RESEPI SEAFOOD PADPRIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

Assalamualaikum...

APA khabar semua?
Harapnya sihat dan sejahtera di samping menjalani ibadah puasa dan ibadah sunat yang lainnya. Sk,  Alhamdulillah,  bulan puasa kali ni diberikan kesihatan yang baik seperti tahun-tahun yang lepas.  Semoga dapat bertemu dengan aidilfitri nanti.

Seafood padprik,  tapi cuma guna sotong dan udang sahaja sebab itu sahaja yang ada. Lagipun kalau nak masuk semua seafood pun leceh juga sebab feveret dorang dalam rumah ni cuma sotong dan udang.  Kebetulan itu sahaja yang masih berbaki. 

Kadang tengok macam seronok aje orang lain berbuka dengan pelbagai jenis mee dan makanan lain  tapi kat rumah Sk ni tak boleh tidak mesti kena makan nasi juga untuk berbuka.  Tak macam beberapa tahun dulu,  Encik Rizar suka berbuka dengan mee rebus dan sebagainya,  kali ni baik ER atau Iman,  mesti kena masak nasi.  Kalau tak muka temperlah masing-masing...  Sendu gitu,  hehehe.

Resepi Seafood Padprik 

Beberapa ekor sotong dan udang dibersihkan
4 ulas bawang putih dicincang
3 - 4 hirisan halia
1/2 labu bawang holland dipotong baji
5 - 6 tangkai cili padi diketuk
3 tsb sos cili
2 tbs sos tomato
1 tsp gula pasir
1/3 cwn air
2 - 3 helai daun limau purut
Sedikit sayuran jenis keras.
(Sk guna kacang buncis) 

Cara - Panaskan sedikit minyak dalam kuali. 
Tumis bawang putih hingga naik bau. 
Masukkan cili padi,  sos cili & sos tomato. 
Kacau rata,  masukkan daun limau purut,  kacau lagi hingga naik bau. 

Masukkan udang,  sotong, bawang holland, sayuran,  garam dan gula pasir. 
Masukkan sedikit sedikit air,  jangan terlalu cair. 
Kacau hingga mesra. 

Tutup api dan taburkan daun ketumbar semasa menghidang. 

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nanti kita nak try masak paprik ni, sebabnya kalau masak menu ni, si Yana yang suka buat, kita takprnah lagi buat heheheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!