KARI TULANG LEMBU NOXXA

Assalamualaikum...

TULANG lembu ni dah seminggu Encik Rizar beli baru Jumaat lepas sempat Sk memasaknya.  Yang kelakar,  malam tadi baru sempat nak makan dengan sempurna.  Ada papadom,  ada sambal belacan, ada telur masin dan ikan kering.  Lepas masak hari tu,  main jamah-jamah dan cecah roti aje yang sempat.  Amboiii..  Sibuk nampak ek,  hahaha.

ER pesan,  nanti masak lagi.  Errr..  Sedap sangatlah tu,  kan..  Kui kui.


Kali ini,  Sk masak menggunakan periuk noxxa secara tumis darat. Memang lagi senang kerja berbanding kita menumis dari dalam periuk noxxa tulah. 

Kari Tulang Lembu Noxxa

1 kg tulang lembu
400 gm daging lembu dipotong lebar satu jari
Sebuku halia besar ibu jari kaki
Air secukupnya

-Masukkan semua dalam inner pot
- Letakkan knob ke fungsi pressure
-tekan high pressure 40 minit
- bila dah selesai lepaskan wap

15 minit sebelum tempoh merebus tamat
Bolehlah sediakan bahan-bahan rempah kari
Sk guna rempah kari cap o

Bawang Merah/Besar
Bawang Putih
Rempah Tumis 4 sekawan
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Daun kari
Rempah kari dijadikan pes
(sediakan bahan tumis yang banyak baru sedap) 

Panaskan kuali,  masukkan minyak dan panaskan. 
Tumis semua bawang dan rempah tumisa hingga naik bau
Kemudian baru masukkan pes kari
Kacau lagi hingga pecah minyak
Tambah air jika perlu, gunakan api kecil. 

Periuk noxxa yang dah dilepaskan wap
Buka penutupnya
Hidupkan fungsi stir fry
Tuangkan bahan tumisan tadi
Masukkan kentang
Biarkan mendidih dan masukkan stok pati lembu.
Matikan fungsi stir fry
Tutup periuk,  high pressure lagi 5 minit untuk empukkan kentang. 
Siappppp!! 

2 comments:

  1. uih..s.enangnya memasak dengan periuk noxxa ni..my wishlist ni

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..