MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, June 1, 2010

CORNFLAKES ALMOND HONEY

ASSALAMUALAIKUM...

dan Mei pun berlalu, selamat menyambut kedatangan Jun yang pastinya menjanjikan seribu cerita.

INILAH projek saya pada petang Ahad yang lepas. Memandangkan berat badan saya dan Yaya yang naik mendadak semenjak aktif ber'baking' ni, jadi saya menyematkan azam 'No Cakes For Three Days' pada cuti Hari Wesak, sehinggakan hubby saya bersuara begini....

"A.. Apa dia?"

"No Cakes For Three Days," saya mengulang.

"Iye... keeee.......... babah tak percayaaaaaaalahhh...," sambil mengejek manja.

"Betullll.... bonda akan buktikan..", hehe.. jadi bila dah tercakap macam tu kenalah kotakan, ye tak. Tapi pada petang Ahad tu, dah dekat-dekat pukul 6 petang jugak, hati dah gelisah semacam. Hishhhhhhhh.. tak boleh jadi ni, lalu saya ke dapur. Hubby ada kat sinki tengah potong ayam, alaa.. nak buat ayam kfc tulah.

"Bonda nak buat apaaa?"

"Adalahhhhh.. projek lepas gian.. hik.. hik..."

Saya pun keluarkan 'non stick pan' kesayangan tu, butter, cornflakes, almond dan madu dan terus godak satu-satu dalam kuali.. pas tu masuk dalam paper cup yang comel-comel tu, sumbat dalam oven dan hasilnya...






tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

p/s: maaflah.. gambar tak memuaskan, ambil dengan 'handphone camera' je


semua orang mesti tau resepinya kan, alaaa. just untuk makan-makan dan saja nak memanaskan oven, kesian encik zanussi takde kerja, kalau dibiarkan boleh dilanda kemurungan tu..

Tapi projek cornflakes ni memang sedap, berbaloi-baloi!

5 comments:

  1. hikhik..lepas gian tu..tapi ni skali dadap je abis kak...sesambil tengok tv jee

    ReplyDelete
  2. ko pun dh prektis buat kuih raya ekk..heheheh

    ReplyDelete
  3. izah, memang pun..

    ctnaemah, a ah.. ni tengok tart nenas kau punya pasallah.. ahakz!

    ReplyDelete
  4. rasa macam nak raya tengok kuih tu,,sedapnya, peberet mas tu

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...