SEORANG TUA DI BUMI PERMATA

Assalamualaikum...

Sk mohon kongsikan bingkisan yang amat menyentuh hati ini yang Sk jumpa dalam fb.  Terima kasih untuk anda yang menukilkan nukilan ini.


Dari mataku,
seorang rakyat biasa,
Melihat seorang tua,
Yang telah habis zamannya,
Masa kegemilangannya,
Telah diam dan tidur,
Namun dikejut dari lenanya,
Melihat jatuh permata hatinya,
Negaranya,
Malaysia.

Dari mataku,
Aku melihat seorang tua,
Terjun ke dalam lumpur,
Mengotorkan dirinya,
Dihina dan dicaci setiap hari,
Walau sebenarnya,
dia mampu untuk diam,
Menikmati hari-hari tuanya,
Dia tetap bangkit,
Berjuang demi kekasihnya,
Negaranya,
Malaysia.

Andai satu hari,
Anak cucuku bertanya,
Siapakah wira terhebat Malaysia,
Dengan bangga aku katakan,
Dia insan luar biasa,
Seorang tua di umur 93,
Yang berjuang di usia senjanya,
Demi negaranya,
Malaysia.

Hari ini,
Satu nama yang akan kekal terpahat,
Dalam hati setiap rakyat Malaysia,
Kau telah buktikan,
Negara ini bukan milik sesiapa,
Ia milik kita semua,
Maruah kami rakyat Malaysia,
tak akan boleh dijual beli.

Terima kasih,
Dari seorang rakyat biasa,
Dengan penuh rasa hormat,
Buat seorang tua,
Permata Malaysia,
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

No comments

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..