MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, November 23, 2016

VIETNAMESE BEEF NOODLE

Assalamualaikum...

HARI tu Sk dan Pak Inche  menonton satu rancangan masak memasak. Tak ingat slot apa dan di tv mana. Almaklumlah, dah tua-tua ni kerap pulak hilang ingatannya.. huwa huwa huwa. Dalam rancangan tu, chef menunjukkan cara yang unik untuk menyediakan Mee Sup Vietnam Style. ER pun apa lagi, disuruhnyalah Sk buat.. tak agak-agak. Macamlah kita ni rajin sangatkan.. aduyaiii.

Sebenarnya dulu-dulu, jika hendak menikmati Mee Sup Vietnam ni, kami akan singgah di Restoran Singgah Selalu kerana di sana ada gerai yang menghidangkan Mee Sup Vietnam yang saaaaaaaangat sedap hao liaooooo... hahaha. Tapi semenjak RSS ditutup, dah tak ada arah mana nak makan Mee Vietnam ni. Mujurrrrr tetiba tertengok rancangan tu.. jadi adalah idea bagaimana hendak menyediakan  hidangan sup vietnam yang asli. Cuma.. cuma... apalah pandai sangat tak salin resepi.. hurmmm. Nasib baik jadik Vietnamese Beef Noodle Sk ni walaupun tak cukup bahan.. burpppp... Alhamdulillah.


Vietnamese Beef Noodle

Bahan-bahan :
1 kg tulang lembu
300 gm daging batang pinang
1 sup bunjut (sup tulang)
2 biji bawang holland
Seketul lengkuas (anggaran 2")
Kuey Teow Vietnam (kuey teow kecil)
Tiga tangkai daun ketumbar
2 senduk sos ikan
Jus dari 3 biji limau nipis
1 sk garam
Air secukupnya

Cara-cara :
1. Bakar atau panggang tulang lembu lebih kurang 10 minit.. ketepikan.
2. Bawang holland dan lengkuas dibelah dua.. kemudian panggang.
3. Masukkan tulang lembu, bawang dan lengkuas yang telah dipanggang tadi ke dalam periuk, masukkan air secukupnya dan rebus hingga daging tulang empuk.
(Sk guna pressure cooker)
Jika guna pressure cooker boleh rebus mengikut cara penggunaan pressure cooker kita hingga cukup masa.
4. Cukup masa merebus, keluarkan tulang, bawang dan lengkuas dari periuk. Kalau suka, boleh je biarkan tulang tu dalam periuk. Tujuan untuk memudahkan kita mencelur bahan-bahan lain menggunakan air rebusan tulang tadi. Biarkan ia terus mendidih dengan api kecil.
5. Masukkan kuey teow vietnam dalam penapis mee dan celur seminit dalam air rebusan radi. Masukkan dalam mangkuk.
6. Celurkan juga jika ada menggunakan sayuran seperti taugeh, sawi atau kangkung. Celur sekejap sahaja dan letakkan atas kuey teow dalam mangkuk tadi.
7. Hiris daging batang pinang nipis-nipis dan celurkan juga dalam air rebusan kira-kira seminit dan letakkan dalam mangkuk mee. Ketepikan.
8. Masukkan sup bunjut dan rempah sup tulang dalam air rebusan, api sederhana.
9. Masukkan sos ikan, jus limau nipis dan garam.
10. Potong bahagian batang daun ketumbar seinci-seinci dan masukkan juga dalam periuk. 
11. Rasakan masinnya, jika perlu boleh tambah garam.
12. Sendukkan kuah ke dalam mangkuk kuey teow tadi.
13. Taburkan hirisan daun ketumbar.
14. Hidangkan bersama cili jeruk, sambal kicap atau serbuk lada cincang.


Sk buat sambal cili.

Sambal Cili
5 tangkai cili hidup
3 ulas bawang putih
Jus dari 2 biji limau nipis
2 sb cuka
1/2 sk garam
2 1/2 sb gula

kisar semua bahan dan masak sebentar atas api kecil.


4 comments:

  1. wow, cuaca sejuk2 ni, sedap hirup sup panas2,, tak pernah wat sup vietnamase lagi.. nanti leh try.. :) smlm dah wat sup ayam.. :D

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum seri...sedapnya mkn mee sup daging vietnamase ni...resepinya mcm mee sup juga... sambalnya pula cili merah...

    ReplyDelete
  3. Sejak balik vitnam asyik resepi tu jer yg keluar ye SK..
    tengok mengancam juga sup vitnam ni..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?