Assalamualaikum...
RAMADHAN.. selain bulan pengampunan dan bulan mengumpul pahala sebanyaknya, ramai yang mengambil peluang untuk berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan semasa berbuka puasa.
Memasak mungkin menjadi pilihan ramai selain ke bazar, namun sekali sekala tidak salah jika kita membawa seisi keluarga berbuka puasa di hotel yang ada menganjurkan Buffet Ramadhan.
Waktu begini juga, banyak syarikat korporat yang membawa staf ke majlis berbuka puasa di hotel kan. Bagi yang masih tercari-cari lokasi berbuka puasa, Sk ingin mencadangkan anda untuk ke Iftar Buffet di Le Grandeur Palm Resort yang terletak di Senai, Johor.
Dengan bayaran dikenakan RM90 bagi dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak usia 4 hingga 12 tahun serta RM70 bagi warga emas, anda boleh menikmati hampir 150 hidangan yang disediakan di Restoran Ishwara Asian Brasserie & Terrace.
Selain berbuka, juadah bersahur turut disediakan tau dengan harga buffet RM50 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun)
Jom kita tengok pelbagai jenis juadah di Iftar Buffet ini.
Di mana-mana buffet Ramadhan, Beryani adalah antara yang wajib dan sering menjadi pilihan pengunjung. Restoran Ishwara tidak ketinggalan menghidangkannya kepada tetamu untuk berbuka puasa. Dengan rempah ratus dan beras beriyani bermutu tinggi serta lauk pauk sampingan yang lazat, anda pasti berpuas hati dengan nasi beryani yang disediakan di sini.
Asam pedas pun ada tau! Siapa suka makan nasi beryani dengan asam pedas, kita geng! Hehehehe.
Selain nasi beryani, nasi putih turut disediakan bersama lauk-pauknya yang enak-enak belaka termasuklah Gulai Lemak Ikan Tenggiri, Daging Blackpepper, Sayur Goreng, Pucuk Manis Masak Lemak, Udang Mentega, Ayam Panggang dan pelbagai lagi.
Kambing Bakar.. siapa yang tak terliur?
Terdapat dua pilihan sos iaitu Kuzi dan Blackpepper. Dua-dua sedap!
Konsep gerai macam ni memang best.
Jadi kita boleh terjah setiap warung dan pilih yang mana berkenan.
Terberkenan pulak dengan Sup Tulang Power.
Terdapat dua jenis sup iaitu Sup Tulang Ori dan Sup Tulang Merah dinikmati pula bersama roti bun yang lembut gebus.
Bagi peminat kerabu, boleh ratah kerabu puas-puas kat sini.
Semua sedap-sedap belaka dan secukup rasa.
Peminat rojak mesti suka dengan pilihan rojak petis dan rojak buah-buahan. Tauhu Sumbat pun ada untuk dinikmati bersama sosnya yang enak.
Pelbagai jenis penambah selera seperti ulam jantung pisang, telur masin dan ikan kering yang digoreng garing.
Pelbagai pencuci mulut, kek dan buah-buahan turut tidak ketinggalan di Iftar Buffet ini.
Pelbagai pilihan minuman di sini termasuk minuman panas.
Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi talian 07 5996000 (Ext: 8607) atau email kepada fnbsec@palmresort.com
Anda juga boleh melayari facebook @LGPRJ
Surau disediakan
Tempat letak kereta percuma.
Tempat letak kereta percuma.
Jom Iftar di Le Grandeur Palm Resort!
menariknya menu dia..
ReplyDeleteadoi...lapo tengok gambar makanan ni kak seri...meriah betul makanan dia........
ReplyDeletedapnya..dapnya.. pilihan air dia banyak juga tu. bikin lapar di pagi hari.
ReplyDeleteJanji Kita
jom iftar kat sane...
ReplyDeleteAssalamualaikum seri...fuyoooo pagi2 dah buka gambo makanan ni....bertabah jer la pg ni...
ReplyDeletePerghhh paling tak tahan ,kambing, si jantung pisang, si sup tulang, si kerabu, si semualaaaaaa...semua sedap-sedap ni!! adeiiii
ReplyDeletemeriahnye makanan.
ReplyDeleteTerbekenan kat kambing bakar tu.
petang ni berbuka di sana.. InshaAllah.. Jom rakan2..
ReplyDelete