PUFF PASTRY & CHICKEN FILLING

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

SEDAPNYA BONDA...

Komen Iman bila menyuap Puff Pastry berintikan Chicken Filling ke dalam mulutnya.  Apa tak sedap,  intinya tu dibuat dengan penuh kasih sayang,  maklumlah kita nak mengajar anak orang jadi pandai memasak macam cikgunya,  tak gitu..  Kih kih kih.

Puff Pastry ni kita boleh gunakan puff pastry ready made jenama kawan yang ada dijual di pasaraya.  Tapi untuk dalam kelas,  tak bolehlah guna yang segera.  Wajib tahu bagaimana menyediakan sekeping puff pastry yang ranggi apabila dibakar dalam ketuhar.


Puff Pastry

200 gm tepung gandum / high protein*
110 gm air*
25 gm butter*
1/2 tsp garam*
150 gm pastri margerin

Masukkan semua bahan bertanda * dalam satu mangkuk besar. 
Uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit. 

Sementara rehatkan doh,  boleh siapkan inti. 

Chicken Filling

200 gm dada ayam 
(rebus dan asingkan airnya) 
1 tsp nutmeg
100 gm mix vegetables
1/2 biji capsicum
1 biji bawang holland (didadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus) 
3 sudu minyak masak (untuk menumis) 
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk lada sulah
3 tbs krim (whipping cream) 
1 tbs keju parmesan

Cara :

Panaskan minyak. 
Tumis bawang putih hingga harum. 
Masukkan dada ayam (potong kecil) 
Masukkan bawang holland. 
Masukkan nutmeg. 
Kacau, Tambahkan sedikit air rebusan ayam.
 Masukkan capsicum dan mix vegetables.
Tambahkan garam,  serbuk lada sulah & kacau
Masukkan krim dan keju parmesan. 
Sesuaikan rasa,  tutup api dan biarkan suam. 

Siapkan puff pastry

Taburkan tepung atas papan pencanai. 
Taburkan juga tepung di rolling pin. 
Canai doh sehingga mendapat satu kepingan yang besar setebal 5 mm. 
Susunkan pastri margerin di atas doh. 
Lipat kanan,  kiri, atas dan bawah doh ke arah pastri margerin untuk menutup pastri margerin. 
Gelekkan rolling pin perlahan di atas doh.
Terbalikkan dan gelek juga dengan perlahan. 
Rehatkan doh 15 minit. 

Kemudian canai lagi doh dengan bahagian yang lebar bersetentangan dengan kita. 
Pastikan kita mendapat satu kepingan doh berbentuk segiempat tempat. 
Canaikan sehingga mencapai ketebalan 5 mm. 
Kemudian lipat tiga doh tersebut. 
Canai lagi dan kali ini dilipat kepada empat. 
Akhirnya canai doh sehingga mencapai ketebalan 5 mm. 
Terap doh dengan penerap yang sesuai dengan saiz pie mould yang digunakan. 
Isikan chicken filling ke dalamnya.  
Terap satu lagi doh untuk dijadikan penutup puff.
Sapukan egg wash di sekeliling puff dan tekan dengan garfu untuk melekatkannya. 
Cucuk juga bahagian atas puff dengan garfu dan sapukan egg wash.  
Bakar pada suhu 180 - 200 darjah selsius selama 25 - 30 minit atau sehingga bahagian atas puff keperangan. 

Cara membuat egg wash

1 kuning telur
Sedikit susu full cream atau sebagainya
Sedikit pewarna kuning
Pukul sebati dengan garfu sahaja. 

Untuk hasil yang lebih ranggi boleh gunakan tepung roti. 







Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tengah cari resipi puff pastry...tq. sy nak cuba.

    ReplyDelete
  2. ya Allah menggodanya macam yang jual kat bakery

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!