ASSALAMUALAIKUM...
WARKAH DARI AZIZAH~
ALMARHUM AYAHANDA DENAN BIN OTHMAN telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 5 Disember 2009 bersamaan 18 Zulhijjah 1430H jam 11.15 pagi setelah sempurnakan haji. Selepas solat sunat Ihram, dalam Ihram umrah sunat di Ja'ranah disembahyangkan di Masjidil Haram, dikebumikan di Ash Sharaya Mekah.
Salam,
Anakku Aqilah...
Atok meninggal dengan cara yang paling baik dan senang... depan mata umi. Atok bersih macam bayi yang baru lahir kerana lepas tunaikan haji. Tambahan lagi atok meninggal selepas solat ihram, umrah sunat di Ja'ranah, tempat niat di Miqat, dalam bas berpakaian ihram dan dikafankan cara berihram tidak menutupi kepalanya. Disembahyangkan di Masjidil Haram diimamkan Imam nombor satu Abdul Rahman Asudais di sudut Yamani-Multazam, berjuta orang sembahyangkan, syurga tempatnya tanpa dihisab.
Atok tak tinggal solat, solat pada awal waktu.. Alhamdulillah... doakan atok ya nak.. daripada cucu-cucu yang soleh dan solehah. Atok pesan dan suruh anak-anak pegi haji umur muda-muda.
Luv u AQILAH, ARIF dan SYAKIRAH.. kirim salam semua. Cakap kat mak (kakak Jah yang merupakan pengasuh anak-anak Jah), doakan bapak. Terima kasih tolong jaga anak-anak Jah, dapat Jah tunaikan hajat bapak dan mak pergi haji. Luv u.
tak sedar menitis air mata baca cerita ni....
ReplyDeletetakziah untuk kak azizah sekeluarga...
ReplyDelete