Thursday, May 24, 2018

BERBUKA PUASA DI PASSIONFOOD CAFE

Assalamualaikum...

SETIAP kali tibanya bulan Ramadhan, selain berbuka puasa bersama keluarga tersayang,  ramai juga yang mengambil kesempatan berbuka puasa bersama sahabat dan teman.  Sk masih ingat masa sekolah-sekolah dulu.  Hujung-hujung puasa tu, mesti buat plan dengan kawan baik Sk,  Suhaily untuk berbuka puasa di luar dan seingat Sk masa tu jaranglah Sk dapat keluar berbuka dengan kawan.  Ialah,  mak ayah mana tak risau nak melepaskan anaknya keluar sampai malam kan,  masih sekolah lagi pulak tu, naik bas pulak tu,  huhu.
Itu yang pertama, yang keduanya pulak.. dahhhh nak kena bagi duit belanja pulakkan, haaa.. sape nak jawab tu, kui kui.

Tapi,  ada sekali dualah jugak dapat keluar.  Ni pasal menemankan Suhaily cari kasut raya.  Lepas tu singgah berbuka di Medan Selera Sungai Segget.  Alaaa..  Warung yang banyak tepi sungai tu.  Sekarang ni dah tak ada..  Yang tinggal cuma kenangan jer lah. 

Pernah juga kami berbuka puasa di Medan Selera Kebayan yang terletak di Plaza Kotaraya.  Plaza Kotaraya pun dah tak ada.  Yang ada sekarang Galleria Kotaraya. Dulu,  medan selera terletak di aras lima tak silap.  Sekarang di aras bawah. Paling stress sekali makanan tak sampai-sampai di saat azan berkumandang.  Pernah,  air pun tak dapat lagi.  Nangis bucu meja,  hahaha. Itu dululah. Masa tu tak banyak pilihan untuk singgah makan berbuka puasa. Nak tak tak, terpaksalah menunggu sampai sekurang-kurangnya minuman sampai. Sementara tu kita telan sajalah ailio tengok orang yang dah dapat makanan dulu, huhu.

Tapi, sekarang ni banyak dah tempat untuk kita pilih bagi berbuka puasa. Takkanlah sebulan berpuasa hari-hari nak buka di rumah, kan.  Takkanlah asyik nak pergi bazar ajekan. Mesti ada keinginan untuk berbuka di luar. Tak kisahlah sama ada nak berbuka bersama keluarga sendiri, dengan kawan sekolah,  kawan kilang,  kawan pejabat,  kawan tepuk tampar,  kawan muka buku, kannnnn.  Makan tinggal order.  Pinggan gelas tinggal orang kemas dan cucikan.  Kita goyang kaki aje, gituuuu. 



Kalau anda berada di Johor Bahru dan masih merangka-rangka plan nak berbuka di luar dan belum ada tempat dituju, Sk nak cadangkan anda untuk berbuka puasa di Passionfood Cafe yang terletak di Taman Pelangi. Cafe yang mendapat review empat bintang berkilauan ni beroperasi di Jalan Serampang, Taman Pelangi. Nanti Sk kongsikan alamatnya, kita tengok menu dulu ya. 


Sempena bulan Ramadhan tahun ini, pemilik cafe telah berbesar hati untuk menawarkan Ramadhan Dinner Menu Set dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM50 sahaja.
Setiap set Ramadhan Dinner Menu ni mengandungi satu hidangan starter, satu hidangan main course, satu hidangan pemanis mulut dan satu pilihan minuman. Amat berbaloi-baloi dengan layanan yang sungguh istimewa sekali. Hurmmm.. yang mana satu agaknya pilihan kalbu Sk ya?
Sementara menunggu waktu berbuka puasa dan makanan kita dihidangkan, bolehlah kita ronda-ronda suasana di dalam dan luar kafe. Kafe ini merupakan sebuah banglo yang telah diubahsuai. Kalau kita lalu sepanjang jalan di kawasan kafe ini pun memang kebanyakannya merupakan tempat tinggal yang telah dijadikan pusat perniagaan seperti pusat kecantikan dan galeri perkahwinan. 
Suasana dalam dan luar kafe memang begitu damai dan mengasyikkan. Ada sahaja yang kita rasa nak snap gambar. Agaknya kalau masih pakai kodak (filem) macam dulu-dulu, dah dua gulung filem habis, hahahaha. 
Berada di kafe ini seumpama berada di rumah sendiri.
Kalau anda nak feeling-feeling drama Akasia, bolehlah singgah ke mari. Selain Ramadhan Dinner Menu, anda juga boleh memilih hidangan secara ala carte atau kopi-kopi bersama yang tersayang sambil menikmati pelbagai pilihan kek dan dessert yang disediakan.  
Tapi, nak kopi-kopi tu lepas buka puasa tau. Kalau nak mengopi petang-petang kena tunggu anak bulan Syawal keluar nanti, hihi.
Image may contain: dessert and food
Sambil mengopi sambil makan aneka kek dan macaron.
Dapat macaron dengan kopi pahit, memang lupalah nak balik, hihi. 


