Assalamualaikum...
CERITA hari Sabtu, macam biasa lepas hantar Iman ke kelas tuisyen, Sk dan Encik Rizar mulalah melilau mencari tempat untuk bersarapan. Biasanya kami singgah makan di kawasan Kampung Melayu Majidee tapi hari tu rasa macam nak tukar selera. Fikir punya fikir, ER ajak makan tosei di Ashoka. Sk yang tidak cerewet pasal makan mengiyakan saja, nanti kalau kita cadang tempat lain buat perut makin lapar, hahaha.
Disebabkan kami dari arah bandaraya, jalan yang paling hampir ialah susur kanan di jejambat berhampiran Hotel Thistle tapi macam mana tah ER boleh tersusur lebih awal di persimpangan jejambat Pangsapuri Saujana. Maknanya jalan yang paling hampir ke Ashoka ialah mengikut Kampung Tarom iaitu Jalan Wirawan. Tup-tup sampai hujung simpang tu nampak ada banyak kenderaan diparkir di kiri jalan dan bila toleh kanan nampak satu warung yang agak rustik serta ramai pengunjung.
"Eh, tempat apa ni macam best aje, " kata Sk.
"Nak makan sini?" tanya ER.
"Okey aje," dan ER terus memberi isyarat untuk masuk ke tapak parkir.
Kalo tengok gambo, semuanya nampak sedap.
ReplyDeleteTengah lapo ni.
assalamualaikum seri....penyetkan seri jgn x penyet....hahhaha wat lawak jer eh...
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDeletethis article was really great
ReplyDeletethanks for sharing
By
surecool aircon service
aircon general service
aircon steam cleanning
aircon chemical wash
aircon chemical overhaul
aircon repair
aircon gas top up
aircon service
aircon servicing singapore
surecoolaircon@gmail.com
Enquire Book now 65 90098748