MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, August 16, 2017

PERIUK NOXXA

Assalamualaikum...

BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa macam tak ada keperluan di samping menyemakkan barang-barang di dapur,  hihi.  Maklumlah,  periuk ni bukan kecik, dapur saya pulak bukan besar,  ditambah pulak dengan harga periuk ini yang boleh tahan le maharnya.
Jadi,  alasan periuk besar,  dapur kecik tu sebenarnya alasan aje.  Yang benarnya tak mampu nak bayar harga periuk tu,  mengaku sajalah,  kah kah kah.

Boleh main kutu,  kata member.

Yelah,  memang boleh main kutu.  Tapi bab tunggu giliran tu yang tak suka. Kalau boleh main kutu,  Sk nak nama nombor satu,  aduyaiii...  Jadi,  tawaran untuk main kutu periuk noxxa ni memang Sk tolak la..  Kononnya tak minat.. Huhuhu.

Tapi,  bila ada yang offer beli periuk noxxa secara ansuran,  dapat dulu bayar kemudian,  siang malam tak boleh tidur mengenangkan.  Nak..  Tak...  Nak.. Tak.  Peluang bukan datang selalu.  Ialah,  memanglah tak bagus berhutang tapi untuk beli cash tu,  menggigil oi kepala lutut nak membayarnya, adudu.  Keputusan akhirnya dibuat dan akhirnya periuk noxxa menjadi milikku.

Walaupun dapur sempit,  adakan juga ruang untuk dia.  Maklumlah,  periuk kesayangan..  Kah kah kah.


Demo memasak dengan periuk noxxa.
Sebenarnya dah empat kali juga Sk gunakan periuk ni baru dapat datang demo ni. 
Semasa demo ni kita bukan sahaja diajar cara memasak tapi juga cara mengendalikan dan membersihkan tutup periuk. Kalau tak datang demo ni silap-silap sampai ke sudah main lap ajelah tutup periuk tu,  hahaha. 


Memasak nasi impit atau ketupat segera menggunakan fungsi high pressure selama 30 minit.  Ini Sk pernah buat masa balik raya di kampung hari tu.  Ketupatnya pun tahan lama tak mudah basi. 

Rendang Ayam Minang.
Dalam demo ni diajar memasak rendang cara tumis menggunakan fungsi stir fry dan melembutkan ayam selama 10 minit sahaja menggunakan fungsi high pressure.  

Nasi Daging. 
Juga diajar cara tumis rempah dahulu menggunakan fungsi stir fry,  melembutkan daging menggunakan fungsi high pressure selama 30 minit dan memasak nasi menggunakan fungsi high pressure selama 8 minit sahaja. 
Beras Basmathi pula perlu direndam selama sejam sebelum dimasak.

Aduyaiiii...  Punah diet Sk semalam. 

7 comments:

  1. kita pun dah lama mengidam nak guna periuk noxxa,tetiba husband cakap,umi rajin ke nak memasak... ok fine...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum seri...nak juga yg ambil dulu bayar ansuran ni...bolehlah rekomen kat mama...whatsapp mama nak tahu mcm mana...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. Setiap dapur sepatutnya kena ada periuk noxxa ni atau yang sewaktu dengannya.
    pelbagai guna dan mudah diguakan.

    ReplyDelete
  4. wah..senanglah kerja memasak lepas ni :)

    ReplyDelete
  5. impian ku jua walaupun tak selalu masak kat rumah hahaha

    ReplyDelete
  6. jeles tengok KA pink dan juga periuk tu... tapi tidak punya kerajinan nak masak selalu, apa lagi bila tukang makan pun tak de... mimpi je la sudahnya!

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...