Eh.. eh! Dah masuk waktu berbuka wak. Nasib baik minumannya sudah dihidang kalau tidak Sk menangis tepi kaunter, hahaha.
Yang di sebelah kanan tu minuman pilihan Sk, Ice Passionfruit Lemon Tea
dan untuk Iman dan Encik Rizar, mereka memilih Salty Wildberries Lemonade.
Dua-dua sedap, masam-masam manis, sejuk jer lalu di tekak selepas seharian menahan dahaga.


Starter untuk Encik Rizar, Truffle Mushroom Soup yang dihidangkan bersama Garlic Bread.
Wow.. Mushroom Soup tu homemade ya, bukan guna yang dalam tin.
Terasa sangat keenakan sup cendawannya ditambah lagi dengan tekstur kisaran cendawan yang sedikit kasar. Iman terus sedih sebab dia kata babah punya sup sedap, dia takut tak mampu nak hirup sup yang Sk orderkan untuk dia.


Ya, mak mak sangat bila Sk yang mengaturkan starter untuk Iman.
Memang Iman ni bab makan ada masanya dia akan patuh dengan apa yang Sk cadangkan.
Jadi, untuk Iman, Sk pilihkan Tomato Basil Soup with Cheesy Toast.
Nak tahu tak riak wajah Iman bila menyudu sup ke mulut?
Terbeliak terus mata dia, sambil cakap sedap... hahhaa.
Sebab tak pernah makan sup tomato, jadi Sk tak boleh nak pastikan sama ada sup ini homemade atau dalam tin punya. Tapi yang pasti, memang beginiiiiii! 
(bayangkan Sk tengah angkat ibu jari, hahaha)
Sup Tomato ini dihidangkan bersama Cheesy Toast. Meleleh wa cakap lu!


Soft Shell Crab Salad untuk Sk.
Ketam Lembut Goreng Tepung dihidangkan bersama salad.
Terpukau sekejap menikmati ketam yang lembut kulitnya tapi disaluti tepung goreng yang rangup.
Renjisan sos dalam salad pun rasa lain dari yang lain.
Sempurna!


Enjoy ur Burger.. Yeah!
Memang nampak enjoy sungguh ER menikmati Say Cheese Chicken Burger.
Menggunakan roti charcoal dengan salad yang banyak serta chicken patty yang tebal disirami cheese yang meleleh-leleh.
Memang tak sedarlah kalau mak mertua lalu kat belakang.
Kentang gorengnya pun gebu-gebu tau!


Pilihan Iman, Swedish Meatballs.
Rupanya ada kedai lain yang jual meatball lagi sedap dari Ikea la.. huwa huwa huwa.
Disertakan jugak roti mantau dan disirami gravy yang sangat lain dari yang lain.
Jangan lupa makan sekali salad tu, lagi syiokkk!


Tidak syak lagi, pilihan Sk tentunya pasta.
Seafood Aglio Olio yang sangat menyerlah herbanya dengan sedikit rasa pedas.
Ada udang segar, sotong salut tepung dan kupang yang dibakar bersama cheese.
Eh, kenapa sedap sangat ni?


Anda nak makan nasi?
Jangan risau, anda boleh memilih hidangan Salmon Rice Bowl.
Persembahan yang sangat mantap sampai terpegun Sk menengoknya.
Nasi Beras Perang dihidangkan bersama ikan salmon panggang, telur rebus, timun, bendi, jagung dan salad.
Juga ada popiah, nugget ikan dan sosej.
Memang pilihan yang berbaloi-baloi.


Penamat yang manis buat ER dan Iman
Chocolate Hazelnut Mousse with Crunchy Crumbs.
Tekstur yang sedikit kasar tapi sejuk lalu di tekak yang kekenyangan.


Dan, yang paling sweet untuk Sk, tentunya Strawberry Snow.
Memang kena dengan namanya, mengalir bagai salju.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang manis berbuka puasa di Passionfood Cafe ni.
Dengan makanan yang sihat dan lazat.

Untuk pengetahuan anda, tiada surau disediakan tapi tempat ini terletak berhampiran Masjid Taman Pelangi. Dekat sangat jadi tak perlu risau tak sempat solat, okey.

Image may contain: 7 people, including Siti Norhaizah Bt Majid, Mar Mansor and Julia Ngah, people smiling, people standing, people sitting, indoor and text
Kawan-kawan dari team JDT Blogger yang turut hadir sama berbuka puasa di Passionfood Cafe.
 Jomlah.. kita berbuka puasa di :

Passionfood Cafe & Bakery
Alamatnya : No 71, Jalan Serampang,
Taman Pelangi, Johor Bahru.
No Tel : 07 3315330

Waktu Perniagaan : 12 pm hingga 11 pm

2 comments:

  1. Alalala memang cantik kedainyaaa kann..
    Kalau nak berdating sesuai sangattt sebab terpencil dan sunyi ajaa..
    Menu pun semua sedap dan kenyang!..

    ReplyDelete
  2. eh eh saya lupa nak makan sekali salad dalam meatballs tu...ye lah, da hujung2 semua kelam kelibut nak pergi semayang..hahahahaha

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..