CARA PILIH DURIAN YANG SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CARA PILIH DURIAN YANG SEDAP

Assalamualaikum... 

SEBAIK sahaja melalui jalan kampung di sebelah utara ni,  sana sini nampak orang jual durian.  Walaupun hati teringin nak beli,  tapi selalu hasrat tu terpadam gara-gara keliru cara nak pilih durian yang sedap.  Nak suruh tauke tu pilihkan pulak,  takut jugak tak sedap.  Tetiba nampak kakak Sk kongsikan dalam fb,  cara pilih durian yang sedap,  kongsi dengan pembaca Sk pun best jugak ni.  Kotlah esok-esok teringin nak beli buah durian kannn... Hahaha.


Ceritanya.... 

Hah , sebelum balik nie , cikgu nak tanya sikit ,  sekarang musim durian ,  macam mana nak pilih yang bagus !

Mat Idui : Bapak saya kata tengok durinya cikgu , duri beso , isi sedap !

Mat Tikus : Tengok tangkeinya cikgu , kalau masih bergetah buah baru le tu , pilih tankei yang panjang cikgu , isi sedap !

Mat Ten : cikgu , cium cikgu ! cium ! kalau baunya kuat ...sedap le cikgu .

Mat Pengko : Tak de nya cikgu , cara paling betul , goncang buah tu , kalau bergego bunyinya , buah baik le tu .

Senah : Kalau ayah saya , dia tak tengok semua tu !

Cikgu : Habis dia tengok apa ?

Senah : Tengok duit , tak de duit cakap pun tak guna cikgu !

5 comments:

  1. Sedapnya..durian tmpt saya belum gugur lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Hahahaha betul! ada duit, tak payah guna cara belek buahnya, guna jari je tunjuk terus dapat yang terbaekkkkkk

    ReplyDelete
  3. ahahahah saya setujuuuu dengan ayah senah!!

    ReplyDelete
  4. hahahahah... setuju bebenor... tengok duitnya...

    ReplyDelete
  5. hahaha.. setuju beno kita dengan cakap si senah tu kak.. hahaha.. aduhai gambo durian tu mengugat betul la..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih