ASSALAMUALAIKUM...
BARU saja selesai berborak melalui telefon dengan seorang teman yang saya kenali lebih kurang 8 tahun lalu. Lama dah tak berjumpa jadi ceritanya memang panjang benar. Kami ni kalau berjumpa memang ada saja nak diborakkan. Tapi jarang sekali dia menelefon sehinggalah tadi.
Walaupun jarang berjumpa selepas dia melanjutkan pelajaran dan bergelar guru di sebuah sekolah menengah, tapi kami selalu terserempak, cuma tak sempat nak berbual panjang. Tapi saya masih tak putus khabar dari dia yang mana kakaknya berjiran dengan kakak saya. Saya tahu dia sedang mengandungkan anak ke-4, dan saya tahu juga dia baru sahaja menunaikan haji bersama suami dan orang tuanya semasa dia mengandungkan anak ke-4nya itu. Tapi rupanya ada kisah yang lebih tragis yang saya tak tahu sehinggalah diceritakannya tadi. Dan airmata saya begitu murah keluar, memancut-mancut macam paip pecah dan saya ingin abadikan kisah yang panjang itu di sini supaya kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah itu.
Nama kawan saya ni Azizah, tua setahun dari saya, tapi kami lebih senang beraku engkau. Saya panggil dia Jah. Alhamdulillah, tahun lepas Jah mendapat seru ke Baitullah bersama-sama suaminya dan kedua ibu bapanya. Ibu bapa Jah sudah tua, bapanyanya dah 77 tahun, ibu Jah 74. Mereka merancang untuk menunaikan haji melalui agensi swasta memandangkan kedua ibubapanya sudah agak berumur. Bapa Jah merupakan seorang peneroka, manakala ibunya surirumah, adik beradik Jah 10 orang.
Nak dijadikan halangan, Jah disahkan mengandungkan anak ke-4nya beberapa minggu sebelum penerbangan.
Seperti biasa, apabila seseorang itu hendak menunaikan haji atau umrah, mereka akan diberikan suntikan, jadi seorang kawan Jah memberitahu Jah bahawa suntikan tersebut boleh menyebabkan bayi dalam kandungannya cacat. Jah jadi takut, jadi semasa nak mengambil suntikan tersebut, Jah beritahu doktor (hospital kerajaan) yang dia mengandung. Tanpa teragak-agak doktor tu terus memotong nama Jah maknanya Jah tidak dibenarkan menunaikan haji. Ibu Jah yang mengikut sekali Jah bertemu doktor terus menangis di situ juga.
"Macammana ni Jah, siapa yang nak bawa mak nanti?" tangis ibu Jah.
Jah cuba memujuk. Malangnya doktor tersebut tidak dapat bertolak ansur. Tentulah doktor tersebut mempunyai alasannya sendiri. Siapa nak bertanggungjawab kalau terjadi sesuatu yang buruk. Jah merayu pada doktor.
"Kalau kerana 'injection' tu saya tak dapat pergi, tak apalah, saya sanggup tak ambil injection tu asalkan saya dapat bawa mak saya," namun keputusan doktor itu muktamad. Merayulah airmata darah sekalipun Jah tetap tak boleh pergi.
Jah cakap dengan maknya, "tak apalah mak, nanti Jah usahakan cara lain, mak jangan susah hati."
Jah kemudian pergi ke sebuah klinik swasta. Di klinik tersebut Jah berterus-terang yang dia mengandung tetapi hendak menunaikan haji. Bolehkah dia ambil suntiukan tersebut.
Doktor tersebut bertanyakan berapa lama Jah mengandung, " 4 bulan"
Oh, dah 4 bulan, rahim awak dah kuat, takpe, saya bagi 'injection' tu, insyaAllah tak ada apa-apa, awak tawakkal sahaja kepada Allah."
Alhamdulillah.. selesai satu perkara. Tapi masalahnya Jah juga kena ambil suntikan H1N1 dan di klinik itu tiada stok untuk suntikan tersebut.
Hendak tak hendak Jah kena juga pergi satu klinik yang merupakan panel tabung haji. Kali ini Jah tak bagitahu Jah mengandung. Jah disuruh baring. Doktor tersebut ingin membuat pemeriksaan bagi memastikan Jah tak mengandung sebelum diberi suntikan itu.
Takdir Allah swt, perut Jah kempis, kosong macam orang yang tak mengandung. Doktor tersebut menggodek-godek perut Jah, tapi perutnya lembik sahaja. Doktor tersebut berpuas hati dan menyuruh Jah membuat pemeriksaan air kencing. Menangis Jah dalam bilik air.
"Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Kau yang mengetahui niatku.. Ya Allah.. Ya Allah," doa Jah memohon kekuatan. Dan Jah pun tak tahu sebenarnya keputusan pemeriksaan air kencing tersebut, tetapi Jah telah diberikan suntikan H1N1 dan melepasi ujian tersebut. Alhamdulillah... syukur Ya Allah.
Tapi timbul pula cerita menakut-nakutkan Jah... "Kalau kau sampai kat Jeddah nanti, kalau orag sana tau kau mengandung, kau kena balik tau. Yang lain-lain boleh pergi, tapi kau seorang je kena balik."
Dah.. sudah.. Jijah jadi takut, tapi dia kuatkan semangat nak membawa kedua orang tuanya. Mujurlah ada suami Jah yang sentiasa memberi semangat kepada Jah.
duhhh... panjang lagi cerita ni.. nanti saya sambung ya..
ala sambung......tak suke tak suke.....
ReplyDelete