LAUK-PAUK BERBUKA

Assalamualaikum...

SEMALAM petang buntu nak masak apa untuk berbuka.  Yang ada dalam peti ais,  ayam.  Cuma ayam jer dan dah beberapa kali jugak mengulang makan ayam.  Sebenarnya bukan jemu makan ayam,  tapi malas masak.  Itulah yang benar,  hahaha.  Jadi,  Sk whatsapp Encik Rizar minta beli lauk untuk berbuka. Kalau tak disuruh pun ER beli jugak tapi yang ni kita beri dia mandat sepenuhnya.  Pesan Sk,  beli 2 3 lauk saja,  nanti Sk di rumah masak nasi.

Kemudian,  Iman cakap,  nanti babah mesti beli lauk yang dia tak makan. Haaa..  Sebab babahnya suka beli hati lembu,  paru lembu,  pedal ayam,  hati ayam, urat dan seumpamanya.  Tu semua memang Iman tak makan.  Jadi,  Sk singgah sekejap bazar kawasan rumah beli ikan keli berlado dan daging masak merah.

Dalam hati debar-debar jugaklah,  apalah yang ER beli ni karang.  Sk dah boleh membayangkan paru lembu dan hati ayam mesti ada dalam senarai. Walaupun Sk dah pesan berapa kali jangan banyak kali sangat makan tetap degil,  alasannya beli sikit aje.  Oh,  lupa nak cerita,  Sk sejak Khamis lepas kena ulser di belakang gigi geraham bongsu.  Nak suap makanan pun tak daya buka mulut,  apatah lagi nak mengunyah.  Tu yang tak berapa mampu nak ngunyah daging-daging ni semua.

40 minit sebelum waktu berbuka,  ER sampai.  Amboiii..  Jalan sakan la ni kat bazar Ramadhan.  Tengok beg plastik yang dijinjit,  amboiii..  Melampau betul.  Kita kata,  beli 2 3 lauk, macam-macam ditapaunya. Alasannya,  Sk suruh beli 2 3 lauk,  jadi dicampurnyalah,  2 + 3,  adoyaiii..

Haaa... Ni cuma lauk pauk jer,  belum lagi makanan sampingan dan kuih muih. Semua berbungkus lagi tu ha..  Sudahnya pagi tadi kami bersahur dengan laksa penang,  murtabak,  roti jala dan karipap bazar ramadhan.  ER makan laksa,  Iman murtabak dan Sk roti jala. Karipap masuk peti sejuk balik. 


8 comments:

  1. Meriah hasil tangkapan en hubby tu SK..😉

    Sama mcm akak juga..
    Lauk beli..
    Masak nasi aje..

    ReplyDelete
  2. Haaaa ko amekaawwww hahah sejenis sama suami kita..kalau kata beli sedekit, di belinya berjinjit mcmtu hahaha yang x pernah missm air jagung dia hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha...memang banyakkkkk sungguh tu kak..alhamdulillah, rezeki..

    ReplyDelete
  4. Makan besarlah SK sekeluarga semalam ye :)

    ReplyDelete
  5. mak aiii... dahsyat menu dia...

    ReplyDelete
  6. sangat enak sekali pingi rasanya mencobak
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    LINK: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1MCknzChWzo-boZk47JCqMenUyVziy5zwg1SKVtaPZ78/edit?usp=sharing

    ReplyDelete
  7. Meriahnye menu berbuka.
    Tengah lapo ni, nampak sedap semuanya.

    ReplyDelete
  8. hahahhaa.... ni bukan 2 3 lauk..kelakar betull lah husband kak seri..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih