RESEPI AYAM BUTTERMILK

Assalamualaikum...

TAK tahu semangat apa yang meresap petang semalam. Punyalah gigih pergi kedai sebab nak masak Ayam Buttermilk tapi tak ada daun kari. Ya,  pergi kedai nak beli daun kari.  Lepas tu teringat nak masak mee hun goreng la,  tomyum la,  padprik la,  roti jala la..  Pehhh... Masuk kedai capai bukan saja daun kari,  tapi lengkuas,  serai,  daun limau purut & telur sepapan..  Kah kah kah. Kalau tahu macam ni,  baik tanam sendiri pokok kari,  taklah merapek meraban bila singgah kedai.

Resepi Ayam Buttermilk ni dah berapa kali jugak Sk ulangtayang dalam blog ni kan.  Apa ke tidaknya,  inilah antara masakan yang paling Sk dan Iman suka. Kalau boleh,  semua benda nak di buttermilk kan, jom kita tengok resepi. Kali ini Sk pilih bahagian lengan ala-ala chicken boxing tu..  apa ke namanya.. 


Resepi Ayam Buttermilk

8 ketul lengan ayam (chicken boxing) 
Tepung Goreng Bestari Spicy secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara - Salut ayam dengan tepung goreng bestari. Goreng tenggelam hingga ayam masak.  Ketepikan. 

Sos Buttermilk
2 sb mentega
4 ulas bawang putih cincang
Segenggam kecil cili padi hiris
2 tangkai daun kari
1 tin susu cair
1 sk serbuk lada putih
1 sk serbuk lada hitam
1 sb (rata) susu pekat manis

Cara - Panaskan kuali,  masukkan mentega. 
Tumis bawang putih hingga naik bau. 
Masukkan daun kari dan cili padi,  kacau. 
Masukkan susu,  masak hingga mendidih,  kacau sentiasa. 
Masukkan serbuk lada putih,  serbuk lada hitam dan susu pekat. 
Kacau hingga berbuih-buih dan pekat. 
Siramkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi. 

Siapppppp!!! 

5 comments:

  1. dah terbayang-bayang dah ni..sedapnya lahai..

    ReplyDelete
  2. Penah makan kt restoren. Memang sedapnyee.. tapi bila nak buat suami kata tak payah.hahaha.mesti takut tak sedap macam kat kedai. Sabar jela.

    ReplyDelete
  3. Memang sedap ini, Biasanya anak Sis si Yana yang masak kalau yang melibatkan cheese atau butter ni. Sebab dia tau Sis tak berapa suka Cheese hehehe..naik muak kalau bau dia..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih