TERUNG BERLADO

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum...

Masih ingat kisah Projek Nutripot Terung yang pernah Sk ceritakan sebelum ini? 
Alhamdulillah,  dapat sudah menikmati hasilnya. Pokok terung ini mengeluarkan terung ungu panjang saiz mini yang sangat comel.  Sk belah dua dan potong empat untuk digoreng dalam minyak sedikit sehingga layu sebelum dicurahkan sambal berlado. 

Sambal berlado dalam gambar ni sebenarnya merupakan sambal yang Sk beli di Warung Kak Yah Nasi Kerabu, Kg Pasir sehari sebelumnya dan tidak habis dimakan. 
Sayang,  kan..  Kita simpan dalam peti sejuk dan tumis semula sahaja dan hasilnya terung berlado yang tak payah susah-susah nak masak.  Hehehhee. 
Ngelat kan.. 

Boleh dikatakan Sk sangat sukakan terung yang dimasak macam ni. 
Kalau makan di kedai nasi campur dan terjumpa masakan terung macam ni, memang Sk dah tak pandang asam pedas atau gulai lemak pun. 
Dapat terung dengan telur dadar pun dah cukup berselera.  Tu yang makin gems tu. 
Ishhhh..  Kecurlah pulak..  Hihi. 
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya..peberet kita Kak..kalau makan tempat nasi padang pun, lauk terung yang kita amik dulu ..

    ReplyDelete
  2. menariknya...nanti nak try jugak la masak macam ni..tapi bubuh sambal lain sebab sambal berlado takde..bubuh sambal kering kau ada gigitbytes boleh? hahahahha

    ReplyDelete
  3. memang sedap ni makan dengan nasi panas-panas. saya pun suka.
    Janji Kita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!