya ada siapa orang shah alam kat sini. Saya tinggal di shah alam. Bertanya tu sebab nak beri hadiah ke.

    Salam blogging.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?