RESEPI PULUT MANGGA YANG SIMPLE DAN SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum,

KALAU sebelum ni,  beberapa kali Sk pernah kongsikan resepi Pulut Mangga Thai yang piau punya,  hari ni Sk nak kongsi pula resepi pulut mangga yang simple tapi sedap.  Walaupun begitu,  namun masih terasa aslinya tau.  Ni gara-gara nak cepat makan la dan dah penat seharian berpuasa,  tak kuasa nak masak beriya-iya,  hehehe.

Pulut Mangga Simple dan Sedap

Tanak beras pulut dalam rice cooker
Bersihkan beras pulut,  kemudian masukkan dalam rice cooker.  Sukatan air kurangkan sedikit dari sukatan memasak nasi yang biasa.  Letakkan sedikit garam dan simpulan daun pandan.  Masak seperti biasa memasak nasi.

Sos Santan :
A.  2 tbsp tepung jagung
      1 cwn air

B.  2 kotak santan
      2 cwn air
      1/2 tsp garam
      6 tbsp gula pasir

      1 helai daun pandan disimpul


Cara :
1.Bancuhkan bahan A hingga tepung larut.
2. Masukkan semua bahan B dan A ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan.   Buka api perlahan.
3. Kacau guna senduk atau wire whisk sehingga sos pekat.
4. Kecilkan api sedikit,  kacau sehingga mendidih. 
5. Sedia dinikmati bersama pulut dan mangga.

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!