Assalamualaikum WBT
HARI ini Sk clock in dah lepas pukul 8. Aduyaiiii, tak dapatlah balik sebelum pukul 5 petang ni. Punca lambat, lambat keluar rumah dan bila dah lambat tu, faham-faham sajalah. Jumlah kenderaan di jalanraya dah meningkat dan berlaku kesesakan sebelum Setia Eco Business lagi. Biasanya, paling lambat, 7.15 dah sampai persimpangan Ulu Pulai tapi tadi, 7.15 baru sampai Taman Laman Setia. Nasib baik lepas traffic light tu, tiba-tiba pergerakan jadi laju. Ingatkan pasal ada polis trafik jaga, tapi tak. Masuk highway terus meluncur ikut kanan, mujurlah tak beratur lama di Plaza Tol.
Kisah 7 April 2026, malam, Sk dan Iman pergi makan di Kafe Chef Hantu di Taman Nusa Sentral. PI ada bola malam tu. Sekarang-sekarang ni Sk banyak memasak jadi dah lama tak makan di kafe-kafe. PI kan memang tak berapa gemar kafe-kafe ni sebab ada jer yang tak kena nanti. Tu la tu, bila PI tak ada, panjang langkah dua beranak ni, hihi.
Sirap Bandung Soda untuk Iman. Yang dalam paper cup tu, Barli Panas untuk Tuan Tanah Kedaung. Untuk pembuka selera, Iman pilih Sup Cendawan. Sup Cendawan datang bersama 4 keping roti bawang putih.
Dua-dua orang makan Lemak Cili Padi Pasta dengan Itik Salai. Tak nak jamah-jamah orang punya, nak makan sorang sepinggan, hihi. Sebelum tu, Sk request mereka buatkan Nasi Goreng Kampung bersama Itik Salai, tapi mereka kata tak buat. Boleh pilih ikut menu sahaja. Tapi bila dah habis makan, boleh pulak dia kata kalau nak tukar pasta dengan nasi goreng. Ni lain-lain staf la, tak tahu yang mana satu betul.
Walaupun menu fusion, tapi rasa lemak cili api dia macam LCA yang biasa Sk masak untuk makan dengan nasi. Rasa lemak pun tak berasa. Boleh dikatakan agak mengecewakan la. Staf datang ke meja minta feed back tentang makanan yang kami pesan. Sk beritahu, Sup Cendawan pekat macam banyak tepung. Bila Sk komplen, staf kata tak ada letak tepung tapi agaknya dia terlepas cakap, mereka guna sup ready made dalam tin.
Sungguh pun tak menepati citarasa, tapi bolehlah makan. Dia jangan masin sudah. Teringat drama bersiri Indonesia yang bertajuk, Made With Love (Luka, Makan, Cinta), kisah seorang Chef yang kehilangan deria rasa, sehingga meletakkan garam yang sangat banyak dalam masakannya. Secara logik, kalau kita memasak hari-hari, kita kan boleh agak banyak mana nak letak garam, tapi chef ni mengalami gangguan deria, bila tak rasa masin, dia letak lagi, tak rasa masin, dia letak lagi. Ah, kalau dah masin melantun, memang jangan kata nak telan, letak dekat lidah pun tak sanggup dah.
Total, tapi dapat diskaun 5% sebab jadi follower TT Chef Hantu.
Burppp.. Alhamdulillah.
Kenapa ada nama hantu cafe supaya orang tertarik nak datang ke. SK akak tag berantaiiii
ReplyDeleteSama macam kak notie, nak tanya kenapa Chef Hantu?pasta nampak sedap...
ReplyDeletesuami saya pun tak suka cafe cafe ni.
ReplyDeleteSemua tak kena, tak cukup rasa la, tak cukup feel la, tak kena selera la...
ada hantu ke kat situ? hihihi. nampak menyelerakan semua menu tu.
ReplyDeletekalau tak berapa nak sedap, macam tak ada apa pun yang menghantui kita untuk pergi lagi. ahakss
ReplyDeleteSeram pulak nama kedainya. 😂
ReplyDelete