Assalamualaikum...
DUA kali dalam tempoh dua minggu, Sk bermalam di Muar atau orang Johor sebut Muo. Boleh dikatakan Muo antara destinasi yang sering menjadi pilihan Encik Rizar untuk singgah sama ada untuk bersarapan di bandar Muo atau makan tengahari di Parit Jawa atau makan malam di Terminal Bas Bentayan.
Satu di antara destinasi wajib singgah
Asam Pedas Parit Jawa.
Masa ni sehari selepas balik dari majlis perkahwinan di Cyberjaya tu
sampai Muo lapar
lalu terus ke Parit Jawa sebab teringin nak makan asam pedas
heheheh
makan dengan penuh berselera
licin ikan tinggal tulang
kuah asam pedas setitis pun tak tinggal, hahaha.
BEI BOUTIQUE HOTEL
Minggu seterusnya, kami tinggal berdua saja sebab Iman mengikuti trip sekolah ke Perak Darul Ridzuan. Encik Rizar kata, dah lama kita tak 'gamble' jalan-jalan.
Ialah, setiap Jumaat dan Sabtu Iman ada tuisyen
jadi memang agak payah jugak nak berjalan kalau tak ada cuti panjang.
Dia pujuk-pujuk Sk ke Muo, hurmmm.
Disebabkan Sk pun fikir, kalau duduk rumah kena masak pulak
jalan-jalan pun seronok jugak
maka Sk pun setuju, kah kah kah.
Terus buka booking.com laaa.. apa lagi!
Kami memilih untuk bermalam di Bei Boutique Hotel (BBH)
yang terletak di Jalan Abdul Rahman, Muar.
Hotel masih baru tentulah cantik dan moden.
Bila masuk aje rasa macam dalam cerita Titanic pulak kerana ciri-cirinya yang agak klasik termasuklah penampilan kakitangan hotelnya.
Masuk sahaja ke bilik memang rasa wow giler
cantik sangat tapi tv kecil dan biliknya pun taklah luas
cukup-cukup untuk dua orang kot, kalau nak letak extra bed pun rasanya tak ada ruang dah
Ciri-ciri bilik air yang moden
menggunakan cermin dengan lampu digital
peralatan mandian yang canggih
Set mandian dan perkakas yang lengkap
Semua dalam peti sejuk tu percuma
tapi peti sejuk tak cukup sejuk pulak
Walaupun orang kata, tak sah ke Muar kalau tidak bersarapan sate dan mee rebusnya
namun kami memilih untuk bersarapan di hotel.
rugilah kalau nak sarapan di luar pulak, kan.
Sarapan disediakan secara ala carte
tapi tetap ada set yang lengkap.
Ada tiga pilihan tak silap, nasi lemak, omelette atau capati
macam roti dan cornfalkes tu memang dihidangkan di setiap meja.
Seminggu dua ni memang hancurlah diet
Sia-sia aje dari ahad sampai isnin makan telur, makan sayur, makan buah
tapi bila hujung minggu belasah macam-macam
aisehhhhh.. isk isk isk
Balik dari Muar
singgah lagi ke Parit Jawa
kali ini kami ke pasar pula dan ternampaklah pulak mentarang ni
teringin sangat nak rasa, beli 1/2 kilo aje balik rumah masak bakar sambal.
bersambung...
Kalo ke bando Muo tak sah kalo tak singgah Parit Jawa.
ReplyDeleteSeronoknyaaa jalan2.
ReplyDeleteHuyoooooooo, nampak sedap..bestnya jenjalan.hehehe~
ReplyDeletedekat dengan rumah pak long kita..hehehe
ReplyDelete