BUAH MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

Assalamualaikum...

TERKEJUT Sk bila masuk blog sendiri nampak gambar Jelly Konnyaku tapi tak ada sepatah dua ayat atau kata alu-aluan. 
Eh,  apa dah jadi ya? 
Semua lesap hilang begitu sahaja sedangkan Sk siap letak dua gambar lagi..  Isk3.
Nak taip balik pun tak ada mood sudah. 
Kita post gambar buah melaka ajelah. 

Ada yang panggil onde-onde, kelempong dan Sk baru tahu bahawa di Kelantan ia digelar Buah Kekoh Cha. Katanya sebab bila digigit ia pecah dan merecik,  gituuuu. Walaupun senang nak buat tapi taklah selalu Sk membuatnya kerana malas pula nak membeli kelapa parut. 
Nak parut sendiri tu, kirim salamlah ya,  hihihi. 

Buah melaka atau onde-onde ini juga merupakan salah satu resepi yang wajib dipelajari dalam kursus pembuatan pastri di tempat Sk mengajar.  Jadi,  sambil-sambil menyediakan onde-onde ni,  fikiran pun menerawang ke masa silam semasa Sk mengajar mereka membuat onde-onde. 

Apa tidaknya,  ada lebih 10 orang yang sibuk suruh Sk test onde-onde masing-masing. 
Jadi,  kita cikgu ni pun terpaksalah test sorang-sorang supaya tak ada yang kecil hati.  Kembung perut Sk makan onde-onde hari tu. Walaupun resepi sama tapi ada juga yang termasin kelapanya dan tawar tepungnya sebab letak gula kecik sangat.  Isk3.

Onde - Onde / Buah Melaka

Tepung Pulut
Air / Jus Daun Pandan
Sedikit garam

Gula Melaka dipotong dadu

Kelapa parut digaul bersama sedikit garam
Kukus 5 - 7 minit

Tuangkan jus daun pandan sedikit demi sedikit dalam tepung pulut yang telah dicampur garam. 
Gaul dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. 

Panaskan air sehingga mendidih. 

Ambil sedikit doh,  bulatkan dan leperkan sedikit. 
Masukkan gula melaka dan bungkus semula.
Bulatkan dan masukkan dalam air panas.  

Bila ia dah timbul,  maknanya dah masak. 
Golekkan dalam kelapa parut,  hidangkan. 

Sedap dan senang! 

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kuih ni kalau nak makan sekali ngap aje
    Jangan gigit2 habis merecik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!