MAKAN DI ONN KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum...

CERITA hari Sabtu,  macam biasa lepas hantar Iman ke kelas tuisyen, Sk dan Encik Rizar mulalah melilau mencari tempat untuk bersarapan. Biasanya kami singgah makan di kawasan Kampung Melayu Majidee tapi hari tu rasa macam nak tukar selera. Fikir punya fikir,  ER ajak makan tosei di Ashoka.  Sk yang tidak cerewet pasal makan mengiyakan saja,  nanti kalau kita cadang tempat lain buat perut makin lapar,  hahaha.

Disebabkan kami dari arah bandaraya,  jalan yang paling hampir ialah susur kanan di jejambat berhampiran Hotel Thistle tapi macam mana tah ER boleh tersusur lebih awal di persimpangan jejambat Pangsapuri Saujana. Maknanya jalan yang paling hampir ke Ashoka ialah mengikut Kampung Tarom iaitu Jalan Wirawan.  Tup-tup sampai hujung simpang tu nampak ada banyak kenderaan diparkir di kiri jalan dan bila toleh kanan nampak satu warung yang agak rustik serta ramai pengunjung.

"Eh,  tempat apa ni macam best aje, " kata Sk.

"Nak makan sini?" tanya ER.

"Okey aje," dan ER terus memberi isyarat untuk masuk ke tapak parkir.


Masuk sahaja dalam kedai ada signage tulis
Layan Diri/ Self Service. 
Aisehhh..  Sk dan ER paling lemah bab layan diri ni tau tapi nak makan punya pasal kami gagahkan diri jugak. 

Oleh sebab malas nak menghafal skrip,  
Sk ikut jejak ER makan roti canai.  Huiii..  Dah berapa kali dalam bulan ni asyik belasah roti canai aje sampai babat kat perut pun macam dah tebal balik ni,  hahahah. 


Roti Telur satu
Roti kosong satu
Rotinya gebu,  garing di luar lembut di dalam.. Amaaaaa
Tapi kuah dal terlalu cair
Dengan sambal agak masam
Roti sedap jadi kita bagi 4 bintang. 
Patutlah ramai yang datang makan roti canai.

Sambil makan,  
mata melilau tengok dekorasi kedai.  
Cantik menarik ko memang debom lah!
Onn Kitchen dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 malam dengan menyediakan pelbagai sajian tempatan dan western.  Menu pula mengikut waktu makan pagi,  tengahari dan malam.  Hari cuti,  Sk tak perasan pulak. 

Sebenarnya,  hari tu Sk perlu bertugas sebagai AJK pendaftaran di Majlis Konvokesyen Kolej jadi petang tu selepas majlis konvo,  sekali lagi kami singgah di sini untuk makan malam,  
kah kah kah. 
Dah kena mandrem ke apa ni??? 


Chicken Grill
Rasa macam ayam panggang madu kat pasar malam,  bukan tak sedap ya tapi kecewa sikit kerana Sk mengharapkan lebih dari itu dengan harga yang ditawarkan. 
Disediakan juga sos black pepper untuk dicurah atas ayam tu tapi Sk tak tuang pun  cicah sikit macam tak kena pulak ayam panggang madu dengan lada hitam.

Sirloin Steak pilihan ER. 
Ni ER terus curah sos black pepper tu walaupun selalu Sk pesan,  rasa dulu kot-kot masin. Memang betul pun,  hahaha. 


Lamb lamb lamb
Feberet Iman.  Lepas ni kena berhenti jap makan luar (boleh percaya ke??) 
Setiap hidangan western dihidangkan dengan dua hidangan sampingan yang sama. 
Maksudnya semua pinggan tu sama side dish tak kiralah kita makan kambing,  lembu atau ayam. 
Bunga kubis dan hirisan lobak dicelur dan dimasak bersama mentega,  kentang putar yang lazat tapi semua sejuk..  Mengapaaaaa???  Mengapa sejuk selapppp??? 


Errrr...  Berangan dari pagi nak makan lempeng. 
Lempeng cuma ada dari jam 6 petang hingga 12 malam jer. Bila tunggu tak sampai-sampai,  Sk pun tanya,  rupa-rupanya tak ada order katanya.  Mesti dia fikir tak logik orang tiga orang tapi order empat,  keh keh keh. Padahal di kaunter tu Sk siap tanya lempeng cicah apa?  Masa dia jawab sambal ikan bilis tu,  Sk dah setuju nak order tapi bila datang tengok rupa sambal ikan bilis,  hehehehe.  
Melocot lidah makan panas-panas nak cepat sebab dah maghrib.

Haaa..  Ni semua kawan sepejabat.  
Mak Aji yang tudung biru tu nak sangat rasa makan di Onn Kitchen bila Sk post di fb. 
Akak bawa kita ya,  ok ok..  Baikkkk..  Hehehe. 


Kali ni makan lontong kering pulak. 
Nasi impit dihidangkan bersama sambal kacang,  serunding kelapa,  rendang daging dan sambal goreng tak cukup syarat berserta sebiji telur rebus. 
Bolehlahhhh... 

Nak datang lagi tak? 
Ada member kata nasi ayam penyet dia sedap. 
Kalau tak sedap,  Sk penyet-penyet korang okey! 


Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!