SIAPA RAUDHAH SOLEHAH?

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
ASSALAMUALAIKUM..

BERSUA kembali.... Siapakah Raudhah Solehah?

Bagi mereka yang baru mengikuti blog ini, mungkin rasa pelik dengan tajuk ini. Sebenarnya ini merupakan kesinambungan kisah sahabat saya Azizah dalam entri KALAU SUDAH TAKDIRNYA..

Oh, ya.. dalam kisah tersebut saya ada bercerita yang Azizah atau Jah mengetahui dia mengandung empat bulan beberapa minggu sebelum mengerjakan ibadah hajikan. Di sini saya nak perbetulkan, ketika Jah sampai di Jeddah, usia kandungan Jah telahpun masuk enam bulan. Mungkin kerana Jah berjubah maka pihak berkuasa di sana tidak tahu yang Jah ni mengandung.

Berbalik kepada Raudhah Solehah, dia sebenarnya adalah bayi Jah yang bertuah kerana dapat bersama-sama uminya ketika Jah mengerjakan haji. Raudhah jugalah cucu terakhir yang dapat bersama nendanya di saat menghembuskan nafas terakhir walaupun ketika itu dia masih dalam kandungan ibunya.

Raudhah Solehah Binti Ahmad Salihin dilahirkan sama pada tarikh kelahiran bapanya Ahmad Salihin pada 20 Mac 2010. Menurut Jah, keadaa Raudhah semasa dilahirkan memang berbeza daripada anak-anaknya yang lain.

"Jah bukan nak puji anak Jah Yus, bukan nak riak, cuma dia ni putih Yus, putih sangat tak macam yang lain," maksud Jah di sini anak-anaknya yang lain dilahirkan dengan kulit orang Melayu. Tentu kawan-kawan faham maksudnyakan.

"Selalu baby kitakan punggungnya macam biru-biru kehijauan tu, tapi punggungnya putih melepak," itulah salah satu kelainan yang ada pada Raudhah Solehah.

Alhamdulillah, Jah. Aku tumpang gembira, semoga Raudhah menjadi anak yang solehah sebagaimana nama yang kau berikan padanya. Dan aku percaya satu masa nanti, namanya akan menjadi besar, dia akan jadi orang terkenal dalam bidang yang diredhai Allah SWT.. insyaALLAH... Amin.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!