Assalamualaikum...
JADI tukang masak keluarga ni kadang-kadang kekeringan idea nak masak apa. Balik-balik masak benda yang sama pun bosan juga. Nak makan di luar pun balik-balik pergi makan tempat yang sama jugak, hihihi. Jadi, bila tahu ada cafe yang baru dibuka dan khabarnya semua masakannya sedap dan terbaik, hati ni memang meronta-ronta nak cuba, gituuu.
Kali ini Sk nak kongsikan tentang The Pinggan Cafe (TPC) yang baru dibuka di Jalan Tampoi berhadapan dengan Taman Gembira. Kami sekeluarga pergi ke sini pada Khamis lepas. Masih baru lagi, belum basi lagi nak cerita, kah kah kah.
kalau sampai full house ni..mesti sedap
ReplyDeleteJanjiKita